Ahad, 11 Disember 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Intelektual pemangkin kemajuan

Posted:

Intelektual pemangkin kemajuan

Intelektual pemangkin kemajuan

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, aspek intelektual perlu dibangunkan di kalangan rakyat kerana ia merupakan pemangkin ke arah menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020.

Menurut Perdana Menteri, Jepun dan Korea Selatan merupakan contoh negara yang berjaya menggunakan sepenuhnya elemen yang merupakan komponen terpenting dalam modal insan untuk berjaya dalam bidang ekonomi walaupun tidak mempunyai hasil bumi.

Katanya, negara yang mempunyai hasil bumi seperti minyak ada di antaranya masih dikategorikan sebagai mundur kerana gagal memanfaatkan aspek intelektual modal insan mereka.

"Atas sebab itu kerajaan akan memperuntukkan 25 peratus daripada jumlah keseluruhan bajet tahunan dibelanjakan untuk pendidikan kerana hanya melaluinya keupayaan intelek rakyat dapat ditingkatkan.

"Hakikatnya dalam kita mengorak langkah ke arah negara maju, kita amat memerlukan modal insan yang intelektual dan ia harus dijana sebaik mungkin supaya apa yang kita cita-citakan selama ini tercapai," katanya ketika berucap merasmikan Ekspo Permata 2011 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Perdana Menteri turut memberi penghargaan kepada sekumpulan wanita yang diterajui oleh Penaung Program Permata Negara (Permata), Datin Seri Rosmah Mansor kerana berjaya mencetuskan idea melaksanakan program itu lima tahun lalu walaupun terpaksa berkorban masa dan tenaga.

Hadir sama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Turut hadir kanak-kanak daripada program Permata Negara, Permata Insan, Permata Pintar, Permata Seni dan Remaja Perkasa.

Dalam perkembangan berkaitan Perdana Menteri berkata, aspek intelektual modal insan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam menentukan maju atau mundurnya sesebuah negara.

Mengenai program Permata beliau berkata, ia amat baik terutama dalam usaha kerajaan menyediakan landasan bagi kanak-kanak yang mempunyai kepintaran dan kebolehan luar biasa.

"Jumlah mereka tidak banyak iaitu sekitar satu peratus. Kumpulan ini harus kita berikan perhatian kerana mereka mempunyai potensi yang cukup besar untuk muncul sebagai pencipta yang berjaya. Kita mahu mereka menjadi seperti pengasas syarikat Apple, Steve Jobs.

"Mereka mempunyai kecerdasan otak (IQ) yang luar biasa. Mereka harus diberi tumpuan supaya mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara," katanya.

Perdana Menteri dalam ucapannya turut mengumumkan kejayaan beberapa anak di bawah program Permata antaranya Amir Adrian Amir Hamzah yang diterima mengikuti pengajian selama empat tahun di Augarten Palace Vienna iaitu institusi pendidikan khusus untuk ahli kumpulan Koir Vienna Boys.

Full content generated by Get Full RSS.

Pembangkang akhirnya akur dengan kemampuan kapal selam TLDM - PM

Posted:

Pembangkang akhirnya akur dengan kemampuan kapal selam TLDM - PM

Pembangkang akhirnya akur dengan kemampuan kapal selam TLDM - PM


NAJIB Tun Razak bersama isterinya, Rosmah Mansor mendengar adik Nur Amira Alia Ahmad Nor, 4, (tiga, kiri), membaca doa makan pada Expo Permata 2011 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 10 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihak pembangkang akhirnya terpaksa akur dengan kemampuan kapal selam negara menyelam di dasar laut selepas diberi peluang menaiki KD Tun Razak di Pulau Langkawi, semalam.

Perdana Menteri berkata, mereka juga telah menyaksikan kehebatan dan kemampuan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu dalam mempertahankan negara.

"(Dahulu) mereka kata kapal selam ini tidak boleh menyelam, tetapi mereka akhirnya terpaksa akur dengan kenyataan bahawa kapal selam ini boleh menyelam.

"Malah (mereka juga) menyaksikan betapa hebatnya kemampuan kapal selam ini," katanya ketika berucap merasmikan Ekspo Permata 2011 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Hadir sama Penaung Program Permata Negara (Permata), Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan dua Timbalannya, Prof. Dr. P. Ramasamy dan Datuk Dr. Mansor Othman berpeluang menaiki kapal selam KD Tun Razak atas jemputan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011.

Selepas merasai sendiri pengalaman menaiki kapal selam itu, Guan Eng akhirnya mengakui aset tersebut amat diperlukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempertahankan kedaulatan tanah air.

Guan Eng pada sidang akhbarnya berkata, kapal selam TLDM boleh menyelam dan kenyataannya itu bercanggah dengan dakwaan pembangkang di Dewan Rakyat sebelum ini.

Persetujuan mengenai perolehan dua kapal selam milik TLDM iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak ditandatangani antara Malaysia dan Perancis pada f2002 dengan harga RM2.5 bilion termasuk pakej pemindahan teknologi.

Penganalisis pertahanan sebelum ini menyifatkan proses dan harga itu sebagai adil serta berbaloi.

Dalam pada itu Najib berkata, semua pihak harus berani menghadapi sebarang kritikan iaitu dengan meletakkan keyakinan yang tinggi terhadap setiap program dilaksanakan seperti mana program Permata.

"Anggaplah kritikan itu sebagai perangsang kepada kita untuk melakukan yang terbaik. Jangan patah semangat. Kuatkan iltizam dan kita buktikan apa yang kita laksanakan ini dibuat secara bersungguh-sungguh terutama program-program berkaitan kesejahteraan rakyat.

"Mereka yang mengkritik itu hanya mahu menjadikan program-program yang kita laksanakan sebagai modal politik sahaja," katanya.

Selain projek kapal selam katanya, langkah kerajaan memperkenalkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) juga tidak kurang hebatnya menerima kritikan daripada pakatan pembangkang sedangkan kewujudannya adalah untuk membantu mengurangkan beban rakyat berpendapatan rendah.

"Pelbagai tuduhan mereka lemparkan termasuk mengatakan barangan yang dijual di KR1M mutunya rendah," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Ekspo Permata mampu tangkis fitnah – Rosmah

Posted:

Ekspo Permata mampu tangkis fitnah – Rosmah

Ekspo Permata mampu tangkis fitnah – Rosmah

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Penganjuran Ekspo Permata 2011 yang bermula hari ini mampu memberi pemahaman sebenar mengenai program itu sekali gus menangkis segala khabar angin yang tidak benar dan fitnah terhadap program tersebut.

Penaung Program Permata Negara (Permata), Datin Seri Rosmah Mansor berkata, melalui ekspo tersebut para pengunjung akan memperoleh pelbagai maklumat mengenai program-program Permata yang terdiri daripada Permata Negara, Permata Insan, Permata Pintar, Permata Seni dan Remaja Perkasa.

Selain itu beliau berkata, ekspo itu juga boleh menjadi medan untuk mencetuskan idea-idea baru yang boleh dibincang dan dikongsi bagi memperkukuhkan lagi pengisian program Permata.

"Adalah menjadi harapan saya agar penganjuran ekspo ini dijadikan wadah oleh kelima-lima komponen Permata untuk berkongsi maklumat dengan pengunjung.

"Ia akan memberi pemahaman sebenar mengenai program Permata dan menangkis segala khabar angin yang tidak benar dan fitnah mengenai program ini," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Ekspo Permata 2011 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Penganjuran ekspo tersebut akan berakhir pada 12 Disember ini.

Rosmah meletakkan harapan yang cukup tinggi terhadap lima komponen program Permata dalam melahirkan anak-anak berbakat, bijak dan berpotensi yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara pada masa depan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved