Khamis, 22 Disember 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


KR1M Kelantan dapat sambutan

Posted:

KR1M Kelantan dapat sambutan

KR1M Kelantan dapat sambutan

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my


KEDAI Rakyat 1Malaysia cawangan Kelantan terletak di Jalan Tengku Petra Semerak, Kota Bharu mendapat sambutan menggalakkan dan diterima baik oleh orang ramai, semalam.


KOTA BHARU 21 Dis. - Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) pertama di negeri ini yang dibuka pada 24 November lalu, semakin mendapat sambutan menggalakkan dan diterima baik oleh orang ramai.

Kedai berkonsepkan pasar mini itu terletak di Jalan Tengku Petra Semerak dekat sini, diuruskan oleh Pasaraya Mydin dan dipantau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Kewujudan KR1M itu ternyata membantu rakyat berpendapatan rendah untuk mendapatkan barangan keperluan mereka pada harga berpatutan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, pengunjung dari kawasan bandar dan daerah-daerah lain turut tidak melepaskan peluang mengunjungi KR1M untuk membeli barangan asas menggunakan logo 1Malaysia seperti minyak masak, telur, tepung dan beras.

Beras seberat lima kilogram misalnya dijual pada harga RM11.50 berbanding harga runcit biasa RM13, manakala 10 kilogram dijual RM21.99 berbanding RM26, bihun pula RM1.39 sebungkus, telur 30 biji (RM9.29) dan sardin 425 gram (RM2.99).

Seorang pengunjung dari Tumpat, Norhafizah Razali, 23, berkata, dia seronok berbelanja di kedai itu kerana harga barangan amat berpatutan berbanding di pasar raya.

"Saya sudah tiga kali datang ke KR1M untuk membeli barangan dan saya lihat pihak kerajaan mementingkan kebajikan rakyat berpendapatan rendah dengan menawarkan belian barangan keperluan yang murah," katanya.

Seorang lagi pengunjung yang juga berasal dari Tumpat, Kamariah Yusof, 45, bagaimanapun memberitahu, tidak semua barangan keperluan yang ditawarkan di KR1M pada harga rendah, sebaliknya lebih berpatutan berbanding di tempat lain seperti minyak dan beras.

"Saya mencadangkan Mydin membuka cawangan KR1M di kawasan Tumpat kerana saya yakin penduduk di kawasan berkenaan memerlukan barangan di kedai tersebut," katanya yang pertama kali berkunjung ke kedai tersebut.

Sementara itu, Pengurus KR1M cawangan Kelantan, Nik Nurul Ain Nik Osman berkata, sambutan orang ramai ke kedai tersebut amat menggalakkan semenjak dibuka pada November lalu.

Katanya, KR1M diwujudkan atas keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meringankan beban rakyat berpendapatan rendah.

"Keutamaan produk di bawah jenama KR1M diberikan kepada barangan keluaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kerana secara tidak langsung, dapat membantu mereka memajukan serta meningkatkan hasil jualan dan bersaing di pasaran," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

117 petani terima bantuan RM58,000 untuk projek tanam semula

Posted:

117 petani terima bantuan RM58,000 untuk projek tanam semula

117 petani terima bantuan RM58,000 untuk projek tanam semula

BACHOK 21 Dis. - Seramai 117 petani di Kampung Seneng, Jelawat dekat sini, menerima bantuan wang ihsan berjumlah RM58,000 bagi meringankan beban mereka untuk mengusahakan semula tanaman padi, cili dan tembikai yang musnah sepanjang musim penanaman lalu.

Timbalan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Bachok, Datuk Dr. Ilias Hussin berkata, setiap petani menerima bantuan sebanyak RM500 bagi membolehkan mereka membeli benih dan mengerjakan semula projek penanaman awal tahun depan.

Beliau berkata, Kampung Seneng adalah kawasan aktif mengusahakan tanaman padi dan pembekal sayuran domestik bagi beberapa pasar borong di Kelantan dan sebahagiannya mengusahakan tanaman cili secara kontrak dengan Lembaga Pemasaran Hasil Pertanian Persekutuan (FAMA).

"Tanpa bantuan itu sukar bagi mereka mengerjakan tanaman akan datang memandangkan mereka mengalami kerugian melebihi RM10,000," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian bantuan u di kampung itu hari ini.

Ilias berkata, kebanyakan tanaman yang terbabit seperti padi, tembikai, lada dan pelbagai sayuran musnah akibat digenangi air hujan dan serangan penyakit karah sepanjang musim penanaman lalu.

Sementara itu, seorang petani Suhailan Che Man, 46, mendakwa, mengalami kerugian RM12,000 apabila tanaman tembikai yang diusahakannya di kawasan seluas hampir tiga hektar musnah akibat hujan dan ketiadaan sistem perparitan yang sempurna.

"Buah tembikai yang hampir boleh dituai menjadi busuk dan pecah dengan sendiri. Ianya terpaksa dibuang begitu sahaja," katanya.

Rakannya, Ibrahim Che Mat, 58, pula berkata, tanaman padi yang diusahakannya seluas lebih satu hektar di luar musim lepas, musnah diserang penyakit karah menyebabkan kerugian lebih RM8,000.

"Bayangkan tangkai padi yang hampir masak menjadi reput dan ianya melemahkan saya apabila diimbau kembali tenaga, kesungguhan dan modal yang sudah dihabiskan sebelum ini.

"Tiada sebarang pulangan yang saya nikmati akibat serangan penyakit itu dan ini menyukarkan saya untuk mengerjakan tanaman padi semula pada musim akan datang selain untuk menyara empat orang anak yang masih bersekolah," katanya.

Shamsuddin Che Awang, 41, pula berkata, tanaman cili dan timun yang diusahakannya di kawasan seluas lapan hektar juga musnah menyebabkannya kerugian lebih RM14,000.

"Jika tanaman itu yang diusahakan di bawah projek ladang kontrak dengan FAMA tidak musnah, biasanya saya memperolehi hasil tidak kurang RM68,000 cukup melegakan untuk meningkatkan lagi kerja penanaman," katanya.

Beliau berkata, sumbangan yang disalurkan oleh kerajaan sekurang-kurangnya meringankan sedikit bebanan petani.

Full content generated by Get Full RSS.

Usaha JKKN memantapkan seni permainan Mak Yong

Posted:

Usaha JKKN memantapkan seni permainan Mak Yong

Usaha JKKN memantapkan seni permainan Mak Yong

KOTA BHARU 21 Dis. - Bengkel Pemantapan Teater Tradisional yang diadakan di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan di sini, berjaya mencungkil bakat 25 peserta dalam seni permainan Mak Yong.

Program itu yang berlangsung selama tiga hari bermula Ahad lalu, dianjurkan JKKN Kelantan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JKKN, Tuah Md. Nor berkata, bengkel tersebut merupakan lanjutan program perantisan Mak Yong bertujuan mendedahkan kesenian permainan tersebut di kalangan generasi baru.

"Bengkel ini diadakan setiap tahun bagi memantapkan aspek kesenian permainan Mak Yong yang kini diiktiraf oleh UNESCO sebagai Warisan Dunia mengikut keadaan semasa, tanpa meninggalkan konsep asal budaya tempatan agar ia terus hidup sebagai seni orang Melayu.

"Justeru, setiap seni perlu dihayati dan diwarisi agar ia tidak ditelan zaman khususnya bagi generasi masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas Majlis Malam Persembahan Teater Tradisional Sempena Bengkel Pemantapan Teater Tradisional di Auditorium Kompleks JKKN Kelantan, di sini malam tadi. Hadir sama, Penolong Pengarah JKKN Kelantan, Zani Ismail.

Menurut Tuah, setiap peserta yang menyertai program tersebut menerima bimbingan daripada tenaga pengajar yang berpengalaman dalam seni permainan Mak Yong.

Beliau turut menyifatkan program tersebut sebagai berjaya meskipun bilangan peserta dilihat agak kecil memandangkan penyertaan peserta adalah terhad.

Menerusi majlis tersebut, peserta bengkel turut mempersembahkan kreativiti serta bakat mereka dengan menyaksikan persembahan teater tradisional Mak Yong berjudul 'Raja Sinun Sakti'.

Habis.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved