Ahad, 11 Disember 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Hasan Ali digugur

Posted:

Hasan Ali digugur

Hasan Ali digugur

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


Hasan Ali


KUALA LUMPUR 10 Dis. - Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali digugurkan daripada menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Sumber-sumber mengesahkan bahawa nama Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gombak Setia itu telah 'disingkirkan' oleh Pas Selangor dan pada masa sama Pas Pusat merestui pengguguran tersebut.

Mingguan Malaysia difahamkan Pas Pusat turut menggugurkan beberapa pemimpin Pas yang selama ini tidak disenangi oleh kumpulan pro Datuk Seri Anwar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Erdogan dan antaranya bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa (gambar).

Pengguguran Hasan sebagai calon Pas pada pilihan raya umum nanti sememangnya telah dijangka dan ia hangat diperbincangkan di blog-blog tempatan sejak semalam seperti MyKMU.net, brojinggo.blogspot.com dan darikakigunungjerai.blogspot.com.

Ia berikutan kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Shaari Sungib yang dipaparkan dalam beberapa blog bahawa kemungkinan besar Hasan akan digugurkan daripada menjadi calon parti itu pada PRU13.

Shaari memberi alasan bahawa bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu tidak mendapat jumlah pencalonan yang mencukupi dari setiap cawangan.

Bagaimanapun, Mingguan Malaysia difahamkan pengguguran Hasan sebagai calon Pas ada kaitan dengan dakwaan yang mengatakan ADUN Gombak Setia itu menjadi duri dalam daging bagi Pas Selangor dan pakatan pembangkang terutama DAP.

Ia berikutan beberapa tindakan Hasan yang mengundang kritikan terbuka pemimpin Pas Selangor seperti Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad terutama berkaitan dengan tugasnya sebagai exco menjaga hal ehwal agama.

Antaranya, isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah premis yang dikatakan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu ekoran pendedahan terdapat gerakan tersusun kumpulan tertentu untuk memurtadkan orang Islam.

Selain Khalid isu itu turut kurang disenangi oleh kepimpinan negeri walaupun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa berdasarkan siasatan JAIS terdapat cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam.

Dalam isu tersebut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Khalid sendiri telah memohon maaf kepada pihak gereja sebelum laporan penuh berhubung insiden itu dikeluarkan oleh pihak JAIS.

Begitu juga dengan DAP, parti itu dikatakan tidak begitu senang dengan Hasan berikutan beberapa tindakan antaranya kes rampasan arak di kedai 24 jam di Shah Alam hingga menyebabkan berlaku pertelingkahan antara beliau dengan seorang lagi Exco Selangor, Ronnie Liu.

Akhirnya arak yang dirampas itu dikatakan dipulangkan semula kepada kedai tersebut dalam kejadian yang berlaku pada Julai 2009.

Ekoran daripada insiden itu, DAP dikatakan mula kurang menyenangi Hasan kerana pendiriannya yang begitu tegas dalam soal berkaitan memelihara kesucian agama Islam di Selangor.

Hasan juga kurang disenangi kepimpinan Pas negeri dan rakan sekutu mereka sama ada DAP atau Parti Keadilan Rakyat berikutan sokongannya terhadap usaha menubuhkan kerajaan perpaduan dengan UMNO. Kesan daripada sokongan itu pada Muktamar Tahunan Pas 2011, Jun lalu beliau digugur sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

Hasan merupakan seorang pemimpin yang popular di kalangan umat Islam sama ada di Selangor mahu pun di seluruh negara.

Ia ekoran komitmennya memelihara kesucian akidah umat Islam di Selangor dan contoh terbaik langkah JAIS mengadakan pemeriksaan terhadap DUMC selepas menerima laporan wujudnya usaha memurtadkan umat Islam di premis tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

3,000 saksi gerhana bulan penuh

Posted:

3,000 saksi gerhana bulan penuh

3,000 saksi gerhana bulan penuh


Gerhana bulan penuh yang dirakam di Johor Bahru, malam tadi. – Mingguan/ raja jaafar ali


KUALA LUMPUR 10 Dis. – Kira-kira 3,000 pengunjung bertumpu di Planetarium Negara untuk menyaksikan gerhana bulan penuh yang terakhir pada tahun ini bermula pukul 7.35 malam hingga 1.30 pagi.

Fenomena itu hanya dapat disaksikan semula oleh rakyat Malaysia pada 2014.

Pengarah Planetarium Negara, Azreena Ahmad; Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr. Mustafa Din Subari dan Timbalannya, Dr. Nordin Ahmad turut menyertai orang ramai menyaksikan fenomena itu.

Azreena ketika ditemui berkata, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan apabila ia melintasi bayang bumi.

"Gerhana pada malam ini bermula dengan fasa penuh penumbra pada pukul 7.34 malam (waktu tempatan), tetapi kesan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayangan penumbra bumi yang kurang gelap.

"Gerhana jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi mulai pukul 8.46 malam sehingga gerhana maksimum pada pukul 10.32 malam ini.

"Bulan akan mula keluar daripada bayang umbra bumi pada pukul 10.57 malam dan keluar sepenuhnya pada pukul 12.18 tengah malam ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Dana BR1M ditambah

Posted:

Dana BR1M ditambah

Dana BR1M ditambah

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
pengarang@utusan.com.my


Orang ramai beratur untuk menghantar borang permohonan BR1M di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kampung Pandan, Kuala Lumpur, semalam. – Mingguan/HAFIZH KHOSMAT


IPOH 10 Dis. - Kerajaan akan menambah peruntukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang berjumlah RM2.6 bilion bagi memastikan semua keluarga berpendapatan kurang RM3,000 sebulan menerima bantuan khas RM500 yang dijanjikan.

Sehubungan itu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memberi jaminan semua keluarga terlibat akan menerima bantuan itu walaupun bilangannya nanti melebihi anggaran asal seramai 5.2 juta isi rumah.

"Kita belum tahu bilangan isi rumah yang layak. Namun dianggarkan 5.2 juta atau 83 peratus daripada 6.2 juta isi rumah yang dilaporkan di seluruh negara layak menerima bantuan khas itu.

"Sekiranya bilangan yang layak melebihi 5.2 juta isi rumah, mereka akan dapat juga," katanya selepas melancarkan pendaftaran BR1M di Dewan Komuniti 1Malaysia Chemor, dekat sini hari ini.

Pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lalu, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan tunai sekali bayar sebanyak RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah yang akan diagihkan mulai 16 Januari depan manakala tempoh pendaftaran akan bermula hari ini hingga 10 Januari.

Menurut Ahmad Husni, setiap permohonan akan diperiksa dengan teliti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum kelulusan diberi.

Katanya, dengan rekod yang ada pada LHDN dan BNM, beliau yakin tidak akan berlaku ketirisan apatah lagi mereka yang memberi maklumat palsu boleh dipenjara tiga tahun dan didenda seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan.

"Mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 tidak membayar cukai, jadi mereka tiada dalam rekod. Kita percaya mereka yang layak akan dapat dan yang tidak layak tidak akan dapat bantuan itu," katanya.

Beliau juga percaya sasaran pendaftaran seramai 5.2 juta isi rumah mampu dicapai dalam tempoh sebulan dengan gabungan kerjasama LHDN, agensi-agensi kerajaan dan pemimpin masyarakat.

Dalam pada itu, Ahmad Husni amat tersentuh melihat begitu ramai rakyat berbilang kaum datang ke majlis itu untuk memohon BR1M.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved