Ahad, 11 Disember 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Terima tawaran, elak rugi

Posted:

Terima tawaran, elak rugi

Terima tawaran, elak rugi

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Pemilik unit di rumah pangsa empat tingkat Kampung Kerinchi di sini yang masih enggan berpindah dinasihatkan supaya menerima rumah yang ditawarkan kepada mereka bagi mengelak kerugian dan rasa kesal di kemudian hari.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin berkata, jika mereka menerima tawaran itu, mereka akan mendapat hartanah gantian bernilai RM200,000.

Namun, katanya, jika mereka berkeras, mereka mungkin hanya akan mendapat pampasan antara RM50,000 hingga RM60,000 sahaja iaitu nilai hartanah itu sekarang.

"Sekarang ini, kerajaan sedang membantu pihak pemaju untuk mengambil alih hartanah itu mengikut Akta Pengambilan Tanah. Jadi, saya minta kepada yang masih belum bersetuju untuk menerima tawaran tersebut. Kita tidak mahu mereka rugi," katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir pada majlis minum petang bersama pemandu teksi Lembah Pantai di Bangsar South di sini baru-baru ini.

Raja Nong Chik mengulas mengenai protes yang diadakan oleh 10 peratus penduduk flat itu yang membantah projek itu, yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata, pemaju projek pembangunan semula rumah pangsa itu, Suez Domain Sdn. Bhd. telah dipilih sendiri oleh penduduk dan tentunya pilihan itu dibuat kerana ia adalah tawaran terbaik berbanding yang ditawarkan oleh pemaju lain.

"Sebanyak 90 peratus penduduk bersetuju dan hanya 10 peratus yang tidak bersetuju. Ini mungkin atas hasutan pihak pembangkang," jelasnya.

Raja Nong Chik berkata, kerajaan tidak dapat memberi jaminan bagi pihak pemaju kerana ia merupakan projek swasta dan perjanjian adalah di antara pemilik dan pemaju.

"Jika mereka mahukan hitam putih sebagai jaminan, pemilik boleh meminta daripada pemaju," katanya.

Terdahulu, beliau berdialog dan mendengar masalah dan rintihan pemandu teksi termasuk kesukaran mereka untuk mengambil penumpang di tempat-tempat yang banyak pengunjung kerana dihalang oleh pemilik sesebuah premis.

"Kalau di Lembah Pantai ini, tempat yang susah untuk mengambil penumpang kerana dikawal oleh pemilik adalah di Mid Valley Megamall yang tidak membenarkan pemandu teksi dari tempat lain mengambil penumpang.

"Ini bukan kali pertama saya dengar mengenai masalah tersebut, malah sebelum ini sudah ada aduan seperti di Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Pemilik premis seharusnya memberi peluang kepada pemandu teksi ini untuk mengambil penumpang," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Penduduk mahu geran tanah, tolak cadangan MB

Posted:

Penduduk mahu geran tanah, tolak cadangan MB

Penduduk mahu geran tanah, tolak cadangan MB


Robert Vanathaiya (kanan sekali) bersama penduduk menunjukkan pelan perumahan yang dikemukakan oleh penduduk tetapi ditolak oleh Menteri Besar Selangor di Balai Raya Kampung Seri Aman, Ijok, semalam.


KUALA SELANGOR 11 Dis. - Lebih 150 penduduk Kampung Seri Aman, Ijok di sini membantah cadangan pembinaan projek perumahan yang akan dilaksanakan kerajaan negeri di kawasan penempatan mereka.

Penduduk sebaliknya mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengotakan janji sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 iaitu memberi geran tanah kepada mereka.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Seri Aman, Robert Vanathaiya, 58, berkata, kerajaan negeri terdahulu telah meluluskan tanah lot premium untuk diberikan kepada penduduk sejak 2007.

Jelasnya, ketika berkempen pada pilihan raya umum lalu, Abdul Khalid berjanji akan memberi geran tanah kepada penduduk kampung dalam tempoh tiga bulan selepas memenangi pilihan raya tersebut.

"Namun, sehingga kini kami tidak diberikan geran tanah seperti yang dijanjikan, sebaliknya beliau (Abdul Khalid) beritahu tanah ini sudah dijual dan bercadang menawarkan membina rumah mampu milik kepada penduduk dengan harga RM120,000 seunit.

"Ini menyusahkan penduduk kerana kebanyakan kami bekerja di ladang, mana mampu nak bayar sewa rumah. Kami semua telah sepakat mahu geran tanah dan tidak mahu mendengar sebarang cadangan dikemukakan oleh Menteri Besar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan bersama penduduk di pekarangan Balai Raya Kampung Seri Aman, Ijok di sini hari ini.

Sementara itu, salah seorang penduduk, Nagarajah Subramaniam, 40, menggesa Abdul Khalid supaya menjelaskan kenapa geran tanah itu tidak dapat diberikan kepada penduduk sehingga hari ini.

"Kita mahu jawapan daripada beliau kenapa tanah ini dijual, kenapa beliau bawa pelan membina perumahan sedangkan kita mahukan geran tanah kerana kita dah duduk lebih 40 tahun di sini," tegasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Sampah: Khidmat Alam Flora lebih berkesan

Posted:

Sampah: Khidmat Alam Flora lebih berkesan

Sampah: Khidmat Alam Flora lebih berkesan

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Sejak kerajaan negeri mengambil alih tugas mengutip sisa pepejal dan pembersihan awam di Selangor daripada Alam Flora Sdn. Bhd., perkhidmatan yang diberikan dilihat semakin teruk.

Ia jauh berbeza daripada perkhidmatan yang diberikan Alam Flora kerana syarikat itu dilihat lebih bertanggungjawab dan memberikan khidmat yang lebih berkesan dalam soal tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz berkata, sejak akhir-akhir ini, dapat disaksikan longgokan sampah-sarap terbiar di longkang-longkang dan kawasan perumahan di sekitar Kajang.

Menurutnya, melalui tinjauan yang dilakukan sendiri olehnya, semakin banyak kawasan yang dilihat dipenuhi dengan sampah manakala rumput dan lalang terutama di kawasan perumahan tidak dipotong.

"Sampah dapat dilihat memenuhi kawasan longkang dan juga di kawasan perumahan. Keadaan ini menjadikan kawasan Kajang dan Semenyih semakin kotor," katanya.

Lebih memeritkan, katanya, kewujudan sampah-sampah yang tidak dikutip itu telah menjadi salah satu punca berlakunya banjir kilat kerana aliran air telah tersekat.

"Apabila sudah berlaku banjir, semua pihak mendapat susah terutama rakyat. Bagi saya, perkhidmatan yang diberikan Alam Flora adalah lebih baik dan sistematik," katanya.

Ujarnya, kerajaan negeri yang mengambil alih tugas pungutan sampah dan pembersihan awam ini dilihat gagal memainkan peranannya dengan berkesan sehingga menyusahkan penduduk.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved