Ahad, 11 Disember 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Banjir: Bomba Johor siap sedia

Posted:

Banjir: Bomba Johor siap sedia

Banjir: Bomba Johor siap sedia

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 10 Dis. - Kira-kira 1,000 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat di seluruh negeri ini sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan banjir berikutan keadaan cuaca buruk sejak kebelakangan ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Hamid Suari berkata, sebaik sahaja Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kerajaan negeri mengisytiharkan bencana banjir berlaku, semua anggota bomba akan dikerah.

"Banjir yang berlaku penghujung tahun lalu dan awal tahun ini disebabkan pergerakan air dari sebelah Pahang dan negeri itu akan menjadi penanda aras kesiapsiagaan bomba negeri," katanya ketika ditemui pada program Pertandingan Kawad Kecekapan Swasta 2011 di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, dekat sini hari ini.

Hamid mewakili Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Ab. Ghani Daud bagi menyempurnakan penutupan program yang merupakan salah satu acara dalam Minggu Pencegahan Kebakaran yang bermula 4 Disember lalu.

Turut hadir, Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Mohd. Salleh Mohamed dan Ketua Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Mohamed Ali Mohamed Abu Backer.

Full content generated by Get Full RSS.

791 koperasi berdaftar catat perolehan RM474.31 juta

Posted:

791 koperasi berdaftar catat perolehan RM474.31 juta

791 koperasi berdaftar catat perolehan RM474.31 juta

JOHOR BAHRU 11 Dis. - Kluster koperasi besar menjadi penyumbang utama perolehan sektor koperasi negeri sebanyak RM281.6 juta atau 59.37 peratus diikuti kluster koperasi sederhana sebanyak RM113.41 juta (23.92 peratus), kecil RM53.80 juta (11.34 peratus) dan mikro RM25.49 juta (5.37 peratus).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Maulizan Bujang berkata, sehingga penghujung Jun lalu, terdapat 844 buah koperasi berdaftar di negeri ini dengan keanggotaan 450,255 orang, jumlah syer atau yuran sebanyak RM222.3 juta dan aset RM548.3 juta dengan jumlah penyumbang utama perolehan RM469.1 juta.

Jelasnya, perangkaan tahun lalu mencatatkan perolehan 791 buah koperasi berdaftar menerusi kepelbagaian aktiviti ekonomi yang dijalankan sebanyak RM474.32 juta.

"Tiga bidang perolehan terbesar di dalam aktiviti ekonomi koperasi di Johor diterajui oleh pertanian sebanyak RM156.42 peratus atau 33 peratus, kredit sejumlah RM126.46 juta atau 27 peratus, pengangkutan RM110.71 juta atau 0.3 peratus dan pembinaan serta perindustrian yang masing-masing mencatat 0.1 peratus.

"Ini jelas menunjukkan sektor koperasi juga memainkan peranan penting dalam menggalak pertumbuhan ekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat," katanya semasa merasmikan Majlis Pengiktirafan Koperasi Terbaik Negeri Johor 2011 di Hotel M-Suites, di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Sektor Pengurusan dan Kewangan Pembangunan SKM, Dawam Hassan dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Johor, Zahir Dahari.

Pada majlis berkenaan, sebanyak 16 koperasi di negeri itu menerima anugerah koperasi terbaik dalam Indeks Koperasi Terbaik Malaysia 2011.

Manakala lima anugerah khas bagi kategori Koperasi Masjid dimenangi Koperasi Masjid Jamek Bandar Baru Uda Johor Bahru Berhad, koperasi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau koperasi institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dimenangi Koperasi Institut Kemahiran Mara Johor Bahru Berhad.

Turut menerima anugerah tersebut adalah, kategori Koperasi Sekolah yang dimenangi Koperasi Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat Berhad dan Koperasi Sekolah Menengah Skudai Berhad dan Koperasi Bela Rakyat diterima Koperasi Bela Rakyat Gambir Ledang Berhad.

Maulizan berkata, kerajaan juga meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta tahun ini kepada SKM menerusi Tabung Modal Pusingan (TMP) untuk sektor koperasi memulakan dan membesarkan operasi perniagaan masing-masing.

Bagi negeri ini, katanya, sebanyak 28 buah koperasi telah diluluskan dengan nilai bantuan RM553,800 daripada sejumlah 48 permohonan geran bantuan pembangunan berjumlah RM3,421,619 tidak termasuk 13 permohonan tahun lalu yang telah diluluskan berjumlah RM284,800 dengan jumlah keseluruhan bantuan bernilai RM838,600.

"Manakala bagi permohonan pinjaman TMP daripada sejumlah 27 permohonan berjumlah RM32,425,850 yang diterima sebanyak 17 permohonan telah diluluskan dengan nilai RM14,377,800," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved