Khamis, 22 Disember 2011

Utusan Online - Pendidikan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Murid cemerlang dibawa melancong

Posted:

Murid cemerlang dibawa melancong

Murid cemerlang dibawa melancong

KOTA TINGGI 21 Dis. - Sempena musim cuti sekolah, guru-guru serta jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sedeli Besar (SKSB) membawa 13 murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 ke A'Famosa Water World, Melaka, baru-baru ini.

Bapa angkat sekolah itu, Mesran Tukiman berkata, selain melancong bersama ibu bapa dan guru serta ahli jawatankuasa PIBG seramai 56 orang, murid cemerlang tersebut turut diberi RM300 seorang sebagai penghargaan.

Mesran yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi berkata, pihaknya amat berbangga dengan pencapaian tersebut, malah SKSB mencatatkan sejarah tersendiri, apabila 13 daripada 29 murid yang mengambil UPSR itu mendapat 5A.

"Jumlah itu melepasi jangkaan yang hanya menyasarkan empat murid mendapat 5A. Kami bangga kerana sasaran 100 peratus kelulusan turut dicapai pada UPSR kali ini.

"Semuanya itu hasil usaha gigih murid, warga sekolah, ibu bapa dan PIBG yang bekerjasama mengadakan pelbagai program kecemerlangan dan motivasi bagi memastikan kecemerlangan," katanya.

Mesran berkata, SKSB turut mencatatkan sejarah apabila dinobatkan sebagai sekolah luar bandar terbaik UPSR 2011 di negeri ini pada tahun ini.

Full content generated by Get Full RSS.

178 pelajar terima bantuan

Posted:

178 pelajar terima bantuan

178 pelajar terima bantuan

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Seramai 178 pelajar dari kalangan anak-anak pemilik rumah pangsa empat tingkat Kampung Kerinchi menerima bantuan persekolahan sebagai RM150 daripada pemaju projek pembangunan semula kawasan itu, Suez Domain Sdn. Bhd.

Sumbangan yang bertujuan meringankan beban ibu bapa pelajar berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Sazali Kamilan.

Seorang pelajar, Nurainee Madiah Mohd. Ridza, 17, berkata, wang bantuan yang diterimanya buat kali kedua daripada pemaju itu akan disimpan untuk digunakan bagi persiapan melanjutkan pelajaran pada tahun depan.

Sementara itu, seorang suri rumah, Fauziah Mat Nor, 50, berkata, pemberian itu membuktikan pemaju berkenaan mengotakan janji untuk membantu pemilik rumah di situ yang sudah lebih setahun berpindah ke kawasan lain sementara menantikan projek itu disiapkan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved