Isnin, 12 Disember 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Manfaat buat rakyat Pasir Mas

Posted:

Manfaat buat rakyat Pasir Mas

Manfaat buat rakyat Pasir Mas

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my


IBRAHIM Ali (tengah) menunjukkan tanda bagus bersama kanak-kanak pada Majlis Berkhatan Beramai-ramai 100 Pelajar DUN Pasir Mas di Pasir Mas, baru-baru ini.


PASIR MAS 11 Dis. - Beberapa projek pembangunan yang terdapat dalam rancangan pusingan kedua Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) akan mula dibina di Pasir Mas yang dapat memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, antara projek yang dibina untuk manfaat rakyat adalah menaiktaraf Jalan Pohon Buluh-Pangkal Kala dan Jalan Chekok-Sungai Keladi melibatkan kos RM17.5 juta.

"Kedua-dua jalan sepanjang lapan kilometer iaitu masing-masing empat kilometer dan setiap satunya melibatkan perbelanjaan RM8.75 juta.

"Kedua-dua projek ini merupakan projek luar bandar yang sangat diperlukan oleh rakyat Pasir Mas dan ia telah dimasukkan ke dalam RMK-10," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada Majlis Berkhatan Beramai-ramai 100 Pelajar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Mas di sini, baru-baru ini.

Ibrahim berkata, selain itu projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas turut dimasukkan ke dalam RMK-10 melibatkan anggaran kos RM70 juta dan tapak yang dicadangkan adalah di Lubok Jong.

Sementara itu, katanya, Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan melaksanakan pembinaan Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) di daerah itu untuk menggantikan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

"Projek ini juga penting untuk sektor pendidikan di daerah ini dan kita amat berharap ia dapat diselesaikan demi kebaikan rakyat Pasir Mas," tambahnya.

Full content generated by Get Full RSS.

1,000 penduduk saksikan gerhana bulan

Posted:

1,000 penduduk saksikan gerhana bulan

1,000 penduduk saksikan gerhana bulan

KUALA TERENGGANU 11 Dis. - Hampir 1,000 orang berkumpul di pekarangan Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini malam tadi, bagi melihat fenomena gerhana bulan penuh.

Bagaimanapun fenomena cakerawala itu tidak dapat disaksikan dengan jelas kerana langit diselubungi awan, namun ia tidak mengecewakan mereka.

Mereka yang datang juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama dalam program yang dijalankan mulai lewat petang hasil kerjasama Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) serta Jabatan Mufti.

Bagi memudahkan orang ramai yang ingin menyaksikan sendiri fenomena itu, pihak penganjur telah menyediakan empat teleskop serta beberapa peralatan khas untuk tujuan tersebut.

Seorang penjawat awam yang ditemui, Mohd. Iskandar Jaafar, 30, berkata, program tersebut merupakan landasan terbaik untuk orang ramai, terutama umat Islam memahami, menyaksikan sendiri keindahan dan keajaiban alam semesta ciptaan Allah.

"Dengan adanya aktiviti seperti itu, masyarakat dapat melihat dengan lebih dekat kejadian siang dan malam melalui pencerapan gerhana bulan menggunakan peralatan khas seperti teleskop, stellarium dan sebagainya," katanya.

Pengarah PSKT, Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata, pihaknya mengambil pendekatan menganjurkan program berkenaan untuk memberi peluang kepada orang ramai mendekati ilmu astronomi serta mengagumi kebesaran Allah.

"Ini kali kedua kita menganjurkan program seperti ini sejak Julai lalu bagi memberi pendedahan secara meluas mengenai ilmu astronomi dan falak kepada masyarakat setempat khususnya kepada pelajar.

"Pada masa yang sama kita turut mengadakan ceramah astronomi, solat berjemaah gerhana bulan, aktiviti pencerapan gerhana, tayangan simulasi menggunakan alat stellarium dan sebagainya," katanya.

Kejadian fenomena gerhana bulan penuh itu turut dapat dilihat di beberapa negara, termasuk Thailand, Indonesia, Australia, China dan fenomena itu akan dapat dilihat semula pada 10 Oktober 2014 serta 4 April 2015.

Full content generated by Get Full RSS.

Skim Rondaan Sukarela kukuhkan perpaduan

Posted:

Skim Rondaan Sukarela kukuhkan perpaduan

Skim Rondaan Sukarela kukuhkan perpaduan

KOTA BHARU 11 Dis. - Langkah kerajaan mewujudkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) antara lain bertujuan menjadikan penduduk setempat sebagai 'mata dan telinga' pihak berkuasa dalam usaha mengurangkan kadar jenayah.

Lantaran itu, SRS-KRT Telipot maju setapak apabila turut memanfaatkan penubuhan SRS sebagai medium untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan penduduk setempat.

Langkah itu dilakukan melalui penganjuran majlis gotong-royong memasak bubur asyura yang berlangsung hampir lapan jam bermula pukul 1.30 petang hingga kira-kira pukul 9 malam tadi.

Majlis tersebut menarik penglibatan lebih 20 penduduk yang menjadi anggota SRS-KRT Telipot dan berlangsung di Surau Insaniah, bersebelahan Sekolah Kebangsaan Zainab (1) dekat sini.

Menurut Pengerusi SRS-KRT Telipot, Tengku Mat Tengku Chik (gambar), sejak ditubuhkan kira-kira empat bulan lalu, kadar jenayah di penempatan itu berjaya dikurangkan hasil komitmen penduduk yang mengadakan kawalan dan rondaan keselamatan.

Beliau berkata, lantaran komitmen penduduk itu, maka jawatankuasa SRS-KRT Telipot terpanggil menganjurkan majlis memasak bubur asyura bersempena bulan Muharam sebagai medium mengukuhkan ikatan perpaduan dalam kalangan mereka.

"Ia juga sebagai tanda penghargaan ahli jawatankuasa kepada penduduk yang sanggup berjaga malam untuk menjayakan penubuhan SRS-KRT Telipot kerana kita mahu mengembangkan peranan penubuhannya," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Turut hadir Ketua SRS-KRT Telipot, Awang Bidin.

Menurut Tengku Mat, SRS-KRT Telipot dianggotai oleh kira-kira 60 penduduk yang dipecahkan kepada enam kumpulan dan bergilir-gilir mengadakan kawalan serta rondaan pada masa-masa ditentukan setiap bulan.

"Setakat ini tidak ada sebarang masalah besar berlaku, justeru kita berharap komitmen penduduk untuk turut serta dalam SRS kerana ia terbukti membawa kebaikan kepada masyarakat dalam membanteras jenayah setempat," katanya.

Sementara itu, Awang berkata, usaha mengadakan majlis gotong-royong memasak bubur berkenaan terbukti mengukuhkan lagi ikatan perpaduan kalangan anggota SRS dan penduduk setempat.

Mengenai belanja membuat bubur itu, beliau berkata, kira-kira RM500 daripada wang tabung SRS dibelanjakan untuk tujuan tersebut dengan kerja memasak dilakukan secara bergotong-royong sejak petang hingga ke malam.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved