Ahad, 11 Disember 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


19 unit komputer mesin judi dirampas

Posted:

19 unit komputer mesin judi dirampas

19 unit komputer mesin judi dirampas

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABR
pengarang@utusan.com.my


Anggota polis merampas mesin permainan judi dalam operasi pusat judi haram di Taman Oakland, Seremban, semalam. –MINGGUAN/ABDUL RAZAK AID


RASAH 10 Dis. – Polis merampas 19 unit komputer yang diubah suai menjadi mesin judi dalam serbuan di sebuah premis di Taman Perindustrian Oakland, dekat sini semalam.

Serbuan pukul 4 petang itu dilakukan oleh sepasukan pegawai serta anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Negeri, hasil maklumat dan risikan sejak beberapa hari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, turut ditahan 13 pengunjung dan pengurus premis yang terdiri daripada sembilan warga tempatan manakala bakinya warga Indonesia dan Myanmar.

Katanya, selain komputer, pihaknya juga merampas wang tunai sebanyak RM668 yang dipercayai hasil kegiatan itu.

"Ketika diserbu, kebanyakan pengunjung berusia 20 hingga 40 tahun itu cuba melarikan diri namun gagal setelah dikepung," katanya di sini hari ini.

Jelas Hamdan, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Pindaan 2001) dan Seksyen 6 Enakmen Pusat Hiburan kerana berniaga tanpa lesen.

"Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM10,000 bagi setiap mesin dirampas atau penjara lima tahun di bawah Seksyen 4B (a).

"Bagi kesalahan di bawah Seksyen 6, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun," tegasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Remaja maut motosikal rempuh lori

Posted:

Remaja maut motosikal rempuh lori

Remaja maut motosikal rempuh lori

SEREMBAN 10 Dis. - Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 266.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini, semalam.

Dalam kemalangan pukul 6 pagi itu, mangsa, Amirul Hakim Suhaimi, 18, maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan.

Difahamkan, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 125Z itu datang dari arah Seremban dan menuju ke rumahnya di Kampung Pelegong, Labu, dekat sini.

Jurucakap polis memberitahu, ketika kejadian mangsa dikatakan bersama beberapa rakannya yang menunggang motosikal berasingan dan baru selesai minum di sebuah restoran di bandar ini.

"Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu merempuh belakang lori yang berada di laluan paling kiri.

"Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak di atas lebuh raya sebelum meninggal dunia di tempat kejadian," katanya di sini semalam.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abdul Halil Hamzah yang mengesahkan kejadian itu berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ) untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222 atau balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved