Ahad, 11 Disember 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Polis Kelantan-Thailand kerjasama

Posted:

Polis Kelantan-Thailand kerjasama

Polis Kelantan-Thailand kerjasama

TUMPAT 10 Dis. - Polis Kelantan sedang meningkatkan kerjasama dengan polis Thailand bagi membanteras kegiatan penyeludupan dan jenayah terutama di kawasan sempadan perairan sama ada sungai atau laut, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, walaupun kadar jenayah di kawasan sempadan perairan Kelantan-Thailand tidak tinggi, namun langkah berjaga-jaga sentiasa diambil.

Kerjasama sedemikian turut dilakukan dengan bantuan masyarakat setempat di bawah konsep Kepolisan Masyarakat (Community Policing), katanya kepada pemberita selepas melancarkan program tersebut di Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 3 di Pengkalan Kubur di sini hari ini.

"Langkah ini merupakan satu pendekatan bagi merapatkan hubungan antara masyarakat yang tinggal di kawasan perairan pantai dan sungai dengan anggota pasukan PGM bagi mencegah kegiatan penyeludupan barangan, dadah, pemerdagangan manusia, pencerobohan bot nelayan asing dan sebagainya," katanya.

Jalaluddin juga berkata, sejak Program Rakan Cop diperkenalkan pada 2005, seramai 363,974 anggota masyarakat di seluruh negara termasuk 19,403 orang di Kelantan telah menyertainya.

"Penambahan ini telah meningkatkan keupayaan mata dan telinga polis Kelantan untuk memperoleh maklumat tepat dan cepat bagi membolehkan polis bertindak dengan lebih pantas," katanya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Berkhatan tampilkan keistimewaan Islam

Posted:

Berkhatan tampilkan keistimewaan Islam

Berkhatan tampilkan keistimewaan Islam


Khazan Che Mat (kanan) melihat anggota bomba menyiram air kepada kanak-kanak pada Program Berkhatan beramai-ramai murid-murid SK Bukit Chempaka 2011 di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 10 Dis. - Amalan berkhatan yang yang lazimnya dilakukan dalam suasana meriah setiap kali tiba musim cuti sekolah mampu menampilkan keistimewaan agama Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, berkhatan dapat membezakan di antara penganut agama Islam dengan penganut agama lain dan fungsinya dari sudut kesihatan.

"Berkhatan ini bukan Tuhan saja-saja cipta untuk menyusahkan manusia tetapi ada hikmah di sebalik suruhan itu.

"Buktinya, kalau kita tengok hari ini, sudah ramai orang bukan Islam sendiri yang berkhatan kerana mereka tahu ia baik untuk kesihatan dan dapat mencegah sebarang jangkitan kuman pada alat kelamin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Mingguan Malaysia selepas merasmikan program berkhatan secara beramai-ramai untuk murid-murid Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka 2011 di sini hari ini.

Hadir sama Guru Besar SK Bukit Chempaka, Saikh Kamaruden Saikh Ismail dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sekolah itu, Wan Khairul Ariffin Wan Ibrahim.

Seramai 60 orang murid Tahun Tiga hingga Enam menyertai program yang julung kalinya diadakan di sekolah itu sempena cuti panjang persekolahan pada hujung tahun.

Program berkhatan beramai-ramai sebegini bagi menggembirakan kanak-kanak dan mengurangkan kos, semakin menjadi kelaziman di mana saja.

Ibu bapa atau murid berkenaan hanya perlu membayar RM30 tiap seorang manakala selebihnya akan ditanggung oleh pihak PIBG beserta sumbangan daripada orang perseorangan termasuk wakil rakyat.

Dalam pada itu, Khazan berharap agar budaya berkhatan secara beramai-ramai ini akan diteruskan pada masa depan bagi memberi semangat kepada kanak-kanak dalam melalui gerbang kedewasaan.

Full content generated by Get Full RSS.

MAIK salur bantuan RM86.7 juta

Posted:

MAIK salur bantuan RM86.7 juta

MAIK salur bantuan RM86.7 juta

PASIR PUTEH 10 Dis. – Majlis Agama Islam dan adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menyalurkan pelbagai bantuan bernilai RM86.7 juta kepada umat Islam yang memerlukan di negeri ini.

Setiausaha MAIK, Che Hamat Che Muda berkata, bantuan tersebut disalurkan kepada golongan yang memerlukan setelah pihaknya mendapat maklumat daripada penghulu mukim, imam serta sumber-sumber lain termasuk media massa.

Beliau berkata, antaranya adalah bantuan kecemasan berjumlah RM3.5 juta, bantuan persekolahan pelajar miskin dan bantuan perubatan masing-masing RM1 juta, bantuan bulanan saudara baru, warga miskin dan pengagihan zakat kepada lapan asnaf yang layak menerimanya berjumlah RM18 juta.

"MAIK juga tidak mengabaikan tanggungjawab sosial membantu menyuntik semangat pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Sebanyak RM20 juta diagihkan kepada pelajar sepanjang tahun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mewakili Yang Dipertua MAIK, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra menyampaikan sumbangan kecemasan berjumlah RM3,000 kepada pesakit kronik, Ramlah Yaakub, 61, di Kampung Wakaf Lanas dekat sini hari ini.

Ramlah seorang penjaja kecil di pusat bandar ini terlantar sakit batu karang sejak dua bulan lalu menghadapi masalah kewangan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Keadaan lebih memeritkan apabila suaminya, Ismail Talib, 63, meninggal dunia kerana sakit tua tiga minggu lepas.

Sementara itu, Che Hamat berkata, bantuan kecemasan yang dihulurkan akan membolehkan Ramlah mendapatkan rawatan lanjut mengubati penyakitnya di hospital dalam kadar yang segera.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved