Khamis, 22 Disember 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Polis Johor capai sasaran KPI

Posted:

Polis Johor capai sasaran KPI

Polis Johor capai sasaran KPI

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my


Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff menyampaikan sijil penghargaan kepada seorang pegawai pada Perhimpunan Bulanan Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 21 Dis. – Biarpun pelbagai cabaran diterima polis kontinjen Johor sepanjang tahun ini, namun pasukan itu tetap berjaya mengawal keselamatan dan ketenteraman awam, sekali gus mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.

Ini terbukti apabila indeks jenayah di negeri ini menunjukkan penurunan 5.43 peratus sehingga November tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu, mencapai sasaran KPI penurunan indeks jenayah sebanyak lima peratus.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, KPI yang ditetapkan untuk menurunkan jenayah jalanan sebanyak 40 peratus juga berjaya dicapai iaitu 54.61 peratus, melebihi apa yang disasarkan.

Menurutnya, antara kejayaan polis negeri ini dalam tempoh tersebut adalah menumpaskan 61 kumpulan penjenayah dan merampas 13 senjata api pelbagai jenis serta 253 butir peluru.

"Daripada kumpulan itu, 34 terdiri daripada kumpulan curi kenderaan, lapan samun berkawan tanpa senjata api, empat samun warga asing, lima samun kargo dan 10 culik," katanya pada Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Pada perhimpunan bulanan terakhir bagi tahun ini yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri itu, seramai 12 pegawai dan anggota menerima sijil penghargaan atas kecemerlangan yang ditunjukkan oleh mereka.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pegawai dan anggota di kontinjen tersebut supaya mengekalkan momentum kejayaan yang dicapai dan sekali gus meningkatkan usaha, sesuai dengan perubahan persekitaran yang lebih mencabar pada tahun mendatang.

Mohd. Mokhtar turut menasihati pegawai dan anggota yang dinaikkan pangkat supaya bersyukur dan terus meningkatkan tahap komitmen mereka demi kepentingan perkhidmatan dan menjauhi semua elemen negatif dalam usaha memelihara imej pasukan.

Full content generated by Get Full RSS.

Cari pendekatan bantu atlet OKU

Posted:

Cari pendekatan bantu atlet OKU

Cari pendekatan bantu atlet OKU

JOHOR BAHRU 21 Dis. - Jabatan Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negeri disaran mewujudkan pendekatan baru bagi membantu mengembang dan membangunkan atlet kurang upaya (OKU) di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Md. Jaid Sarday berkata, Johor memiliki ramai atlet OKU berbakat besar dan ia memerlukan pendekatan terbaik untuk meningkatkan pencapaian mereka ke peringkat yang lebih tinggi pada masa depan.

Beliau berkata, antara pendekatan yang boleh diberikan perhatian pada waktu ini termasuk mencari jurulatih profesional bagi memberikan latihan terbaik kepada mereka.

"Sebahagian besar atlet OKU dari Johor pernah mewakili negara pada temasya sukan bertaraf dunia dan kita mahu melahirkan lebih ramai atlet seperti ini pada masa akan datang," katanya pada Majlis Penyampaian Skim Insentif Kemenangan Sukan Paralimpiad ke-15 di Hotel Grand Paragon, di sini malam tadi.

Pada majlis berkenaan, seramai 80 atlet menerima insentif wang tunai daripada kerajaan negeri masing-masing bernilai RM500, RM350 dan RM200 bagi pingat emas, perak dan gangsa yang dimenangi pada temasya sukan tersebut di Melaka pada 19 hingga 27 November lalu.

Pada temasya itu, kontinjen Johor menduduki tempat kedua keseluruhan di belakang Sarawak dengan 54 emas, 28 perak dan 28 gangsa.

Sementara itu, Muhd. Hadiz Abu Bakar, 28, yang memperoleh empat pingat emas dan satu perak berkata, insentif itu amat bermakna dan akan menjadi pendorong untuk mengharumkan nama Johor.

Dia bertekad untuk berusaha lebih gigih pada masa akan datang bagi membolehkannya mewakili negara di pentas sukan bertaraf dunia dalam beberapa acara seperti lontar peluru, lempar cekera, rejam lembing dan lari berganti-ganti 4x 100 serta 4x 400 meter.

Seorang lagi atlet, Mohamad Farid Abdul Razak, 19, yang berjaya memenangi dua emas turut bersyukur menerima insentif berkenaan dan mahu terus aktif dalam bidang sukan.

"Ini merupakan kali pertama saya mewakili Johor dan pada tahun kan datang saya berharap akan dipilih lagi untuk mewakili negeri pada temasya-temasya sukan lain," katanya yang mengambil bahagian dalam acara renang.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved