Ahad, 11 Disember 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


RM2.26j bina rumah kedai di Chemor

Posted:

RM2.26j bina rumah kedai di Chemor

RM2.26j bina rumah kedai di Chemor

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my

IPOH 10 Dis. – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat hartanah, Milan Properties Sdn. Bhd. bagi membangunkan 10 unit rumah kedai dua tingkat di atas tanah seluas 0.3 hektar di pekan Chemor, dekat sini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, projek hartanah bernilai RM2.26 juta dengan anggaran jualan sebanyak RM425,000 seunit itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

"Walaupun pembangunan ini hanya melibatkan kawasan seluas 0.3 hektar, ia akan memberikan pulangan jangka masa pendek sebanyak RM1.7 juta kepada MBI.

"Saya yakin dengan wujudnya 10 unit rumah kedai ini, ia akan meningkatkan skala perniagaan di sana yang kini telah mengecapi pembangunan seperti pembinaan Pasar Chemor, Dewan Komuniti 1Malaysia, stadium mini dan yang akan datang adalah perpustakaan mini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mewakili MBI menandatangani MoU dengan Milan Properties Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengarahnya, William Tan, semalam.

Turut hadir Pengerusi Milan Properties Sdn. Bhd, Ibrahim Abas.

Pada majlis tersebut, William turut menyerahkan replika cek bernilai RM100,000 kepada MBI yang diwakili Roshidi sebagai bayaran deposit projek pembangunan tersebut, sementara bakinya akan dilunaskan sebelum Sijil Layak Menduduki (CF) dikeluarkan.

Dalam perkembangan lain, Roshidi memberitahu, MBI yakin akan dapat terus menambah pendapatan melalui kutipan bayaran cukai taksiran dan lesen perniagaan yang akan disalurkan untuk melaksanakan projek-projek berfaedah kepada warga bandar raya ini.

"Hasil majlis setakat Oktober 2011 adalah sebanyak RM127.45 juta iaitu mencapai 92 peratus daripada sasaran hasil yang ditetapkan sebanyak RM137.9 juta," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

2 keluarga tinggal sehelai sepinggang

Posted:

2 keluarga tinggal sehelai sepinggang

2 keluarga tinggal sehelai sepinggang


Seorang mangsa kebakaran, Abu Bakar Mohamad melihat rumahnya yang hangus di Alor Setar, Kedah, kelmarin.


ALOR SETAR 10 Dis. - Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah papan mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Kuala Kedah, di sini semalam.

Tiga rumah lagi yang terletak bersebelahan turut terbakar tetapi tiada berpenghuni.

Kebakaran pukul 1.45 petang itu dipercayai berpunca daripada sebuah rumah kosong sebelum merebak ke rumah lain.

Mangsa, Siti Manisah Arif Johari, 37 berkata, ketika kejadian dia melipat baju di dalam bilik dan terdengar jirannya menjerit meminta tolong.

"Saya terus suruh tiga anak saya keluar menyelamatkan diri dan tidak lama kemudian saya lihat api mula membakar pintu dapur rumah.

"Saya tak sempat selamatkan apa-apa dan terus keluar dari rumah kerana takut terperangkap," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Jiran Siti Manisah, Hasmah Baharom, 42, berkata, semasa kejadian dia menonton televisyen dan tiba-tiba dia terbau bau hangit.

"Saya tengok di dalam bilik api mula marak lalu menjerit meminta tolong dan mengarahkan enam anak saya melarikan diri.

"Suami tiada di rumah kerana menunaikan solat Jumaat di masjid. Walaupun rumah musnah saya bersyukur semua anak saya selamat," katanya.

Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Mohamad Fauzi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kebakaran itu pukul 1.51 petang.

"Pihak kami sampai ke lokasi kejadian pukul 2.02 petang dan api dapat dipadamkan sepenuhnya pukul 3 petang.

"Lima rumah papan yang dua daripadanya berpenghuni terbakar. Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

JPAM bersedia hadapi banjir

Posted:

JPAM bersedia hadapi banjir

JPAM bersedia hadapi banjir

PULAU PINANG 10 Dis. - Kira-kira 11,500 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dikerah bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan banjir di negeri ini.

Timbalan Pengarah JPAM negeri, Zairil Anuar Zulmuji berkata, kesemua anggota tersebut akan ditempatkan di lokasi yang berisiko dilanda banjir sebagai langkah berjaga-jaga.

"Antara kawasan yang dikenal pasti adalah Juru, Perai, Jawi dan Sungai Pinang.

"Bagi kawasan pulau pula, hanya dua tempat yang menjadi sasaran kemungkinan banjir iaitu Jalan Perak dan Jalan P. Ramlee," katanya selepas taklimat persiapan akhir menghadapi banjir di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, sebanyak 19 bot disediakan untuk memindahkan mangsa-mangsa banjir.

Selain itu, tambah beliau, JPAM turut mewujudkan satu pasukan khas untuk memberi khidmat di pusat penempatan termasuk memasak dan membersihkan kawasan banjir.

"Lebih kurang 100 anggota akan melaksanakan tugas-tugas ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved