Isnin, 12 Disember 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Awang Hitam godam e-mel syarikat

Posted:

Awang Hitam godam e-mel syarikat

Awang Hitam godam e-mel syarikat

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Polis berjaya membongkar taktik terbaru penipuan Internet yang didalangi sindiket warga Afrika selepas dua ahli perniagaan luar negara mendakwa kerugian hampir RM1 juta apabila akaun e-mel syarikat mereka digodam oleh sindiket berkenaan.

Modus operandi sindiket yang berpangkalan di tanah air itu menyasarkan e-mel syarikat pembekal dan syarikat penghantar dengan menyamar sebagai wakil syarikat berkenaan ketika menuntut pembayaran bagi barang yang dipesan.

Tuntutan pembayaran dibuat terhadap pelanggan syarikat pembekal dan penghantar berkenaan sebaik sahaja barangan itu diterima.

Menerusi e-mel syarikat pembayaran dan penghantar itu, sindiket akan meminta pelanggan membuat pembayaran ke dalam nombor akaun sindiket tersebut.

Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian akan membuat pemindahan wang urusan jual beli ke dalam akaun tempatan yang diberikan oleh suspek tanpa menyedari e-mel syarikat telah digodam oleh sindiket.

Taktik baru itu mula dikesan selepas polis menerima laporan daripada kedua-dua mangsa di ibu negara pada November lalu mengakibatkan kerugian berjumlah RM960,000.

Penolong Pengarah Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman, Asisten Komisioner Kamaruddin Md. Din berkata, kes pertama membabitkan sebuah syarikat pembekal alat telekomunikasi yang beroperasi di Dubai manakala kes kedua pula sebuah syarikat penghantar barang yang beroperasi di Bangladesh.

"Mangsa hanya menyedari e-mel tersebut digodam selepas wang tidak diterima oleh pihak syarikat sebenar serta mendapati akaun berkenaan dibuka di Malaysia.

"Setakat ini, kita baru menerima dua laporan polis berhubung modus operandi itu yang mula dikesan sejak Oktober lalu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Kamaruddin, dalam laporan polis yang diterima pada 24 November lalu, seorang ahli perniagaan warga Iran mendakwa kerugian sebanyak RM900,000 selepas menerima e-mel palsu daripada seorang klien.

Mangsa yang berusia 26 tahun membuat empat transaksi ke dalam akaun sebuah syarikat milik suspek yang kesemuanya berjumlah RM900,000 sejak beberapa bulan lalu.

Dalam kejadian berasingan pada 2 Disember lalu, seorang pengurus syarikat warga Bangladesh berusia 63 tahun mengalami kerugian sebanyak RM60,000 ekoran modus operandi sama.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai terutama ahli perniagaan supaya berhati-hati dengan menyemak dahulu e-mel yang diterima daripada klien bagi mengelak kerugian.

Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu.

Full content generated by Get Full RSS.

Seludup syabu RM14.4j tumpas

Posted:

Seludup syabu RM14.4j tumpas

Seludup syabu RM14.4j tumpas

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
pengarang@utusan.com.my


NOOR Rashid Ibrahim (tengah) menunjukkan sebahagian bungkusan dadah jenis syabu yang berjaya dirampas dalam satu serbuan di Batu Maung, Pulau Pinang, baru-baru ini.


PULAU PINANG 12 Dis. - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini dengan penahanan lima lelaki warga asing dan merampas 72.1 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM14.4 juta di sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Bebas, Batu Maung, Jumaat lalu.

Kesemua mereka berusia 27 hingga 37 tahun yang terdiri daripada tiga lelaki Algeria dan dua lelaki Iran itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, siasatan mendapati kesemua dadah itu diseludup masuk menggunakan kontena di Pelabuhan Pulau Pinang.

Katanya, dadah-dadah itu disembunyikan di dalam 11 kampit bersama 229 kampit berisi tanah liat dari Pelabuhan Bandar Abbas, Iran, bagi mengaburi pihak berkuasa.

Katanya, serbuan pada awal pagi itu dilakukan berdasarkan intipan dan maklumat diterima pihak polis.

"Hasil pemeriksaan 240 kampit itu, 11 kampit daripadanya mengandungi syabu seberat 72.1 kilogram," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya lagi, rampasan tersebut adalah kedua terbesar di negara ini malah beliau percaya pihaknya berjaya mematahkan cubaan terbaru digunakan sindiket itu menggunakan pelabuhan.

"Selain syabu, pihak polis turut merampas harta milik sindiket terbabit bernilai RM125,000 yang diperoleh daripada hasil kegiatan dadah," ujarnya.

Ujarnya, kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 15 Disember ini di Balai Polis Central, Jalan Pintal Tali untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved