Khamis, 22 Disember 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Pemimpin cepat melatah diselar

Posted:

Pemimpin cepat melatah diselar

Pemimpin cepat melatah diselar

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa menyelar pihak tertentu dalam parti itu yang cepat melatah dengan menuduh tindakan beliau menyuarakan pandangan berbeza dari pucuk pimpinan sebagai terperangkap dalam agenda UMNO.

Sambil menyifatkan tuduhan tersebut terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran serta langsung tidak berasas, Nasharuddin berkata, sepanjang pembabitannya dalam Pas, belum pernah beliau mengungkap kenyataan akan menyertai UMNO sebagaimana ditafsir oleh pihak-pihak tersebut.

"Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar. Saya tidak mempunyai niat sebesar zarah pun untuk menyertai UMNO.

"Dakwaan kononnya saya terperangkap dalam agenda musuh politik Pas iaitu UMNO adalah sesuatu yang terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan tidak berasas. Malah, belum pernah saya ungkap mahu menyertai UMNO," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali baru-baru ini mendakwa bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin yang mengkritik perjalanan sistem parti itu sebagai terperangkap dalam agenda UMNO.

Ia kemudian diikuti dengan kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar bahawa parti tersebut tidak akan menghalang mana-mana pemimpin Pas untuk menyertai UMNO, malah yakin perjuangan parti itu tetap teguh walaupun pemimpin berkenaan meninggalkan parti.

Dalam pada itu, Nasharuddin berharap, penjelasan beliau kali ini memadai untuk menghentikan segala tuduhan oleh pihak tertentu yang mempersoalkan kesetiaannya kepada Pas.

Menyentuh mengenai pelbagai tohmahan yang diterimanya, bekas pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, ia sebahagian daripada hakikat perjalanan hidup yang terpaksa diharungi oleh seorang pendakwah sepertinya, dalam usaha memartabatkan Islam.

"Saya menyedari sepenuhnya bahawa pembabitan di pentas politik nasional pasti mengundang 1,001 macam cabaran dan dugaan. Saya akur sepenuhnya dengan jalan dakwah yang saya lalui ketika ini malah ia telah lebih awal disusuri oleh para nabi, sahabat dan ulama," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Manfaatkan kepakaran negara

Posted:

Manfaatkan kepakaran negara

Manfaatkan kepakaran negara

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak bersama Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz melihat koleksi siri mata wang baharu selepas majlis pelancaran Pelan Induk Kewangan dan siri mata wang baharu yang bakal dikeluarkan oleh BNM di Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur, semalam. – utusan/Amin Farij Hasan


KUALA LUMPUR 21 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau menaruh harapan yang tinggi untuk melihat sektor kewangan negara memainkan peranan penting sebagai perantara rentas sempadan bagi dana kewangan Asia.

Kata Perdana Menteri, ia boleh dicapai dengan institusi kewangan Malaysia meneroka ke luar negara dan mengaplikasikan kejayaan mereka di negara ini dalam pasaran baru tersebut.

''Ini termasuk dengan meningkatkan rangkaian serantau, menyediakan perkhidmatan yang berdaya saing, berkualiti tinggi dan menjadi rakan kongsi bertanggungjawab kepada sektor kewangan serantau.

"Pada masa sama, ketika sektor kewangan Islam menjadi satu komponen yang lebih penting dalam sistem kewangan global, Malaysia juga perlu membangun dan memanfaatkan kepakaran yang kita miliki," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Pelan Sektor Kewangan 2011-2010 dan Mata Wang Siri Baharu di sini hari ini.

Najib menambah, pelan sektor kewangan yang baru dilancarkan itu juga mendokong kepada Model Baru Ekonomi (MEB) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi.

Apa yang lebih menarik kata beliau, pelan baru itu memberi penekanan kepada pertumbuhan yang seimbang dan inklusif serta merangkumi seluruh rakyat Malaysia yang menjadi sebahagian daripadanya.

''Sebagai contoh, pelan ini akan memastikan rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan pedalaman mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan yang cekap dari segi kos dan berkualiti tinggi.

''Ia juga akan meletakkan negara pada kedudukan terbaik untuk memastikan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia terkecuali daripada menikmati peluang yang adil dan setiap rakyat diberi peluang untuk meningkatkan ekonomi mereka serta untuk anak-anak mereka," kata beliau.

Dalam masa sama tambah Najib, terdapat keperluan mendesak bagi pengawal selia sektor kewangan serta pembuat dasar untuk berganding bahu ke arah menggalakkan kestabilan kewangan serantau.

Dengan sokongan aturan kerjasama dan kumpulan kawal selia yang baik, ia juga dapat membantu melindungi kepentingan bersama ekonomi negara.

Full content generated by Get Full RSS.

BNM perkenal wang kertas, syiling baharu

Posted:

BNM perkenal wang kertas, syiling baharu

BNM perkenal wang kertas, syiling baharu


SIRI wang kertas dan syiling baharu yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia, di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 21 Dis. - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memperkenalkan satu siri wang kertas dan duit syiling baharu yang akan berada dalam edaran pada separuh kedua 2012.

Wang kertas itu melibatkan denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 manakala duit syiling itu pula dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Duit syiling itu dilancarkan pada 25 Julai 2011 tetapi hanya akan berada dalam edaran Januari ini. Pelancaran wang kertas dan duit syiling itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. Ini kali keempat mata wang kertas baharu diperkenalkan dan kali ketiga untuk duit syiling.

Pelancaran wang kertas itu juga dilihat sebagai lanjutan kepada pengenalan wang kertas baharu dalam denominasi RM50 yang kini berada dalam edaran. Daripada semua wang kertas itu, hanya RM1 dan RM5 dihasilkan dengan penggunaan substrat polimer.

Menurut BNM, wang kertas siri baharu ini turut mengandungi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat sejajar dengan kemajuan terkini dalam teknologi wang kertas.

''Ciri-ciri keselamatannya termasuk imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya.

''Wang kertas itu juga boleh dikenal pasti melalui sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan,'' kata kenyataan itu.

Wang kertas siri baharu ini diinspirasikan daripada ciri-ciri unik negara dan memasukkan elemen kekayaan alam semula jadi, budaya dan khazanah negara.

''Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri wang kertas ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, serta ekonomi,'' jelas bank itu lagi.

Sementara itu, BNM turut mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan pengenalan mata wang siri baharu ini.

Tiga jenis set wang kertas peringatan yang dijual adalah denominasi RM1 dan RM5 pada harga RM15 setiap satu, denominasi RM20 berharga RM30 setiap satu dengan jumlah terhad iaitu 500,000 set.

BNM turut menjual set premium (denominasi RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) - 50,000 set yang berharga RM300 setiap satu.

Ia mula dijual pada 22 Disember 2011 di Ibu Pejabat BNM (BNMLINK) dan cawangan-cawangan di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved