Isnin, 12 Disember 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Menyemai bakti untuk anak tercicir

Posted:

Menyemai bakti untuk anak tercicir

Menyemai bakti untuk anak tercicir


Sebahagian pelajar di Kafa Integrasi Al-Insaniah, Jalan PJU 1A/42, Taman Putra Damai, Lembah Subang, Petaling Jaya.


KETIKA anak lain ke sekolah agama, Udin (bukan nama sebenar) leka bermain. Sesekali matanya merenung ke arah sekolah. Ada perasaan sayu dan pilu dalam hatinya.

Dia sememangnya teringin untuk belajar di sekolah agama itu tetapi apakan daya, ibunya tidak mampu untuk membayar yuran sekolah. Meskipun jumlahnya hanyalah RM20 sebulan. Makan mereka pun atas belas ehsan jiran.

RM20! Nilai wang yang bagi sesetengah orang boleh dihabiskan untuk sekali makan! Ada kalanya Udin berjalan mengelilingi pagar sekolah yang sebahagiannya sudah tumbang akibat perbuatan khianat mereka yang tidak bertanggungjawab menceroboh ke kawasan sekolah.

Dia seronok mendengar suara kanak-kanak mengulangi ungkapan kata ustazah dan ustaz. Ingatannya singgah kepada ibu, ibu yang sedang bertarung nyawa dengan penyakit kanser rahim.

Ayah? Ayahnya sudah lama meninggal dunia.

Seperti Udin, kakak dan abangnya juga tidak bersekolah kerana kesempitan hidup!

Lain pula kisah Mail (bukan nama sebenar).

Dia dan abangnya pernah ditangkap kerana mencuri meja sekolah. Bahagian besi meja itu dijual kepada pembeli barang lusuh.

Hasil jualan RM3 itu digunakan untuk membeli makanan. Mereka mencuri kerana lapar. Ibu Mail masih hidup tetapi sudah lama keluar rumah, meninggalkan dia dan adik beradiknya yang lain.

Tinggal ayahnya sebagai bapa tunggal yang menyara kehidupan anaknya yang lima orang itu dengan menjaja secara kecil-kecilan.

Mail hanya ke sekolah agama kerana tiada surat beranak untuk ke sekolah kebangsaan. Abangnya juga tidak mempunyai surat beranak.

Kakaknya tidak bersekolah kerana perlu menjaga adik-adiknya apabila bapa keluar mencari rezeki.

Anak yang dikenali sebagai Man (bukan nama sebenar) ini pula terpaksa berhenti sekolah. Ibunya tidak mampu untuk membayar yuran sekolah sebanyak RM20.

Ayah? Ayah sudah berkahwin lagi. Walaupun ayah ada memberi wang kepada ibunya tetapi jumlah yang diberi tidak cukup untuk menampung keperluan kehidupan mereka.

Ibu Man pula hanya mampu menjaga anak orang untuk menambah pendapatan bagi kelangsungan hidupnya dan enam orang anaknya.

Atas keprihatinan pihak sekolah, Man dibenarkan meneruskan persekolahan walaupun tidak dapat membayar yuran.

Kesusahan hidup yang dilalui Udin, Mail dan Man ini hanyalah secebis daripada kehidupan berliku anak yang belajar di Kafa (Kelas Al Quran dan Fardu Ain) Integrasi Al-Insaniah, Jalan PJU 1A/42, Taman Putra Damai, Lembah Subang, Petaling Jaya.

Keprihatinan pihak sekolah membolehkan Udin, Mail dan Man menjadi murid di KAFA itu.

Cuma Udin sempat belajar hanya beberapa bulan sahaja. Dia dan adik-beradiknya diberitakan sudah balik ke kampung di Kelantan setelah ibu mereka meninggal dunia.

Mungkin ada ramai lagi anak yang menyimpan kisah pahit dan duka kehidupan mereka di sebalik wajah-wajah yang redup dan tubuh yang lesu.

Kebanyakan anak ini datang dari keluarga yang berpendapatan rendah dan mempunyai adik-beradik yang ramai.

Lantas ada antara anak ini yang datang ke sekolah agama dengan perut kosong seperti yang diberitahu Ustazah Norazainah Adnan dan Ustazah Siti Hawa Sharif, pengasas Kafa Integrasi Al-Insaniah.

Pihak sekolah sememangnya membantu mereka yang benar-benar memerlukan dengan mengecualikan mereka daripada bayaran yuran di samping makanan tambahan.

Bagaimanapun, kewangan yang terhad membolehkan hanya 70 orang sahaja setakat ini menerima makanan tengah hari yang membabitkan perbelanjaan kira-kira RM2,100 sebulan.

Ustazah Norazainah mempunyai pengalaman sekitar 14 tahun sebagai guru tadika sementara Ustazah Siti Hawa pula telah menjadi guru agama selama kira-kira 15 tahun.

Sebelum penubuhan Kafa ini, mereka berdua mengambil inisiatif mengadakan kelas agama di surau Insaniah Blok D PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin) Taman Putra Damai.

Ustazah Norazainah ketika itu menyandang jawatan Ketua Muslimah Jawatankuasa surau Insaniah.

Kelas agama yang menampung kira-kira 90 pelajar itu diadakan di surau berkenaan selama dua tahun mulai 2001. Pada 15 Jan, 2003, Kafa Integrasi Al-Insaniah dibuka di lokasi yang ada sekarang.

Meskipun saiz sekolah itu kecil, sesi persekolahan pertama menerima 500 murid. Sekolah ketika itu mempunyai hanya lima buah kelas, pejabat dan kantin. Pelajar diajar antaranya mata pelajaran Al-Quran, Feqah, Tauhid, Bahasa Arab, Akhlak dan Tulisan Jawi.

Rasa Belas Ustazah Norazainah bukan setakat menjadi pengasas dan kemudiannya mengajar di Kafa Al-Insaniah.

Naluri seorang ibu menjadikan beliau begitu mengambil berat agar anak di PPRT Taman Putra Damai tidak tercicir daripada mendapatkan pendidikan agama.

Setiap kali melihat ada anak yang bermain di luar kawasan sekolah pasti dia akan bertanya mengapa mereka tidak datang ke sekolah agama itu.

Tidak cukup dengan alasan yang diberikan, dia akan menyusul pula ke rumah untuk menggalakkan ibu bapa berkenaan menghantar anak ke sekolah.

Alasan yang sering singgah di cuping telingnya ialah tidak ada wang untuk membayar yuran sekolah.

"Saya akan memberitahu mereka hantar dulu anak ke sekolah dan soal kewangan boleh dibincang kemudian.

"Saya susah hati, saya bimbang sekiranya anak ini tidak dibekalkan dengan pendidikan agama, ini akan merosakkan diri mereka kelak," Ustazah Norazainah yang juga naib-pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Kafa Al-Insaniah memberitahu Bernama dalam satu wawancara baru-baru ini.

Kafa Al-insaniah

KAFA Integrasi Al-Insaniah kini mempunyai 450 murid. Seramai 25 orang belajar pada sesi pagi sementara bakinya belajar pada sesi petang.

Anak ini kebanyakannya berasal dari kawasan setinggan Taman Medan, Kampung Cempaka, Kampung Kayu Ara dan Kampung Sentosa yang terletak di sekitar kawasan Petaling Jaya.

"Ada yang mempunyai ibu atau ayah sahaja. Ada yang emak bekerja di kilang, ayah berniaga sendiri atau bekerja sebagai buruh. Ada juga emak yang hanya suri rumah.

"Ada juga yang emak sahaja bekerja. Rata-rata mereka berpendapatan rendah. Ada yang mempunyai anak lapan hingga 12 orang," kata Ustazah Norazainah.

Ustazah Norazainah berkata, 30 daripada 40 murid dalam satu daripada Darjah Dua beliau adalah murid yang ibu bapa mereka sudah bercerai atau ibu tunggal setelah suami meninggal dunia. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Budi bahasa makin luntur

Posted:

Budi bahasa makin luntur

Budi bahasa makin luntur

Oleh ZULKIPLE IBRAHIM


Hak orang kurang upaya untuk menggunakan apa sahaja kemudahan perlu dihormati dan mereka sepatutnya dibantu oleh mereka yang normal. - Gambar hiasan


AHMAD Jasmon, seorang yang kurang upaya dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak, telah berkunjung ke sebuah mesin juruwang automatik (ATM) untuk mengeluarkan wang di sebuah kompleks membeli-belah.

"Kerana ketika itu ramai orang sedang beratur, saya pun ikut beratur untuk mengeluarkan wang. Setelah tiba giliran saya, orang yang beratur di belakang tiba-tiba mahu memotong barisan seolah-olah saya tidak wujud di depan mesin ATM itu.

"Begitu pahit rasanya, orang itu tidak langsung rasa hormat terhadap individu yang sedang beratur di depannya. Apatah lagi orang yang didepan adalah orang kurang upaya yang menggunakan kerusi roda dan adalah mustahil jika beliau tidak nampak saya.

"Kalau mereka yang kurang upaya enggan membantu, saya tidak kisah sangat tetapi menjalankan diskriminasi adalah perkara yang lain," kata Ahmad.

Itu bukan sesuatu yang menghairankan di kalangan masyarakat Malaysia yang kononnya kaya dengan budi bahasa.

Itu merupakan antara perbuatan yang cukup ketara bahawa nilai budi bahasa dan hormat menghormati antara rakyat negara ini semakin luntur.

Penulis sendiri mempunyai pengalaman yang serupa ketika beliau mahu mengeluarkan wang dari ATM di satu hospital di sini.

Menurut apa yang pernah dialami penulis, ada segelintir masyarakat yang enggan mengambil tahu tentang mereka yang menggunakan kerusi roda dan situasi-situasi sebegini berlaku setiap hari.

Gambaran di atas adalah antara isu yang dihadapi oleh orang kurang upaya (atau OKU seperti dikenali umum) di negara ini.

Sememangnya telah terdengar banyak rungutan mengenai salahguna kemudahan yang disediakan untuk OKU.

Wahab Jamil yang telah kehilangan sebelah kakinya dalam satu kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lepas memberitahu: "Saya mempunyai isteri yang juga cacat semenjak lahir dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Membeli barangan keperluan di kedai adalah satu perkara mustahil bagi kami suami isteri kerana kebanyakan kedai runcit mempunyai tangga dan tidak boleh digunakan untuk kerusi roda. Satu-satunya tempat yang sesuai bagi kami adalah pasar raya hiper di mana mudah bagi OKU untuk masuk.

"Hipermarket menyediakan ruang parkir bagi OKU tetapi petak-petak ini selalu disalahguna oleh mereka yang lain walaupun ada papan kenyataan yang diletakkan oleh pihak pengurusan hipermarket.

"Kerap kali saya terpaksa meninggalkan kenderaan jauh dari pintu masuk hipermarket dan terpaksa menolak kerusi roda isteri saya masuk ke dalam premis.

Kemudian saya terpaksa berulang-alik menolak isteri serta barangan yang kami beli merentasi jarak agak jauh ke kenderaan.

"Sudah tentu ia akan menjadi lebih mudah jika saya berpeluang menggunakan petak letak kereta yang disediakan untuk pemandu cacat yang berhampiran dengan pintu masuk. Sedihnya petak itu telah disalahguna oleh mereka yang tidak prihatin terhadap OKU," keluh beliau.

Mendengar keluhan warga OKU, tidak hairanlah isu petak letak kereta untuk OKU disalahguna oleh segelintir masyarakat.

Begitu juga tandas yang mempunyai tanda "orang di atas kerusi roda". Kemudahan ini jarang sekali terlepas daripada penyalahgunaan oleh mereka yang upaya.

Akta untuk orang upaya

Parlimen telah meluluskan Akta Orang Kurang Upaya pada 24 Disember 2007 (Akta 685). Akta ini kemudian diwartakan pada 24 Jan, 2008 dan berkuatkuasa mulai 7 Julai pada tahun yang sama.

Akta itu memberi hak bagi pendaftaran, perlindungan, pemulihan dan pembangunan orang kurang upaya serta kesejahteraan kumpulan ini. Akta ini juga menukarkan konsep OKU dari berasakan kebajikan kepada yang berasaskan hak.

Akta ini memberikan peluang serta taraf dan penglibatan yang sama bagi golongan kelainan upaya sepadan dengan mereka yang normal.

Tetapi adakah akta ini memberikan perlindungan yang secukupnya bagi kemudahan yang disediakan untuk OKU? Wujudkah penalti bagi mereka yang menyalahguna kemudahan seumpama?

Memang terdapat banyak rungutan terhadap penyalahgunaan kemudahan yang disediakan bagi warga kurang upaya.

Apa kata mereka yang mempunyai pengetahuan tentang Akta ini? Menurut pandangan peguam-peguam, Akta OKU 2008 hanya semata-mata bercorak pentadbiran dan tidak mempunyai "sengat" kerana ia tidak mengenakan tindakan ke atas mereka yang tidak membuat aduan.

Pengamal undang-undang N. Surenthiran berkata tidak ada penalti dikenakan terhadap mereka yang menyalahgunakan kemudahan itu walaupun ia berlaku secara terang.

"Untuk masa ini, sesiapa yang normal yang didapati menyalahguna kemudahan OKU seperti tandas, petak letak kereta dan lain-lain tidak dikenakan tindakan.

"Pihak berkuasa mahu mendidik pihak awam tetapi ada segelintir ahli masyarakat yang tidak peka terhadap keperluan OKU," kata beliau.

Surenthiran mengambil contoh larangan merokok yang begitu berkesan terhadap mereka yang merokok di tempat awam.

"Kenapa tidak dikenakan penalti terhadap mereka yang menyalahguna kemudahan OKU seperti tandas dan petak letak kereta. Hanya dengan cara ini tiada siapa yang berani melanggar peraturan," tambah beliau.

Aktivis sosial Gurmukh Singh menjelaskan tujuan Akta OKU bukannya untuk menghukum tetapi untuk memberi pendidikan kepada semua.

"Bagaimanapun penalti terhadap pihak yang tidak mengadu ada dinyatakan dalam peraturan serta undang-undang kecil yang lain," katanya. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved