Isnin, 12 Disember 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


RM300,000 baiki jeti uzur

Posted:

RM300,000 baiki jeti uzur

RM300,000 baiki jeti uzur

Oleh KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN
pengarang@utusan.com.my


Mohamad Hasan ketika melawat sekitar jeti nelayan di kawasan Chuah, Port Dickson, baru-baru ini.


TELOK KEMANG 11 Dis. - Masalah jeti yang uzur di Kampung Bakar Arang dan Sungai Bawah di kawasan Chuah dekat sini mendapat perhatian apabila kerajaan negeri mengumumkan bantuan sebanyak RM300,000 bagi membaikpulih infrastruktur berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, peruntukan yang disalurkan akan melegakan ratusan nelayan yang menggunakan jeti berkenaan sebagai pusat pengumpulan dan penangkapan ikan.

''Peruntukan segera ini disalurkan selepas saya sendiri melawat kawasan ini dan saya lihat ia sudah uzur dan perlu dibangunkan semula bagi memberikan keselesaan kepada para nelayan menjalankan aktiviti seharian mereka," katanya.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuah di sini kelmarin.

Kata beliau, peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan itu meliputi membina bangsal, tempat simpan pukat dan membaiki jeti usang.

Dalam pada itu, Mohamad selepas mengadakan lawatan ke Kampung Jangging dekat sini turut mengumumkan pembinaan jalan pintas ke kampung itu ke kampung-kampung lain.

Full content generated by Get Full RSS.

Program kebajikan tumpu OKU, penduduk sakit

Posted:

Program kebajikan tumpu OKU, penduduk sakit

Program kebajikan tumpu OKU, penduduk sakit

MELAKA 11 Dis. - Dewan Undangan negeri (DUN) Telok Mas memperkenalkan program kebajikan berkonsepkan 'Touch Point' dengan menyasarkan golongan orang kurang upaya (OKU) dan penduduk sakit terlantar sebagai kumpulan utama program itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Latiff Tamby Chik berkata, melalui program tersebut, pihaknya mudah menyalurkan bantuan kepada golongan yang sewajarnya melalui penglibatan agensi kerajaan berkaitan.

Menurutnya, melalui program itu baru-baru ini, pihaknya berjaya mengenal pasti dan menyalur bantuan kepada empat OKU dan lima penduduk yang terlantar sakit dalam DUN Telok Mas.

''Program ini akan diselia Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Kawasan Dewan Undangan negeri (Japerun) Telok Mas dengan mengenal pasti penduduk yang benar-benar memerlukan bantuan," katanya di sini hari ini.

Bagi tujuan tersebut, kata beliau, pihaknya membelanjakan sejumlah RM3,000 bagi menyalurkan bantuan peralatan perubatan kepada penduduk yang terlantar sakit terutama penyediaan lampin pakai buang.

Pada masa yang sama, Latiff meminta kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan itu agar sentiasa aktif dalam memantau perkembangan kebajikan penduduk di kawasan masing-masing.

Usaha itu, katanya, memudahkan agensi kerajaan berkaitan terutama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaksanakan tugas mereka dengan berkesan terutama dalam menyalurkan bantuan kebajikan kepada penduduk yang memerlukan.

Ujar beliau, selain memudahkan penyaluran bantuan kebajikan, JKKK yang bersikap aktif dalam perkara itu sekali gus memberi impak positif yang baik kepada kerajaan dalam membantu golongan kurang bernasib baik di negara ini.

Full content generated by Get Full RSS.

20 penduduk Kampung Merbah Indah terima sumbangan

Posted:

20 penduduk Kampung Merbah Indah terima sumbangan

20 penduduk Kampung Merbah Indah terima sumbangan

SEREMBAN 11 Dis. - Seramai 20 penduduk Kampung Bukit Merbah Indah dekat sini menerima sumbangan di bawah program Pautan Kasih Ziarah Mesra semalam.

Bantuan itu disediakan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) melalui Pusat Khidmat Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat.

Bantuan berupa barangan makanan dan wang tunai itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail.

Menurut Mohammad Razi, program tersebut bertujuan mengurangkan beban rakyat khususnya golongan miskin tegar.

''Saya berharap penduduk kampung mendapat pembelaan sewajarnya terutama yang susah dan miskin kerana inisiatif itu selari dengan hasrat kerajaan dalam membantu mereka.

''Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung itu juga diharapkan dapat bekerjasama dengan memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk dengan menyelami masalah yang dihadapi mereka," katanya semalam.

Turut hadir Penyelaras Pusat Khidmat BN DUN Sikamat, Taslim Khan Kutob Din dan Pengerusi JKKK Bukit Merbah Indah, Jaafar Jantan.

Dalam pada itu, penerima sumbangan, Normah Nordin, 82, melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak Kemas atas sumbangan tersebut.

''Saya tidak menyangka akan menerima kunjungan pemimpin yang prihatin dengan kehidupan kami," jelasnya.

Bagi Uzir Idrus, 50, dia amat berterima kasih kepada wakil rakyat yang datang untuk menyalurkan bantuan berkenaan.

''Bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu saya mengurangkan beban hidup," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved