Khamis, 22 Disember 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Lampu jalan tak kunjung tiba

Posted:

Lampu jalan tak kunjung tiba

Lampu jalan tak kunjung tiba

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


Ketiadaan lampu jalan bukan sahaja menyukarkan, malah turut membahayakan pemandu yang melalui jalan ke persimpangan Felda Lui Selatan,baru-baru ini. – UTUSAN/Sajida


JEMPOL 21 Dis. – Ibarat mengharapkan bulan jatuh ke riba.! Itulah situasi dialami penduduk Felda Lui Selatan, dekat sini, yang masih tidak mendapat kemudahan lampu jalan walaupun sudah lama menunggu.

Lebih mengecewakan, mereka mendakwa permohonan untuk mendapatkan kemudahan tersebut seperti tidak diendahkan kerana tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) walaupun telah mengemukakan masalah itu sejak empat tahun lalu.

Menurut seorang penduduk, Abdul Kadir Abdul Rashid, 58, dia rasa kecewa apabila impian melihat laluan masuk ke Felda Lui Selatan diterangi lampu mungkin akan 'terkubur' begitu sahaja berikutan tidak mendapat maklum balas positif.

"Sejak saya masuk Felda kira-kira 29 tahun lalu, laluan utama ke Lui Selatan memang tiada lampu. Bimbang dengan kemalangan dan kesukaran yang sering terjadi, kami telah membawa masalah ini kepada pihak atasan.

"Penantian selama empat tahun bukan satu jangka yang singkat. Bayangkan dalam masa satu bulan sahaja pelbagai perkara tidak diingini terjadi di sini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Rosli Jamal, 50, pula berkata, masalah tersebut juga merupakan salah daripada faktor utama penyebab berlakunya kemalangan jalan raya di kawasan tersebut.

"Apabila tiada lampu pasti orang luar tidak nampak kewujudan simpang masuk ke kawasan kami. Bila sudah dekat dengan simpang mereka akan memperlahankan kenderaan secara tiba-tiba.

"Sebab itu terjadinya kemalangan jika ada kenderaan mengekori dalam jarak dekat dan laju. Apa yang kami minta merupakan kemudahan yang sangat penting bukan sahaja untuk kami malah untuk semua pengguna jalan raya," ujarnya.

Seorang lagi penduduk, Zaleha Jantan, 50, berkata, dia berharap agar permohonan penduduk segera diluluskan demi kesejahteraan semua pihak.

"Kami tidak meminta lampu yang cantik, cukup sekadar jalan ini terang. Saya sendiri risau apabila melalui kawasan ini pada waktu malam.

"Kawasan ini sunyi dan dikelilingi kebun getah dan sawit. Keadaan kawasan yang gelap mungkin berisiko menjadi lokasi jenayah," jelasnya.

Sementara itu, Rashid Abd. Rasul, 64, memberitahu, dia sangat berharap PBT tidak melupakan kawasan pedalaman dan hanya memberi kemudahan di bandar sahaja.

"Seperti masyarakat di bandar, kami juga mengimpikan kemudahan. Kalau pergi di bandar besar kawasan mereka sangat cantik dengan pelbagai cahaya lampu. Jangan abaikan kami yang tinggal di kawasan kampung ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad ketika ditemui berkata, beliau berharap agar pihak berkuasa berkenaan dapat mempercepatkan proses membina lampu jalan di kawasan tersebut.

"Saya juga sudah memohon dan terpaksa menunggu hampir empat tahun. Jawapan yang saya terima ialah, ia masih dalam proses namun sehingga kini tiada sebarang usaha dilakukan.

"Selain Lui Selatan saya berharap mereka memasang lampu jalan di beberapa kawasan gelap dari Lui Barat ke Sungai Lui," tegasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

MPHTJ tegur kontraktor abai kebersihan

Posted:

MPHTJ tegur kontraktor abai kebersihan

MPHTJ tegur kontraktor abai kebersihan

MELAKA 21 Dis - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) memandang serius kegagalan kontraktor melakukan kerja-kerja pembersihan mengikut jadual sehingga menyebabkan berlaku banjir kilat di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan berkenaan.

Setiausahanya, Saiful Hazwa Kipli berkata, pemantauan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (PPSPPA) mendapati, longkang tersumbat menjadi salah satu punca air naik mendadak setiap kali hujan lebat.

Menurutnya, longkang tersebut tersumbat oleh sisa-sisa kerja naik taraf infrastruktur dan projek pembinaan.

"Walaupun pihak PPSPPA dipertanggungjawab dan mengambil alih dalam bidang pembersihan awam sejak tiga bulan lalu namun sebuah PBT seperti kita perlu berganding bahu untuk bertindak.

"Kami turut memberi teguran kepada kontraktor yang didapati menjalankan kerja seperti melepaskan batuk di tangga," katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ke-12 MPHTJ di pekarangan Melaka Mall di sini, hari ini.

Saiful Hazwa berkata, semua kerja yang dilakukan kontraktor perlu mencapai piawaian yang dikeluarkan oleh PBT.

"Apabila hujan lebat, pengaliran air tidak lancar menyebabkan paras air naik dengan cepat dan berlaku banjir.

"Kita turut mengesan segelintir peniaga pasar borong dan pasar malam melonggokkan sampah di tepi longkang dan tidak dikutip pada hari yang sama, sebaliknya diangkut keesokan hari," katanya.

Mengulas kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir terutama apabila berlaku fenomena air pasang besar akhir bulan bulan ini, Saiful Hazwa memberitahu, pihak majlis menempatkan kira-kira 63 anggota untuk bertugas di bilik gerakan banjir secara bergilir-gilir bagi tempoh 24 jam.

Seramai 20 anggota pula dipilih menjadi sukarelawan banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka dan berharap mereka dapat melaksanakan tugas penuh komited.

Full content generated by Get Full RSS.

Konsep jualan harga patut perlu diperluaskan

Posted:

Konsep jualan harga patut perlu diperluaskan

Konsep jualan harga patut perlu diperluaskan


Hasim Rusdi (tengah) menyampaikan barangan sekolah kepada beberapa murid pada majlis perasmian Program 'Back To School' di Seremban, semalam.


RASAH 21 Dis. - Konsep jualan harga berpatutan sempena sesi persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi perlu diperluaskan ke semua pasar raya di negeri ini dalam usaha mengurangkan beban ibu bapa ketika membeli barang keperluan anak-anak mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Hasim Rusdi berkata, kerajaan mengalu-alukan pengusaha pasar raya mengadakan kempen tersebut kerana ia merupakan cara terbaik menjimatkan perbelanjaan.

"Kita mengalu-alukan semua pihak supaya dapat menawarkan harga berpatutan untuk ibu bapa membeli kelengkapan anak-anak mereka ke sekolah tidak lama lagi.

"Jika para pengusaha dapat melakukannya, kita percaya orang ramai akan terus berbelanja di premis yang menawarkan harga berpatutan," katanya pada majlis perasmian Program Kembali Ke Sekolah anjuran Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Pasaraya Econsave dekat sini semalam.

Pada masa yang sama, Hasim juga menjelaskan, pihaknya juga bersedia memberikan kerjasama kepada pasar raya yang mahu mengadakan program serupa bagi tujuan mempromosikan barang pada harga berpatutan untuk orang ramai.

Jelasnya, para pengusaha pasar raya juga diharap dapat memainkan peranan dalam menjayakannya selaras dengan hasrat kerajaan mengurangkan beban yang ditanggung rakyat.

"Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, inisiatif seperti ini sebenarnya memberikan kelegaan kepada orang ramai ketika berbelanja kerana apa yang kita lihat sebelum ini ibu bapa terpaksa berbelanja besar untuk membeli keperluan persekolahan anak-anak.

"Usaha seperti ini juga sebenarnya banyak mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh ibu bapa apabila terpaksa berdepan dengan kenaikan harga barangan ketika ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved