Isnin, 12 Disember 2011

Utusan Online - Rencana


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Apa kelainan Negara Berkebajikan Pas?

Posted:

Apa kelainan Negara Berkebajikan Pas?

Apa kelainan Negara Berkebajikan Pas?

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin melancarkan buku Negara Berkebajikan: Tawaran Pas di pekarangan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam.

Buku setebal 59 muka surat itu menggariskan tentang konsep, polisi dan agenda yang akan ditawarkan oleh parti berkenaan bersama-sama parti pembangkang lain sekiranya diberi peluang mentadbir negara.

Dalam buku itu, Pas memperincikan 10 agenda iaitu mewujudkan kerajaan beramanah, masyarakat penyayang, ekonomi mampan, pendidikan berkualiti, perkhidmatan kesihatan cekap, kebajikan langsung, keluarga harmoni, pekerja produktif, kemudahan prasarana berkualiti dan pemeliharaan alam sekitar.

Buku itu merupakan penjelasan kepada buku pertama yang ditulis Abdul Hadi yang bertajuk Konsep Asas Negara Berkebajikan yang telah dilancar sebelum ini.

Kedua-dua buku berkenaan adalah susulan daripada ucapan dasar beliau dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-57, Jun lalu yang bertemakan 'Membangun Negara Berkebajikan'.

Sebelum ini, 10 agenda berkenaan telah digunakan semasa kempen pilihan raya umum 2008 dan inti pati itu turut dimasukkan ke dalam dokumen polisi pihak pembangkang yang dikenali sebagai Buku Jingga.

Bagi pembaca yang meneliti segala inti pati terbabit sudah pasti akan tertanya-tanya apa yang 'sangat istimewa' dengan konsep negara berkebajikan yang ditawarkan oleh Pas kerana hampir keseluruhannya telah, sedang dan terus dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kenyataan yang dibuat oleh Abdul Hadi kelmarin bahawa konsep negara berkebajikan parti itu mengikut panduan yang ditetapkan dalam al-Quran secara tidak langsung memperakui bahawa segala apa yang telah dibuat oleh kerajaan BN selama ini adalah selaras dengan ajaran Islam.

Jika Presiden Pas mendakwa kelainan konsep negara berkebajikan yang ditawarkan parti itu adalah memperjuangkan hak rakyat di mana rakyat adalah tuan, manakala kerajaan pula hanya bertindak sebagai pemegang amanah, ia adalah tidak benar kerana langkah itu juga sudah dibuat oleh kerajaan BN.

Mengulas mengenai hakikat itu, pemerhati politik Che Hamdan Che Mohd. Razali berkata, apa yang dibuat oleh Pas itu sebenarnya hanya sebagai reaksi terhadap segala perubahan yang telah dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang kini mendapat sambutan hangat rakyat.

''Jika dikatakan kelainannya adalah untuk memperjuangkan hak rakyat, ia sudah pasti tidak benar kerana Najib sudah lama berjuang untuk matlamat sama menerusi gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

''Saya lihat terdapat juga cadangan untuk memberikan yuran pengajian percuma kepada anak-anak daripada keluarga miskin di luar bandar dan bandar yang telah pun dibuat oleh Najib," katanya yang juga pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara Kampus Dungun, Terengganu.

Tambah beliau, dakwaan Abdul Hadi bahawa pentadbiran kerajaan sekarang berkonsepkan 'kekayaan negara berpusing kepada orang tertentu sahaja' hanya merujuk kepada kelemahan dari segi pelaksanaan yang sudah disedari kerajaan BN dan sedang diperbaiki.

''Kita tidak boleh menjadikan hujah Presiden Pas ini sebagai alasan untuk menukar kerajaan kerana tiada jaminan perkara sama tidak berulang jika pembangkang memerintah kalau dilihat rekod buruk negeri-negeri yang dipimpin mereka sekarang," ujarnya.

Mengulas isu sama, penganalisis politik, Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, perincian konsep negara berkebajikan oleh Pas kelmarin jelas memperlihatkan parti itu semakin terhakis pegangannya kepada prinsip menegakkan negara Islam yang berteraskan al-Quran dan bersendikan sunah nabi.

''Tiada lagi inferens kepada perlembagaan Madinah dan landasan al-Quran sebagai Perlembagaan negara dalam buku tersebut dan hudud yang suatu ketika dahulu menjadi jajaan Pas nampaknya sudah 'disunyikan' sebagai tanda akur kepada bantahan DAP,'' katanya.

Beliau yang merupakan bekas Felo Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata, 10 agenda yang diketengahkan itu bukanlah sesuatu yang baru atau inovatif yang layak mendapat penarafan alternatif kepada apa yang ditawarkan oleh kerajaan BN.

Full content generated by Get Full RSS.

Bukti idea mewujudkan Iskandar Malaysia tidak sia-sia

Posted:

Bukti idea mewujudkan Iskandar Malaysia tidak sia-sia

Bukti idea mewujudkan Iskandar Malaysia tidak sia-sia

Oleh LUQMAN HAZIQ ABDULLAH
alhaziq@yahoo.com

WALAUPUN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya dijadualkan tiba kira-kira 4.30 petang untuk merasmikan Projek Perumahan Rakyat Iskandar Malaysia di Nusajaya, Johor kelmarin, namun orang ramai sudah mula memenuhi khemah-khemah yang disediakan sejak mulai pukul 3 petang.

Kelihatan yang datang bukan sahaja golongan pemimpin, malah rakyat khususnya masyarakat setempat yang ingin bertemu dan bersalam dengan pemimpin nombor satu negara itu.

Lebih membanggakan, ada yang sanggup membawa anak-anak kecil untuk menyaksikan program bersejarah itu. Mungkin bagi sesetengah pihak, program tersebut tiada bezanya daripada program-program yang sering dihadiri Perdana Menteri, namun ia sebenarnya lebih daripada itu.

Hakikatnya, pelaksanaan dan kejayaan projek perumahan rakyat itu merupakan manifestasi kepada gagasan 1Malaysia serta 'mercu tanda' keprihatinan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri serta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) mencapai misi yang ditetapkan iaitu menyediakan rumah mesra rakyat yang berkualiti dan selesa bagi golongan berpendapatan sederhana rendah dan rendah di Nusajaya.

Perdana Menteri sendiri mengakui projek itu adalah yang pertama seumpananya dilaksanakan melibatkan kerjasama antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri serta IRDA sebagai tenaga pelaksana yang mampu memberi dan mengubah landskap serta corak kehidupan masyarakat di Iskandar Malaysia.

Projek perumahan yang mempunyai 1,500 unit pangsapuri itu direalisasikan dengan hasil pembiayaan RM200 juta oleh Kerajaan Pusat, manakala kerajaan negeri menyediakan tapak dan dilaksanakan oleh IRDA.

Malah senyuman yang terukir di bibir 10 penyewa terpilih yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India membuktikan projek tersebut bersifat inklusif serta mampu mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan yang utuh antara semua lapisan masyarakat.

Mereka mengakui rumah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk jalur lebar, gelanggang permainan seperti futsal, badminton dan sepak takraw serta taman permainan dan dikawal dari segi keselamatan selama 24 jam pasti memberi keselesaan kepada penghuninya.

Namun, kunjungan Perdana Menteri itu bukan hanya sekadar merasmikannya tetapi sebenarnya ia merupakan satu 'pengesahan' daripada pemimpin tertinggi negara bahawa kepesatan pembangunan di wilayah Iskandar Malaysia kini memberi impak besar kepada kemajuan negara dan negeri ini.

Jika dahulu Johor popular dengan 'tambaknya' namun kini ia mula sinonim dengan Iskandar Malaysia. Apa tidaknya, pelbagai usaha dilakukan dan dibawa kerajaan untuk meningkatkan kepesatan pembangunan di negeri ini demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Tidak keterlaluan jika Iskandar Malaysia kini mula dianggap sebagai 'permata selatan' kerana ia bukan sahaja menyediakan potensi pelaburan yang luas tetapi juga menawarkan peluang pekerjaan yang banyak. Justeru, ia harus digilap supaya terus bersinar dan memberi limpahan rahmat kepada seluruh rakyat negara dan negeri ini.

Malah, ketika melalui kawasan Nusajaya baru-baru ini, nyata pembangunannya berjalan dengan begitu pesat. Nyata keputusan memindahkan pusat pentadbiran negeri dari Bukit Timbalan di bandar raya Johor Bahru ke Nusajaya memang kena dan tepat pada masanya kerana ia membawa limpahan pembangunan ke kawasan tersebut.

Keunikan dan keindahan seni bina pusat pentadbiran nyata memberi perspektif baru untuk melonjakkan lagi nama Iskandar Malaysia.

Sejak diwujudkan lima tahun lalu, Iskandar Malaysia setakat ini berjaya menarik jumlah pelaburan hampir RM78 bilion. Ia merupakan pencapaian yang amat membanggakan dan usaha itu terus dipergiatkan untuk menarik lebih banyak pelaburan dari dalam dan luar negara ke kawasan tersebut.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Iskandar Malaysia hanya mengunjurkan pelaburan sebanyak RM47 bilion bagi tempoh 2006 hingga 2010, tetapi berkat usaha gigih semua pihak ia berjaya merekodkan pelaburan sebanyak RM69.48 bilion.

Nyata pencapaian itu boleh direkodkan sebagai 'mendahului' jadual dan amat membanggakan serta membuktikan idea mewujudkannya tidak sia-sia. Inilah hasil keulungan idea (supremacy of ideas) daripada pimpinan negara yang digarap dan direaslisasikan dengan jaya oleh tenaga mahir negara.

Seperkara lagi, usaha gigih Iskandar Malaysia turut membuahkan hasil bagi menarik lebih ramai pelabur tempatan menceburi pelbagai peluang dan potensi yang ditawarkan di Iskandar Malaysia kerana pada permulaannya mereka lebih gemar mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat'.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif IRDA, Ismail Ibrahim, pada peringkat awal nisbah pelaburan asing dan tempatan pada tahap 55:45, namun dengan pembangunan fizikal yang pesat dan kemudahan yang disediakan, keadaan kini berubah menjadi 40:60.

Senario itu jelas menunjukkan keyakinan pelabur tempatan terhadap Iskandar Malaysia meningkat dan ia diramal berterusan pada masa akan datang. Pelaburan tempatan setakat ini memberi tumpuan secara aktif dalam beberapa sektor seperti pendidikan, kesihatan, perkilangan, pelancongan dan kreatif.

Pembangunan di Iskandar Malaysia diyakini terus melonjak apabila beberapa projek mega bagi fasa pertama seperti Johor Premium Outlet (JPO) mulai 'membuka' mata ramai pengunjung.

Selain JPO yang amat dinanti-nantikan pelbagai pihak kerana ia menawarkan barangan berjenama terkenal dari luar negara dengan harga yang lebih rendah, pembinaan Taman Tema Legoland yang dijadual beroperasi akhir tahun depan diyakini mampu melonjakkan kehadiran pengunjung ke Iskandar Malaysia dan merancakkan ekonomi dan sektor pelancongan negeri ini.

Kehadiran beberapa universiti terkenal luar negara yang membuka kampus cawangan di EduCity, kewujudan projek perumahan moden di Medini, Pinewood Studio yang bakal melahirkan lebih ramai tenaga kreatif negara serta beberapa projek lain yang masih dalam perancangan pasti menjadikan Iskandar Malaysia sebuah metropolis idaman ramai.

Namun, cabaran fasa pertama yang tertumpu kepada pembangunan fizikal mungkin lebih mudah dicapai tetapi cabaran fasa seterusnya yang lebih mencabar pastinya bagi melahirkan modal insan yang berfikiran, berjiwa dan beraspirasi kelas pertama.

Justeru, menjadi tanggungjawab semua pihak untuk menanam nilai-nilai sejagat untuk diterap dalam minda modal insan yang akan mendiami dan meneruskan kepesatan pembangunan di Iskandar Malaysia.

Usaha itu tidak boleh diambil mudah kerana ia merupakan faktor yang akan meneruskan kemajuan dan kejayaan di Iskandar Malaysia dalam erti kata yang sebenar iaitu metropolis yang seimbang dan unggul.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved