Isnin, 12 Disember 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Rakyat perlu terus sokong BN

Posted:

Rakyat perlu terus sokong BN

Rakyat perlu terus sokong BN


Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Dr. Mahathir Mohamad pada Majlis Bicara Negarawan bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan UMNO Bahagian Ampang di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 11 DIS.- Rakyat perlu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia membuktikan kemampuannya dalam memenuhi keperluan rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan BN memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira kaum sejak dari zaman selepas merdeka lagi.

"Apa sebabnya kita nak tukar kepada parti lain? Ada orang suruh tukar sebab kononnya BN ini jahat, pencuri, penyangak, korupsi dan sebagainya tetapi mereka (parti lain) belum diuji macam kita (BN).

"Ada pepatah Inggeris kata, kita jangan sesekali cuba baiki sesuatu perkara yang sudah berjalan dengan baik kerana kalau salah baiki, nanti lain jadinya.

"Begitu juga dengan sokongan kepada BN... dasar pemerintahan BN yang seimbang untuk semua kaum dilihat sudah cukup baik. Jadi tidak perlulah tukar kepada kerajaan yang belum tentu lagi mampu membela nasib rakyat," katanya ketika berucap pada Majlis Bicara Negarawan bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan UMNO Bahagian Ampang di Dewan Datuk Setia Mufti Suib hari ini.

Mahathir berkata, rakyat perlu memberi sokongan berterusan kepada BN kerana ia dapat membantu dalam membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan mampu berkhidmat demi kebaikan seluruh rakyat serta membina negara yang berjaya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas cadangan kerajaan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 beliau berkata, akta itu diwujudkan demi menjaga kepentingan pelajar Melayu.

"Pada zaman itu, lebih ramai pelajar Melayu aktif berpolitik berbanding kaum lain. Akta itu diwujudkan untuk memastikan mereka menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran dan seterusnya berjaya.

"Orang Melayu, sudahlah tidak ramai terpelajar, bila masuk universiti sibuk berpolitik pula, bila masa nak belajar? Saya sendiri aktif berpolitik masa muda dulu, tapi apabila melanjutkan pelajaran, saya tinggalkan dunia politik hampir enam tahun dan belajar sahaja," katanya.

Pada 24 November lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan akan meminda AUKU bagi membenarkan mahasiswa menjadi ahli parti politik. - BERNAMA.

Full content generated by Get Full RSS.

'Saya sedia tinggalkan DAP jika diminta'

Posted:

'Saya sedia tinggalkan DAP jika diminta'

'Saya sedia tinggalkan DAP jika diminta'

Oleh LEE HOOI BOON
utusanpenang@utusan.com.my


PENYOKONG Ramasamy mengadakan bantahan terhadap RSN Rayer dan A. Thanasekaran di luar Hotel Pearl View, tempat berlangsungnya Konvensyen DAP Pulau Pinang di Butterworth, semalam.


BUTTERWORTH 11 Dis. - Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P. Ramasamy yang terlibat dalam kontroversi menggelar Karpal Singh sebagai 'Godfather' bersedia meninggalkan parti itu jika menerima arahan Jawatankuasa Pusat Eksekutif (CEC) untuk berbuat demikian.

Sambil menegaskan beliau akan bertanggungjawab terhadap kenyataan berkenaan, Ramasamy berkata, beliau boleh mengambil tindakan tersebut kerana beliau bukannya orang yang gila kuasa atau jawatan.

"Namun, jika keputusan CEC adalah tidak adil, saya akan memperjuangkan sampai ke akhirnya," kata beliau ketika berucap pada Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di Hotel Pearl View di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ramasamy berkata, sebaik sahaja kontroversi berkenaan tercetus, beliau telah beberapa kali cuba menghubungi Karpal yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan, tetapi gagal.

"Saya sebenarnya sangat menghormati Karpal kerana beliau boleh dikatakan 'guru' saya.

"Lantaran itu, saya tidak marah Karpal, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer dan ADUN Bagan Dalam, A. Thanasekaran berhubung kenyataan 'Godfather' dan 'Warlord' ini," katanya.

Dalam perkembangan sama, Ramasamy berharap beliau dapat berbincang dengan Karpal bagi menangani perkara tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved