Ahad, 11 Disember 2011

Utusan Online - Agrobiz


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


FRIM bangunkan hasilan semula jadi

Posted:

FRIM bangunkan hasilan semula jadi

FRIM bangunkan hasilan semula jadi


Dr. Nor Azah Mohamad Ali menunjukkan minyak gaharu hasil penyelidikan FRIM.


Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) merupakan antara agensi yang mengurus dan memulihara sumber hutan.

Pada masa sama, agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar itu turut menjalankan penyelidikan bagi memartabatkan sumber bukan balak daripada hutan terutama herba.

Satu daripada bahagian yang memainkan peranan penting memartabatkan hasil hutan bukan balak ialah Bahagian Hasilan Semulajadi .

Ia terbahagi kepada enam bahagian iaitu Penemuan Ubat-Ubatan (DDG) , Sumber Biologi, Bioaktiviti, Pembangunan Produk Herba (PPH) , Fitokimia dan Pusat Teknologi Herba.

PPH ditubuhkan pada tahun 2002 dengan nama asalnya Unit Formulasi dan Pembangunan Produk.

Kini ia aktif dalam aktiviti penyelidikan pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C) terutama dalam pembangunan produk herba.

Antara aktiviti R&D&C yang dijalankan adalah penyulingan minyak pati, dan pengekstrakan tumbuhan ubatan dan beraroma, pemprofailan dan analisis kimia, formulasi produk kosmetik dan nutraseutikal berasaskan herba serta kawalan kualiti produk herba.

Terdapat dua aktiviti utama PPH:

* Menjalankan aktiviti R&D&C berkaitan produk herba bermula dengan pengekstrakan, analisis kimia, formulasi prototaip dan kawalan kualiti produk yang dihasilkan.

* Menyediakan perkhidmatan analisis kimia-fizik minyak pati menggunakan peralatan GC, GCMS, graviti spesifik, dan indeks biasan, serta ujian bebanan mikrob terhadap bahan mentah dan produk herba.

Selain itu, PPH secara tidak langsung turut memberikan khidmat nasihat dan perundingan kepada industri, orang perseorangan dan pelajar berkaitan herba, dan hasil hutan bukan balak yang lain seperti gaharu.

PPH juga terlibat dalam membantu industri kecil dan sederhana dalam membangunkan produk kosmeseutikal dan nutraseutikal daripada herba yang berkualiti, selamat dan berkesan.

Projek penyelidikan di PPH dibiayai oleh e-Science Fund Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Tabung Geran Penyelidikan FRIM, Technofund, FMBiosis dan melalui beberapa perjanjian persefahaman (MoU) yang dijalankan bersama industri.

Dalam merealisasikan hasil penyelidikan untuk kegunaan masyarakat, PPH telah menghasilkan pelbagai inovasi supaya hasil penemuan penyelidikan dapat dimanfaatkan dalam bentuk yang lebih praktikal.

PPH, telah menyertai pertandingan inovasi di peringkat FRIM, kebangsaan dan antarabangsa. Inovasi yang terhasil adalah paduan tenaga dan kerjasama di kalangan kakitangan FRIM dan Bahagian Hasilan Semulajadi amnya.

Menurut Ketua Program PPH, Dr. Nor Azah Mohamad Ali, pihaknya kini mempunyai lebih 100 koleksi minyak pati yang diperoleh menerusi kajian dan pengekstrakan sebelum ini.

Beliau berkata, kajian tersebut penting bagi menentukan kandungan kimia, nilai perubatan serta kesesuaian minyak pati tersebut di dalam penghasilan produk.

Ujian-ujian lain seperti antioksi dan antimikrob juga dijalankan, manakala kawalan kualiti penting bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah bebas mikrob.

Beliau memberi contoh, antara produk yang berjaya dihasilkan ialah syampu dan aerosol.

Mengenai aspek khidmat nasihat dalam penghasilan minyak pati, Dr. Nor Azah berkata, pelanggan boleh mendapatkan kemudahan cara memproses dan mengetahui kandungan kimianya. Antara tumbuhan yang terlibat ialah serai, serai wangi, melor, gaharu dan vanila.

Industri minyak gaharu kini sedang berkembang, dan ini mendorong PPH memberi tumpuan kepada pokok tersebut sebagai satu daripada industri baru.

Kajian yang telah dijalankan meliputi teknik inokulasi, teknologi pengekstrakan, kawalan mutu minyak dan kayu gaharu.

Melalui projek penyelidikan yang bertajuk "Pencirian dan penilaian sensor minyak pati daripada spesies Aquilaria terpilih ke arah penilaian kualiti hasilan herba yang telah dijalankan sejak tahun 2007, FRIM kini telah menemui pendekatan yang lebih sistematik dan saintifik dengan menggunakan peralatan saintifik yang berteknologi tinggi untuk menentukan kualiti gaharu seperti Pemprofilan Kimia Kromatografi Gas & Kromatografi Gasi Spektrometri Jisim (GC & GCMS), Cap jari aromatik (aroma fingerprinting) melalui Solid Phase Microextraction (SPME) dan teknik klasifikasi gaharu.

Teknik pemprofilan kimia serta kandungan resin dalam kayu gaharu ini telah mula ditawarkan kepada pihak industri gaharu dan ia boleh digunakan untuk mencirikan kualiti kayu dan minyak gaharu tempatan.

Selain itu, PPH juga telah menghasilkan satu teknik yang dikenali sebagai gaharu sense. Teknik ini menggunakan alat sensor untuk menentukan kualiti gaharu. Inovasi ini telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Walaupun ada antara inovasi dihasilkan boleh didapati di pasaran namun inovasi di PPH adalah berkualiti kerana selamat dan berkesan serta disokong dengan hasil penyelidikan.

Teknik itu sedang dipatenkan dan telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

PPH juga telah diiktiraf sebagai makmal Bionexus oleh Malaysia Biotechnlogy Corporation pada tahun ini.

Dalam perkhidmatan teknikal, PPH telah menyumbang aktif kepada hasil pendapatan FRIM.

Full content generated by Get Full RSS.

Hasil hutan sumber ubatan

Posted:

Hasil hutan sumber ubatan

Hasil hutan sumber ubatan

Oleh LAUPA JUNUS


Kumpulan penyelidik Program Bioaktiviti , Bahagian Hasilan Semula jadi FRIM, diketuai oleh Dr. Nik Musaadah Mustapha (tengah) bersama hasil penyelidikannya.


SELAIN sebagai kawasan tadahan hujan dan menjadi sumber ekonomi melalui penghasilan kayu-kayan, hutan di negara ini juga mampu menjadi sumber untuk bahan-bahan perubatan.

Selain pokok-pokok, mikrob dan kulat yang terdapat dalam hutan di seluruh negara juga boleh dimanfaatkan.

Itu peranan yang dimainkan oleh Bahagian Hasilan Semulajadi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) melalui Pusat Penemuan Ubatan (DDC).

Ketua Programnya, Dr. Getha Krishanasamy berkata, program tersebut mampu memberi sumbangan dalammemanfaatkan hasilan hutan untuk tujuan pembangunan ubat-ubatan.

''Program ini dillihat sangat penting dalam konteks pembangunan ubat-ubatan daripada hasilan hutan," katanya.

Malah, ia boleh dianggap satu penjanaan kekayaan seperti yang ditetapkan oleh Projek Berimpak Tinggi (HIP) dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Dr. Getha berkata, pihaknya kini sedang berusaha mendapatkan dana pembangunan untuk melengkapkan kemudahan R&D termasuk Pusat Simpanan Mikrob.

Peruntukan yang dipohon oleh program itu di bawah RMK-10 ialah RM5 juta.

Ia juga bertujuan meningkatkan kemudahan dan penyelenggaraan kemudahan lain supaya lebih banyak aktiviti penyelidikan yang boleh dijalankan oleh program tersebut sesuai dengan matlamat penubuhannya.

''Kami akan memberi fokus kepada sebatian-sebatian bioaktif tulen daripada sumber semula jadi (tumbuhan dan mikrob) yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan perubatan dan menilainya sama ada ada toksik atau sebaliknya," kata beliau.

Oleh itu kata Dr. Getha, banyak kajian perlu dijalankan tetapi ia berdasarkan strategi yang dirancang.

Beliau dalam nada penuh yakin berkata, untuk tujuan itu pihaknya juga menjalankan penyelidikan dengan kerjasama beberapa pihak sama ada dari dalam atau luar negara.

''Bersama rakan kerjasama dari Jepun, kami telah menubuhkan satu koleksi Kultur Mikrob FRIM (FACC) yang menyimpan kultur hidup dan pangkalan data untuk sejumlah besar sumber genetik mikrob Actinobacteria (lebih 10,000 pencilan) untuk digunakan dalam kajian bioteknologi dan farmaseutikal," ujarnya.

Pada masa sama, pihaknya juga menjalankan R&D mencari sumber semulajadi berpotensi untuk dibangunkan sebagai ubatan terutama bagi kanser dan penyakit berjangkit.

Mengenai usaha itu, Dr. Getha berkata, pihaknya bekerja sama dengan Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPharm), agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan dengan Drugs for Neglected Diseases Initiatives (DNDi) untuk menyokong usaha global dalam penemuan calon ubatan berpotensi daripada sumber semula jadi untuk penyakit terabai.

Penyakit tersebut termasuk Human African Trypanosomiasis (sleeping sickness) dan Leishmaniasis.

Program tersebut juga menjalankan penyelidikan untuk mencari spesies tumbuhan berpotensi sebagai penawar dalam terapi ketagihan dadah.

Pada masa sama, DDC juga membentuk platform untuk memperkukuhkan R&D dalam bidang penemuan ubat-ubatan daripada sumber semulajadi dengan menggunakan pelbagai teknologi seperti sistem asei (assay) sasaran spesifik, proteomik, dan juga bioinformatik.

Berkongsi kejayaan yang dicapai setakat ini, Dr. Getha berkata, pihaknya telah berjaya memfailkan empat paten termasuk satu paten difailkan untuk sebatian antikanser yang dipencil daripada spesies tumbuhan terpilih.

Selain itu, pihaknya juga telah memfailkan paten untuk sebatian anti-MRSA (multidrug resistant Staphylococcus aureus) yang dipencilkan daripada kulat Basidiomycetes.

DDC juga telah memfailkan sembilan pendedahan reka cipta, menghasilkan enam ijazah sarjana dan tiga doktor falsafah dan lebih daripada 60 kertas saintifik dalam jurnal dan seminar.

''Kami juga telah menyaring 256 spesies tumbuhan untuk aktiviti antikanser, antiparasit dan antibakteria selain 260 pencilan mikrob dan 133 pencilan kulat untuk aktiviti antiparasit dan antibakteria," kata beliau.

Teroka potensi herba

Salah satu unit penting di bawah Hasilan Semula jadi FRIM ialah Program Bioaktiviti.

Menurut ketuanya Dr. Nik Musaadah Mustapha, dengan jumlah penyelidik seramai 11 pegawai, program tersebut aktif menjalankan aktiviti meneroka potensi dan keberkesanan sumber biologi tropika.

Aktiviti tersebut ialah untuk membangunkan sebagai agen terapeutik, nutraseutikal dan kosmeseutikal melalui kaedah in vitro dan in vivo.

Tahap keselamatan penggunaan ekstrak daripada spesies yang yang dikenal pasti berpotensi pula akan turut dinilai dengan meneliti kesannya terhadap sel hati dan sel ginjal, dua organ yang penting dalam tubuh manusia.

Bidang penyelidikan teras di Program Bioaktiviti ialah antiinfektif, antiradang, antioksidan, antidiabetik, hepatoprotektif dan biopestisidal.

Penemuan awal aktiviti saringan untuk setiap bidang tersebut menjadi asas pemilihan tumbuhan ubatan untuk kajian lanjutan yang perlu ke arah pembangunan produk herba yang berdaya saing.

l Bersambung Minggu Hadapan

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved