Ahad, 11 Disember 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Mohon permit perhimpunan keagamaan

Posted:

Mohon permit perhimpunan keagamaan

Mohon permit perhimpunan keagamaan

Oleh ROZIANAH RISMAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Polis menasihatkan semua pihak khususnya penganut agama Kristian yang bakal menyambut perayaan Krismas tidak lama lagi agar memohon permit bagi menjalankan upacara keagamaan yang melibatkan sebarang bentuk perhimpunan, walaupun tindakan itu tidak diwajibkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, tindakan itu bagi memastikan keadaan lalu lintas berjalan lancar di samping memudahkan pergerakan mereka dari satu tempat ke satu tempat.

Katanya, Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang masih dibahaskan di Parlimen, belum dikuatkuasakan lagi namun permohonan permit untuk upacara keagamaan sudah tidak dilaksanakan.

"Di dalam rang undang-undang yang baru, pada masa depan pelaksanaan upacara keagamaan seperti 'Christmas Carol' tidak lagi memerlukan mereka memohon permit atau memaklumkan kepada polis daerah.

"Bagaimanapun adalah lebih baik sekiranya mereka berbuat demikian sementara tempoh peralihan bagi memastikan keadaan lalu lintas dan upacara mereka berjalan dengan lancar," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Empat Penjuru (Sukep) 2011 di Padang Utama, Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak di sini hari ini.

Tambahnya, apabila rang undang-undang tersebut diwartakan, pihaknya akan melaksanakan tindakan mengikut peruntukan yang telah ditetapkan.

Sementara itu mengulas tentang tindakan pihak yang menjual borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada harga RM50, beliau berkata, pihaknya belum lagi menerima laporan rasmi mengenai perkara tersebut.

"Namun, kita akan memantau sekiranya terdapat laporan mengatakan ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan menjual borang BR1M pada harga tersebut," katanya.

Orang ramai juga diminta untuk membuat aduan sekiranya mendapati ada pihak menjual borang permohonan berkenaan kerana ia adalah percuma.

Full content generated by Get Full RSS.

Tinggal motosikal di kubur

Posted:

Tinggal motosikal di kubur

Tinggal motosikal di kubur

Oleh LEE HOOI BOON
pengarang@utusan.com.my


Sebuah motosikal mat rempit yang ditinggalkan di kawasan semak berhampiran tanah perkuburan sewaktu melarikan diri daripada pihak polis di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 11 Dis. - Kira-kira 10 mat rempit terpaksa lari lintang-pukang malah turut meninggalkan motosikal mereka di tanah perkuburan di Estet Pepper, Tanjung Bungah di sini dalam usaha menyelamatkan diri daripada pihak polis dalam satu operasi trafik, awal pagi ini.

Menurut jurucakap polis, operasi di Pulau Tikus dan Jalan Lembah Permai bermula pukul 1 hingga 4 pagi itu berjaya menyita 50 buah motosikal manakala lebih 100 mat rempit ditahan.

Katanya, pada masa sama, pihaknya turut mengeluarkan 20 saman terhadap pesalah trafik.

"Polis kemudian menyita motosikal yang ditinggalkan di kawasan perkuburan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved