Khamis, 22 Disember 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


1,782 peroleh semua A

Posted:

1,782 peroleh semua A

1,782 peroleh semua A

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my


Sebahagian pelajar cemerlang PMR Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah, Pekan yang mendapat keputusan 8A meraikan kejayaan mereka selepas menerima keputusan peperiksaan tersebut, semalam.


KUANTAN 22 Dis. – Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 yang diumumkan hari ini merupakan pencapaian terbaik negeri ini dalam tempoh empat tahun.

Pengarah Pelajaran Pahang, Yahya Zainal Abidin berkata, pencapaian tersebut berdasarkan Gred Purata Negeri (GPN) yang mencatatkan 2.65 mata berbanding pada 2008 iaitu sebanyak 2.76 mata, 2009 (2.76) dan 2010 (2.65).

"Daripada 25,658 calon yang mendaftar, seramai 1,782 calon cemerlang dengan mendapat semua A, manakala seramai 16,340 berjaya menguasai semua mata pelajaran.

"Bagaimanapun, bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran menurun daripada 0.075 peratus kepada 0.004 peratus pada tahun ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Yahya, Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) turut mencatatkan peningkatan kecuali bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Pendidikan Islam .

"Walaupun prestasi Bahasa Melayu bagi gred A menurun sebanyak 2.82 peratus tetapi peratusan calon yang mendapat gred B, C dan D meningkat berbanding tahun lalu," jelasnya.

Tambahnya, pencapaian calon di bandar dan luar bandar termasuk calon Orang Asli bertambah baik pada setiap tahun.

"Dalam pada itu, calon berkeperluan khas juga menunjukkan pencapaian yang baik iaitu peningkatan dalam menguasai semua mata pelajaran," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

19 pelajar tahfiz MTNP dapat 5A

Posted:

19 pelajar tahfiz MTNP dapat 5A

19 pelajar tahfiz MTNP dapat 5A

KUANTAN 22 Dis. - Rutin harian bagi penuntut Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) di sini banyak diisi dengan menghafaz al-Quran sejajar dengan matlamat utama mereka untuk bergelar hafiz.

Namun, dengan berpegang kepada prinsip berjaya di dunia dan akhirat, bakal hafiz tersebut membuktikan yang mereka juga mampu menguasai pelbagai cabang ilmu dengan cemerlang.

Buktinya, keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan hari ini menyaksikan 19 daripada 24 calon maahad itu berjaya mencatatkan keputusan 9A manakala empat lagi mendapat 8A diikuti seorang memperoleh 7A.

Tambah manis apabila MTNP yang dimiliki Yayasan Pahang turut diumumkan sebagai sekolah terbaik di negeri ini dalam pencapaian PMR 2011 dengan memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.03 mata.

Selain itu, kebanyakan pelajar maahad tersebut yang sudah mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran itu turut cemerlang dalam aktiviti kokurikulum seperti menunggang kuda, memanah, taekwando dan reka cipta robotik.

Menurut seorang pelajar yang memperoleh 9A, Nur Syamila Mohamed Mokhtar, 15, dari Kampung Sega, Raub dekat sini, kejayaan tidak datang bergolek melainkan dengan usaha yang bersungguh-sungguh dengan bantuan dan doa daripada para guru dan keluarga.

"Saya belajar bersungguh-sungguh terutama di dalam kelas dan sentiasa mencatat apa jua pesanan guru sebagai panduan.

"Apa yang penting, jangan membazirkan masa. Sama ada belajar atau menghafaz, saya akan melakukannya bersungguh-sungguh," kata anak bongsu daripada 10 beradik ini.

Nur Syamila yang bercita-cita menjadi seorang akauntan juga telah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran pada 21 Januari lalu.

Sementara itu, Amar Suffian Amran, 15, berkata, kematian bapanya pada Oktober lalu menjadikan dia lebih bertanggungjawab dan bersemangat untuk berjaya dalam pelajaran.

"Saya harap kejayaan mendapat 9A pada hari ini dapat menggembirakan ibu, Norhawa Ostami, 51, yang merupakan tonggak utama selepas kehilangan bapa.

"Selain usaha bersungguh-sungguh, saya juga sering melakukan solat hajat sebagai amalan harian," katanya yang tinggal di Indera Mahkota 3 di sini.

Amar yang kini berjaya menghafaz 20 juzuk juga pernah mendapat tempat pertama dalam pertandingan reka cipta robotik peringkat negeri pada tahun lalu.

Dalam pada itu, Pengarah MTNP, Datuk Zulkifle Ali berkata, para pelajar di MTNP bukan sahaja diterapkan dengan akademik dan al-Quran tetapi turut disemai dengan pembinaan sahsiah yang cemerlang demi masa depan mereka.

Full content generated by Get Full RSS.

Gajah liar dipindahkan ke Kenyir

Posted:

Gajah liar dipindahkan ke Kenyir

Gajah liar dipindahkan ke Kenyir

BENTONG 22 Dis. - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah memindahkan dua daripada lima ekor gajah yang ditangkap di Kampung Teroh, Karak, Jumaat lalu ke hutan Taman Negara Tasik Kenyir, semalam.

Ketua Unit Pengurusan Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Nasaruddin Othman berkata, operasi memindahkan dua ekor gajah dewasa tersebut bermula awal pagi semalam.

Katanya, tiga lagi gajah terdiri daripada seekor gajah betina dan dua ekor anak gajah akan dipindahkan ke Taman Negara di Jerantut secara berperingkat-peringkat.

''Seramai 15 anggota Perhilitan terlibat dalam operasi itu termasuk menggunakan dua ekor gajah denak, Timah dan Cek Mek bagi melancarkan operasi pemindahan dengan menggunakan tiga buah treler panjang," katanya kepada pemberita dekat sini semalam.

Menurut beliau, gajah liar tersebut berjaya ditangkap dalam operasi yang dijalankan anggota Perhilitan pada minggu lalu setelah menerima aduan penduduk apabila terdapat sekumpulan 12 ekor gajah liar menceroboh kebun mereka sejak beberapa minggu lalu.

Tambahnya, dua ekor gajah tersebut berjaya dikesan dan ditangkap Jumaat lalu, manakala tiga ekor lagi termasuk seekor anak gajah ditangkap sehari selepas itu.

''Gajah berkenaan berusia antara satu setengah tahun sehingga 40 tahun sering menceroboh tanah kebun penduduk di Kampung Teroh dan kawasan sekitarnya sejak dahulu lagi.

''Baki kumpulan gajah tersebut akan terus dijejak dan ditangkap kemudian jika keadaannya mengancam penduduk," kata beliau.

Bagaimanapun baki gajah itu dipercayai telah keluar dari kampung tersebut dan kembali ke hutan berhampiran yang merupakan habitat asal haiwan berkenaan.

Beliau memberitahu, sejak gajah tersebut menceroboh tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan yang musnah hanya pokok getah, pisang, sawit, getah dan tanaman penduduk.

Sehingga kini kata Nasaruddin, lebih 400 ekor gajah liar berjaya ditangkap oleh Unit Pengurusan Gajah Kuala Gandah di seluruh negara.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved