Isnin, 12 Disember 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Jalan Tebrau banyak berlubang

Posted:

Jalan Tebrau banyak berlubang

Jalan Tebrau banyak berlubang

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my


KEADAAN Jalan Tebrau berhampiran Hotel Crystal Crown di Johor Bahru yang rosak teruk dan berlubang-lubang menyukarkan pengguna jalan raya di Johor Bahru.


JOHOR BAHRU 12 Dis. - Masalah jalan berlubang bagaikan tiada penyelesaiannya, termasuk di Jalan Tebrau yang menjadi laluan utama kenderaan keluar dan masuk dari bandar raya ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, keadaan jalan di beberapa lokasi, termasuk di hadapan Plaza Pelangi, Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Hotel Crystal Crown dan sebelum persimpangan Jalan Tampoi rosak teruk dan berlubang.

Keadaan jalan yang berlubang itu menyebabkan aliran trafik, terutamanya ketika waktu puncak menjadi semakin perlahan kerana kenderaan cuba mengelak daripada melalui jalan berlubang tersebut.

Tindakan pihak berwajib menampal jalan tersebut seolah-olah tidak memberi sebarang kesan kerana ia hanya mampu bertahan selama beberapa minggu sebelum rosak kembali.

Hujan lebat sejak akhir-akhir ini turut menyumbang kepada masalah tersebut apabila kerosakan jalan berkenaan menjadi semakin besar.

Seorang pengguna jalan tersebut, Mustaffa Abd. Latiff, 45, berkata, keadaan jalan itu yang rosak sedikit sebanyak menyusahkan pengguna di bandar raya ini.

"Jalan Tebrau ini merupakan laluan utama orang ramai untuk pergi dan balik dari tempat kerja masing-masing.

"Kami berharap pihak berkenaan membaiki jalan tersebut, termasuk menurap dengan sempurna, bukannya menampal sambil lewa sahaja," katanya.

Menurutnya, kehadiran banyak kenderaan berat yang kadangkala membawa muatan berlebihan turut menyumbang kepada kerosakan jalan berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Bantu keluarga pendapatan rendah

Posted:

Bantu keluarga pendapatan rendah

Bantu keluarga pendapatan rendah

Oleh luqman haziq
utusanjohor@utusan.com.my

NUSAJAYA 12 Dis. - Kerajaan negeri berharap kerajaan Pusat memperluaskan lagi konsep pembinaan projek rumah rakyat menerusi kerjasama kedua-dua pihak seperti yang dilaksanakan dalam Projek Perumahan Rakyat Iskandar Malaysia di sini.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, menerusi kerjasama itu, rakyat yang berpendapatan sederhana rendah dan rendah dapat mendiami rumah berkualiti dan selesa dalam tempoh yang cepat.

"Saya mencadangkan supaya konsep ini diperluaskan ke kawasan lain, bukannya di Nusajaya sahaja. Kerajaan negeri menyediakan tanah manakala kerajaan Pusat memberi pembiayaan dan IRDA (Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar) melaksanakan pembinaannya," katanya pada majlis perasmian projek itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Menurutnya, kerajaan negeri sedia mencari tapak sesuai di negeri ini kerana projek tersebut memberi manfaat yang besar kepada rakyat.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan replika kunci kepada 10 keluarga bertuah yang terpilih menjadi penyewa terawal di 1,500 unit rumah tersebut yang boleh diduduki mulai 15 Januari 2012.

Seorang penerima, Jamaluddin Mail, 40, bersyukur kerana permohonannya untuk menyewa rumah pangsa tersebut diluluskan bagi memberi lebih keselesaan kepada ahli keluarganya.

"Rumah ini jauh lebih selesa berbanding rumah yang kami sewa di Kampung Melayu Wawasan, Senai ketika ini. Tambahan pula, tempat kerja saya terletak tidak jauh dari sini," kata bapa kepada empat anak berusia lima hingga 17 tahun.

Seorang ibu tunggal, B. Indrani, 51, pula mengakui terkejut apabila permohonannya untuk menyewa kediaman itu diluluskan dalam tempoh empat hari sahaja.

"Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan rumah yang cantik dan selesa ini untuk didiami bersama ibu, anak lelaki serta anak perempuan saya," katanya yang bekerja di kedai bunga.

Pang Fat Kheng, 41, pula berpendapat, kerajaan telah membuktikan konsep 1Malaysia dan tiada sikap pilih kasih apabila permohonannya diluluskan.

"Memang saya bertuah kerana bukan sahaja menjadi antara pemohon pertama yang diluluskan, malah Perdana Menteri sendiri yang hadir untuk menyerahkan kunci," katanya yang kini menetap di Taman Tun Aminah, Skudai.

Perumahan Rakyat Iskandar Malaysia yang dibina dengan kos RM200 juta itu menyasarkan untuk sewaan golongan berkeluarga dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan.

Kediaman tersebut turut dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar, panel tenaga suria dan pengumpulan air hujan, selain selaras dengan Piawaian Mencegah Jenayah Melalui Reka bentuk Persekitaran (CPTED) bagi tujuan keselamatan dan perlindungan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved