Ahad, 11 Disember 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Dedah pelajar alam kerjaya

Posted:

Dedah pelajar alam kerjaya

Dedah pelajar alam kerjaya

Oleh ALI MAHMOOD
utusanktn@gmail.com

BENTONG 11 Dis. - Para pelajar yang bakal memasuki sekolah menengah perlu didedahkan kepada alam kerjaya supaya mereka dapat memberi lebih fokus terhadap pelajaran yang berkaitan dengan minat mereka.

Pengurus Besar Bahagian Sosial, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Zulkifli Yaakob berkata, dengan memberikan fokus tersebut, ia memudahkan bagi mereka mengenal pasti potensi diri sendiri.

Menurutnya, program pendidikan Empower yang diperkenalkan oleh ECERDC kepada golongan itu di daerah ini turut memberikan motivasi dengan mendedahkan mereka kepada alam kerjaya.

''Saya percaya pendedahan tersebut dapat membantu pelajar dan ibu bapa mereka memilih kerjaya sesuai apabila meneruskan pelajaran di peringkat lebih tinggi.

''Di negara-negara maju, golongan itu mula didedahkan dengan alam kerjaya di peringkat kanak-kanak lagi bertujuan memupuk minat mereka dalam sesuatu bidang,'' katanya kepada pemberita pada majlis Kem Kendiri 1Malaysia Empower Bentong yang dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Bentong, Misnan Damin di sini baru-baru ini.

Menurutnya, kem tersebut bertujuan memberikan motivasi kepada 130 pelajar daripada enam sekolah membabitkan empat sekolah kebangsaan serta masing-masing satu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil yang bakal menduduki tingkatan satu tahun depan.

Katanya, menerusi kem itu, pengurusan ECERDC berharap mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah menengah bagi meneruskan kecemerlangan.

Full content generated by Get Full RSS.

Pemuda UMNO ambil langkah tarik pengundi muda

Posted:

Pemuda UMNO ambil langkah tarik pengundi muda

Pemuda UMNO ambil langkah tarik pengundi muda

KUALA LIPIS 11 Dis. - Pergerakan Pemuda UMNO Pahang mengambil langkah proaktif menarik pengundi muda di negeri ini supaya memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Ketua Pemudanya, Abu Jimi Samat berkata, usaha itu sejajar dengan aspirasi slogan baharu, iaitu BN Pilihan Orang Muda yang dilancarkan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menarik sokongan padu golongan tersebut kepada parti komponen itu.

''Sehubungan itu, semua jentera Pemuda UMNO sudah bersiap sedia untuk memenuhi aspirasi slogan ini dengan memfokuskan golongan sasaran, iaitu orang muda supaya berpihak kepada BN.

''Slogan ini menjadi teras modus operandi dan berjuang untuk memastikan kemenangan calon BN pada PRU13 nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sembang Belia Parlimen Lipis dan Pelancaran Slogan BN Pilihan Orang Muda di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Pekan Benta di sini baru-baru ini.

Hadir sama Pengerusi Gerakan Belia 4B Pahang, Ahmad Daniar Ismail; Pengerusi Belia 4B Kawasan Lipis, Azhari Rose dan Pegawai Belia dan Sukan Lipis, Hafizul Hamid.

Menurut Abu Jimi, slogan itu merupakan konotasi yang cukup bertenaga untuk menarik golongan tersebut bahawa mereka mempunyai pilihan tepat bagi memenangi calon BN nanti.

''Program yang dianjurkan telah dan akan laksanakan bagi menjelaskan kepada golongan itu supaya mereka ada pilihan tepat dan menzahirkan keyakinan untuk memudahkan pemimpin BN membangunkan negara pada masa akan datang.

''Langkah kita untuk mendekati pengundi muda semakin mencabar berasaskan senario politik hari ini, tetapi hal ini tidak melemahkan Pemuda UMNO untuk mendekati golongan ini,'' jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

NGO digesa sertai kempen keselamatan jalan raya

Posted:

NGO digesa sertai kempen keselamatan jalan raya

NGO digesa sertai kempen keselamatan jalan raya


Shahiruddin Ab. Moin (tengah) memakaikan topi keledar baharu kepada pengguna, S. Sivaguru sambil diperhatikan Wan Musa Wan Kadir semasa kempen tukar ganti topi keledar di Raub, Pahang, baru-baru ini.


RAUB 11 Dis. - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diminta bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) bagi menjayakan kempen keselamatan jalan raya dalam meminimumkan kemalangan maut di negeri itu.

Penolong Pengarah JKJR Pahang, Wan Musa Wan Kadir berkata, kempen itu penting bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang etika ketika berada di jalan raya.

''Statistik kemalangan jalan raya di negeri ini pada 2010 membabitkan pelbagai jenis kenderaan iaitu sebanyak 17,315 kes yang jumlah kemalangan maut mencatatkan 492 kes dengan kematian seramai 574 orang.

''Statistik kematian dan kecederaan sehingga akhir Oktober lalu ialah 60 orang maut, 39 mengalami kecederaan serius dan 55 orang cedera ringan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Mingguan Malaysia selepas menjalankan kempen tukar ganti topi keledar serta majlis pelupusan topi keledar di pekarangan Pejabat Daerah Raub di sini yang dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahruddin Ab. Moin di sini baru-baru ini.

Wan Musa memberitahu, berdasarkan statistik tersebut, penunggang motosikal dan pembonceng mencatatkan jumlah tertinggi disebabkan faktor kecuaian penggunaan topi keledar.

Menurut beliau, punca meningkatnya kematian penunggang dan pembonceng motosikal adalah disebabkan menggunakan topi keledar yang tidak sesuai serta tidak selamat.

Sehubungan itu, katanya, JKJR sentiasa menjalankan kempen kesedaran kepada golongan sasaran yang mana aspek pemilihan topi keledar yang betul diterapkan kepada penunggang dan pembonceng.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved