Isnin, 12 Disember 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Berharap projek disegerakan

Posted:

Berharap projek disegerakan

Berharap projek disegerakan

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
kota@utusan.com.my


PENDUDUK Kampung Puah Bahagia dan Kampung Chubadak Jaya di Sentul, Kuala Lumpur, baru-baru ini berkumpul untuk menyatakan persetujuan mereka dengan projek pembangunan semula satu kawasan tanah rezab di situ yang akan dibangunkan dengan pangsapuri kos sederhana rendah.


KUALA LUMPUR 12 Dis. – Penduduk Kampung Puah Bahagia dan Kampung Chubadak Jaya di Sentul tertanya-tanya dengan status projek pembangunan semula kawasan itu setelah perjanjian mengenainya dimeterai kira-kira 15 tahun lalu.

Sehubungan itu, mereka mengharapkan penjelasan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta memohon agar projek pembangunan semula berkenaan disegerakan.

Pembangunan semula kawasan tanah rezab di Kampung Puah itu tanah itu telah mendapat persetujuan penduduk kedua-dua kampung, dan mengikut perjanjian dengan DBKL itu mereka akan ditempatkan semula di situ apabila projek itu siap.

Pengerusi Exco Jawatankuasa Pembangunan Penempatan Semula Kampung Chubadak Jaya dan Puah Bahagia, Syed Omar Syed Ahmad berkata, penduduk menyokong penuh tindakan membangunkan semula kawasan setinggan itu.

"Rancangan pembangunan itu telah dipersetujui penduduk sejak tahun 1992 lagi, dan perjanjian bersama DBKL dan pihak pemaju telah diadakan pada tahun 1995.

"Sebahagian penduduk telah berpindah ke kawasan lain sejak lima tahun lalu bagi memberi laluan kepada projek Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE)," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Puah Bahagia, Hamid Eusoff pula berkata, DBKL telah meletakkan papan tanda di kawasan itu sejak sebulan lalu sebagai pemberitahuan kepada penduduk mengenai pertukaran kawasan berkenaan daripada kediaman kepada kawasan perdagangan.

"Dalam tempoh 15 tahun ini, sebanyak 20 perbincangan telah diadakan bersama DBKL dan empat kali pertukaran Datuk Bandar.

"Kesemua 365 orang penduduk dari dua buah kampung ini sebulat suara bersetuju dan inginkan perubahan di sini," katanya.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Chubadak Jaya, Shamsudin Shah berkata, Datuk Bandar telah memberi jaminan bahawa penduduk boleh memilih sama ada ingin terus menyewa atau membeli rumah tersebut setelah ia siap dibina nanti kerana kampung itu telah didiami sejak empat generasi lalu.

"Kami berasa lega kerana pihak berwajib telah mengambil kira pandangan penduduk di sini dengan mengurangkan jumlah unit rumah yang sepatutnya dibina iaitu daripada sebanyak 1,000 unit kepada 650 unit sahaja," katanya.

Pembangunan semula kawasan setinggan itu turut melibatkan tiga buah kampung lain di mukim Setapak iaitu Kampung Puah, Kampung Puah Lembah, dan Kampung Puah Hilir, katanya.

Mengikut perancangan, projek pembangunan semula itu melibatkan pembinaan pangsapuri kos sederhana rendah setinggi 18 tingkat yang memiliki 650 unit rumah di satu kawasan tanah rezab seluas kira-kira empat ekar setengah.di Kampung Puah Bahagia dengan keluasan tanah sebanyak.

Pangsapuri itu akan menjadi kediaman penempatan semula penduduk dua kampung itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Masyarakat India bantah MBSA roboh kuil

Posted:

Masyarakat India bantah MBSA roboh kuil

Masyarakat India bantah MBSA roboh kuil

SHAH ALAM 12 Dis. - Kira-kira 50 penduduk berketurunan India kecewa apabila usaha mereka untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membantah tindakan meroboh sebuah kuil di Jalan Persiaran Glenmarie di sini gagal kerana tiada wakil kerajaan negeri tampil untuk menerimanya.

Mereka yang tiba di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kira-kira pukul 1.20 petang terpaksa menunggu kehadiran wakil dari pejabat Menteri Besar di pintu utama bangunan tersebut selama setengah jam sebelum pengawal keselamatan memaklumkan tiada wakil Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor akan hadir.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti Hak Asasi Manusia (HRP), S. Thiagarajan yang menjadi jurucakap mereka berkata, sepucuk surat telah dihantar pada 9 Disember lalu kepada pejabat Menteri Besar bagi memaklumkan kehadiran mereka hari ini.

"Kami sedar hari ini cuti umum di Selangor, tetapi kami telah maklumkan kepada pejabat Menteri Besar dan apa salahnya mereka hantar seorang wakil untuk menerima memorandum ini.

"Mereka tidak boleh menjadikan cuti umum sebagai alasan untuk tidak hadir bertemu kami kerana kami pernah menghantar satu memorandum kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi Perdana Menteri di pejabatnya pada 27 Julai 2007 yang jatuh pada hari Ahad dan beliau sendiri sanggup meluangkan masa bertemu kami," katanya.

Thiagarajan berkata, penduduk kecewa dengan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merobohkan kuil berkenaan pada 24 November lalu tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak jawatankuasa kuil.

Katanya, ketika proses merobohkan kuil berkenaan, anggota MBSA seolah-olah tidak menghormati rumah ibadat itu apabila bertindak memecahkan beberapa patung berhala menggunakan tukul besi.

"Kami sangat kecewa, mereka sepatutnya memberi peluang kepada kami untuk mengalihkannya dan bukan memecahkannya yang langsung tidak menjaga sensitiviti kami," tegasnya.

Tambahnya, pihaknya juga kesal apabila pentadbiran Abdul Khalid tidak mengotakan janji ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-12 iaitu pembangkang tidak akan merobohkan mana-mana kuil di seluruh negeri ini, tetapi sekarang jelas ia hanya janji kosong.

"Sehingga hari ini, kerajaan negeri telah merobohkan kira-kira empat buah kuil di seluruh Selangor dan tiga lagi akan dirobohkan selepas menerima notis daripada pihak berkuasa tempatan," jelasnya.

Katanya, penduduk juga menuntut Abdul Khalid supaya memberi sebidang tanah di kawasan berhampiran sebagai ganti kepada kuil yang telah dirobohkan itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Saravanan bawa pada menteri

Posted:

Saravanan bawa pada menteri

Saravanan bawa pada menteri

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar berjanji akan menyelesaikan dua isu yang dibangkitkan pembeli kediaman mewah berkembar di Taman Rowther, Gombak di sini iaitu berhubung sijil layak menduduki (CF) dan jalan di kawasan perumahan di situ sebelum pilihan raya akan datang.

Timbalan menteri berkenaan, Datuk M. Saravanan berkata, apa yang penting ketika ini ialah penduduk perlu bersabar sedikit masa lagi kerana perkara itu perlu diselesaikan mengikut prosedur dan undang-undang.

Menurutnya, perkara itu akan dibawa kepada pengetahuan menteri dan Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk dibincang dan dipertimbangkan dengan segera.

"Tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan dan kerajaan sentiasa cuba mencari jalan yang terbaik demi kepentingan rakyatnya.

"Sebagai kerajaan yang sentiasa mementingkan rakyat, saya percaya dua isu yang dibangkitkan penghuni ini hanyalah isu kecil dan boleh diselesaikan," ujarnya pada sidang media selepas hadir pada majlis ramah mesra bersama penduduk Taman Rowther anjuran Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (Gepima) di sini hari ini.

Turut hadir Pengasas Gepima, Mohamed Khatir Ali serta wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Tambah Saravanan, kerajaan yang ada sekarang cukup memahami penderitaan pembeli kediaman tersebut yang menderita bertahun-tahun lamanya berikutan kegagalan pemaju menyiapkan projek yang dijanjikan.

"Apa yang mahu ditegaskan sekali lagi dalam isu berkaitan adalah pentingnya masyarakat memilih pemimpin yang benar-benar boleh membantu mereka, bukan sekadar menabur janji semata-mata," katanya.

Utusan Malaysia pernah menyiarkan masalah berhubung projek itu, yang terbengkalai sejak 2007 sehingga menuntut pembeli mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi menyiapkan kediaman masing-masing.

Pada pertengahan tahun ini ada antara pembeli telah berpindah sebaik kediaman mereka siap, bagaimanapun meminta pihak bertanggungjawab menyelesaikan dua isu iaitu CF dan jalan di situ.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved