Khamis, 22 Disember 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Koperasi keterlaluan dibidas

Posted:

Koperasi keterlaluan dibidas

Koperasi keterlaluan dibidas

Oleh LEE HOOI BOON
pengarang@utusan.com.my

PULAU PINANG 21 Dis. – Pengurus Besar Kanan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad, Mazlun Mustaffa dibidas kerana bersikap ego apabila mengatakan parti politik tidak mampu menyelesaikan kemelut penduduk Relau, Bayan Baru di sini yang terlibat dalam projek pembangunan.

Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu berkata, Mazlun perlu belajar dan mengetahui peranan parti politik terutama UMNO yang telah banyak membantu menyelesaikan masalah pembangunan tanah di kawasan tersebut.

Tegasnya, beliau tidak berniat mencampuri masalah tersebut atas tiket politik tetapi sebaliknya penduduk sendiri datang berjumpa untuk mendapatkan bantuan.

"Ini adalah kepercayaan penduduk terhadap UMNO untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.

"Maka saya akan mempertahankan penduduk terlibat sehingga Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad membayar pampasan sepatutnya kepada mereka. Jika tidak, saya tidak akan lepas tangan dalam isu ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam.

Baru-baru ini beberapa penduduk yang terlibat dengan projek pembangunan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad di Relau mendesak koperasi terbabit lebih prihatin dengan nasib mereka.

Penduduk mendakwa, mereka bukan sahaja tidak menerima pampasan setimpal malah kehidupan terumbang-ambing apabila rumah yang didiami selama ini akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek dirancang.

Abdul Rahim menambah, beliau percaya terdapat banyak masalah sedemikian wujud dalam koperasi tersebut tetapi penduduk berkemungkinan tidak dapat mencari saluran sesuai untuk menyuarakannya.

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan salah guna aplikasi ICT PSRM

Posted:

Jangan salah guna aplikasi ICT PSRM

Jangan salah guna aplikasi ICT PSRM


AZIZ Hamid (duduk) meninjau kemudahan yang disediakan Pusat Siber Rakan Muda (PSRM) di Taman Kota Kenari, Kulim, Kedah, baru-baru ini.


KULIM 21 Dis. - Golongan muda diingatkan supaya tidak menyalahgunakan aplikasi teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) yang disediakan di Pusat Siber Rakan Muda (PSRM) setempat untuk kegiatan yang merugikan masa.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) negeri, Aziz Hamid berkata, sebaliknya kecanggihan teknologi itu mesti digunakan untuk tujuan yang lebih bermanfaat termasuk meningkatkan kualiti hidup dalam menghadapi cabaran dunia global.

"Kita mahu golongan muda menggunakan aplikasi teknologi untuk mengembangkan pengetahuan, kebudayaan malah meningkatkan hubungan dan bukannya kegiatan tidak mendatangkan manfaat.

"Tidak dinafikan, selain mendatangkan faedah, teknologi kini turut disalahgunakan contohnya dengan mengakses pornografi ataupun laman sosial sedangkan masih banyak lagi laman web yang mendatangkan faedah," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan PSRM daerah Kulim di Taman Kota Kenari, di sini baru-baru ini.

Hadir bersama ialah Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia dan Sukan, Abdul Raof Mohd. Yusof dan Penolong Setiausaha Bahagian Infrastruktur, Aplikasi dan Teknologi Sektor Komunikasi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Ahmad Kamil Zailani.

Aziz berkata, golongan muda juga diingatkan agar tidak mengambil kesempatan daripada perkhidmatan yang disediakan secara percuma oleh kerajaan untuk menimbulkan ketegangan hubungan antara kaum.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, sehingga kini JBS berjaya menubuhkan PSRM di empat kawasan dalam negeri ini iaitu Kulim, Kota Setar, Padang Terap dan Langkawi.

"PSRM adalah pusat yang memberi kemudahan secara percuma kepada orang ramai khususnya generasi muda melayari Internet. Pihak JBS dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) akan menyediakan kemudahan peralatan dan akses Internet, sementara premis pula disumbangkan oleh badan-badan bukan kerajaan ataupun parti politik," katanya.

Pada majlis itu, Aziz turut merakamkan penghargaan kepada Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir kerana sudi membayar sewa bangunan rumah di Taman Kota Kenari sebagai PSRM daerah.

Orang ramai yang berminat menggunakan perkhidmatan internet percuma boleh mengunjungi PSRM Kulim di atas Restoran Mustaffa, Tingkat 1, No. 203, Jalan Kota Kenari.

Pusat tersebut dibuka pada hari Ahad hingga Khamis bermula pukul 2 petang hingga 7 malam dan ditutup pada Jumaat atau hari kelepasan am.

Full content generated by Get Full RSS.

TNB belanja RM150,000 baiki 22 pencawang

Posted:

TNB belanja RM150,000 baiki 22 pencawang

TNB belanja RM150,000 baiki 22 pencawang

ALOR SETAR 21 Dis. - Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan kira-kira RM150,000 bagi kerja-kerja penambahbaikan di 22 pencawang elektriknya di seluruh negeri ini yang bermasalah ekoran terletak di kawasan rendah dan berisiko ditenggelami air ketika banjir.

Ketua Pegawai Operasi/Pengarah Eksekutif TNB, Datuk Azman Mohd. berkata, penambahbaikan tersebut melibatkan 11 pencawang di daerah Kota Setar, enam di Kuala Nerang dan lima pencawang di Jitra.

Katanya, kerja tersebut selesai sepenuhnya tahun ini sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir ketika musim tengkujuh ini.

"Tahun lepas akibat banjir buruk TNB terpaksa memotong bekalan elektrik di 347 stesen pencawangnya yang menjejaskan kira-kira 50,000 pengguna di tiga daerah seperti Kota Setar, Padang Terap dan Kubang pasu.

"Kita akan memastikan bekalan elektrik hanya dipotong di kawasan yang terjejas banjir sementara kawasan tidak terjejas akan menerima bekalan elektrik seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat persiapan banjir di Wisma TNB di sini semalam.

Hadir sama ialah Pengurus Besar Bahagian Pembahagian TNB Kedah, Suid Othman.

Katanya lagi, TNB turut mengenal pasti beberapa lagi stesen pencawang elektrik bermasalah untuk penambahbaikan tersebut dalam usaha memastikan tiada gangguan bekalan ketika banjir.

"TNB tidak begitu risau tentang perkara itu memandangkan kebanyakan pencawang elektriknya terletak di kawasan tinggi dan tidak terjejas ketika banjir," katanya.

Menyentuh tentang persediaan banjir, kata Azman, TNB telah mempersiapkan pelbagai kemudahan seperti bot dan kenderaan pacuan empat roda dalam usaha memantau situasi di pencawangnya ketika banjir.

"Jika berlaku banjir besar seperti tahun lepas, kita akan membuka bilik gerakan yang beroperasi setiap masa di kawasan yang terjejas," tambahnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved