Khamis, 22 Disember 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Rokok Malimbo RM51.1j dirampas

Posted:

Rokok Malimbo RM51.1j dirampas

Rokok Malimbo RM51.1j dirampas

Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my


AZIS Yacub (dua dari kiri) bersama pegawainya menunjukkan rokok jenama Malimbo yang cuba diseludup keluar dan berjaya dirampas pihak Kastam Selangor semasa sidang media di Wisma Kastam Pelabuhan Barat di Pelabuhan Klang, semalam.


PELABUHAN KLANG 22 Dis. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 510,000 karton rokok putih bernilai RM51.1 juta termasuk cukai yang cuba diseludup ke Mesir melalui negara ini selepas menahan 10 kontena milik sebuah kapal dagang di Pelabuhan Barat, di sini Isnin lalu.

Kejayaan rampasan rokok jenama Malimbo yang dipercayai terkenal di Mesir itu merupakan yang terbesar di negara ini.

Turut ditahan ialah seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang dipercayai ejen yang menguruskan kemasukan kapal tersebut.

Pengarah Kastam Selangor, Datuk Azis Yacub berkata, penahanan kapal CSAV Pyrennes yang singgah di Pelabuhan Klang sebelum menuju ke Pelabuhan Alexandria, Mesir itu dibuat pukul 2.30 pagi hasil maklumat dan risikan pihaknya selama dua minggu.

Beliau berkata, kapal tersebut yang datang dari Vietnam dan terlebih dahulu singgah ke Pulau Pinang sebelum tiba ke Pelabuhan Barat itu dipercayai membawa 12 kontena yang isi kandungannya mencurigakan.

Menurut beliau, hasil semakan kesemua 12 kontena di dalam kapal tersebut telah diikrar mengandungi batu-bata.

"Bagaimanapun kita telah membuat keputusan untuk menahan kapal tersebut dan mengarahkan agar kesemua kontena di dalamnya dibawa turun.

"Selepas pemeriksaan dibuat, kita dapati 10 daripada kontena itu mengandungi 510,000 karton atau 102 juta batang rokok putih jenama Malimbo yang kesemuanya bernilai RM51.1 juta termasuk cukai.

"Hanya dua kontena sahaja mengandungi batu marbel. Ini bermakna mereka telah menipu ikrar dan melanggar Akta Zon Bebas," kata beliau kepada pemberita di Wisma Kastam Pelabuhan Barat di sini petang ini.

Azis memberitahu, kes rampasan itu disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (g) Akta Kastam 1967 iaitu menipu ikrar dan jika sabit kesalahan, pihak terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 135 (1) (iii) akta yang sama.

"Kita juga menyiasat kes itu di bawah Seksyen 19 Akta Zon Bebas," jelas beliau.

Tambah beliau, siasatan lanjut mendapati, syarikat yang bertanggungjawab menguruskan kesemua kontena itu adalah syarikat tempatan berdaftar dan seorang kakitangannya yang berusia 30-an telah ditahan bagi membantu siasatan.

Full content generated by Get Full RSS.

Ahli perniagaan direman dipercayai cuba sogok polis

Posted:

Ahli perniagaan direman dipercayai cuba sogok polis

Ahli perniagaan direman dipercayai cuba sogok polis


SUSPEK kes cuba menyogok pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman (kiri) ditahan reman di Balai Polis Bukit Jalil, semalam.


KUALA LUMPUR 22 Dis. - Seorang ahli perniagaan lelaki bergelar Datuk ditahan reman selama dua hari selepas dipercayai cuba menyogok beberapa pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sini semalam.

Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan petang semalam ketika hadir di Ibu Pejabat JSJK di Bukit Perdana.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, lelaki yang juga pengusaha ejen pekerja asing dan syarikat pengangkutan awam itu ditahan selepas polis menerima maklumat berhubung tindakannya yang cuba memberi rasuah.

"Lelaki itu dipercayai cuba memberi rasuah kepada pegawai kanan polis yang sedang menjalankan siasatan berkenaan kes jenayah komersial.

"Berikutan penahanan tersebut, suspek telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut.

"Ahli perniagaan terbabit didapati memiliki dua kes jenayah komersial lampau melibatkan penipuan di Cheras dan Bercham, Ipoh pada tahun lalu. Berikutan kes itu dia telah ditahan tiga minggu lalu di Cheras sebelum dibebaskan dengan jaminan," katanya pada sidang akhbar Ibu Pejabat JSJK di sini hari ini.

Sementara itu, berhubung siasatan kes penyelewengan dana Pusat Fidlot Nasional (NFC), Syed Ismail mengesahkan tiada individu yang ditahan sehingga hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di Balai Polis Bukit Jalil di sini mendapati suspek dilihat dibawa masuk ke balai berkenaan pada pukul 11 pagi ini untuk direman oleh Majistret Tengku Eliana Tuan Kamarulzaman.

Dia kemudian dibawa keluar ke JSJK Bukit Perdana pada pukul 12.30 petang.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved