Khamis, 22 Disember 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


NFC: Najib jawab bila tiba masanya

Posted:

NFC: Najib jawab bila tiba masanya

NFC: Najib jawab bila tiba masanya

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan membuat kenyataan berhubung kontroversi melibatkan syarikat Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) apabila tiba masanya.

Malah kata Perdana Menteri, beliau juga akan menjawab mengenai isu peletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat pada masa yang sesuai.

''Saya akan komen apabila sampai masanya," kata beliau pada sidang akhbar selepas melancarkan Pelan Sektor Kewangan 2011-2020 dan Mata Wang Siri Baharu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kontroversi NFC yang turut dikaitkan dengan Shahrizat dan keluarganya yang mana Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail merupakan suami Shahrizat.

Ketika ditanya adakah beliau ada menerima surat peletakan jawatan Shahrizat memandangkan terdapat beberapa pihak yang mendesak Shahrizat berbuat demikian, Najib berkata, beliau tidak menerima surat tersebut.

Menjawab soalan mengapa hanya menteri berkaitan sahaja yang menjawab isu berkaitan syarikat milik kerajaan (GLC), Najib berkata, Ketua-ketua Pegawai Eksekutif (CEO) juga bertanggungjawab dalam perkara tersebut.

''Apa yang berlaku mungkin menteri selalu bertemu media, sebab itu sebarang isu berkaitan dengan GLC dijawab oleh menteri.

''Tetapi jika kita lihat dalam ruangan perniagaan akhbar-akhbar misalnya, CEO juga ada membuat kenyataan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

500 mahasiswa, alumni IPTA berhimpun sokong Najib

Posted:

500 mahasiswa, alumni IPTA berhimpun sokong Najib

500 mahasiswa, alumni IPTA berhimpun sokong Najib


Sebahagian mahasiswa institut pengajian tinggi awam dan swasta menunjukkan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri di Kementerian Pengajian TInggi, Putrajaya, semalam. Mereka turut menyuarakan rasa kecewa dan mengecam sikap sebahagian lagi mahasiswa yang bertindak melampaui batas dengan menurunkan bendera Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini. - BERNAMA


PUTRAJAYA 21 Dis. - Hampir 500 mahasiswa dan alumni institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berhimpun secara aman di pekarangan Kementerian Pengajian Tinggi hari ini untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) itu turut menyerahkan dua memorandum masing-masing kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalannya, Datuk Saifuddin Abdullah.

Presiden Aspirasi, Mohd. Shahar Abdullah berkata, kandungan memorandum pertama itu adalah antaranya menyatakan sokongan mahasiswa kepada Perdana Menteri.

"Dalam memorandum kedua pula, kami menuntut Saifuddin bertanggungjawab terhadap insiden yang berlaku pada 17 Disember lalu, di mana bendera Najib di turunkan di pekarangan (PWTC) semasa penyerahan memorandum bantahan berhubung Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

"Selain itu, beliau perlu bertanggungjawab mendesak Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) meminta maaf secara terbuka di atas tindakan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum berkenaan kepada wakil menteri dan timbalan menteri, di sini hari ini.

Memorandum kepada Mohamed Khaled diserahkan kepada Setiausaha Politik beliau, Mohammad Khairi Abdul Malik.

Memorandum kepada Saifuddin pula diserahkan kepada Setiausaha Sulit Kanan beliau, Mohd. Nazri Noh.

Mohd. Shahar berkata, sekiranya tuntutan itu tidak dilakukan dalam tempoh 14 hari, Saifuddin diminta meletakkan jawatan.

"Kami kesal dengan sikap Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu yang berdiam diri apabila bendera yang memaparkan Datuk Seri Najib Tun Razak diturunkan," katanya.

Sementara itu, Mohamed Khaled dalam satu kenyataan berkata, segala tuntutan dalam memorandum tersebut akan dibawa dan diteliti oleh Jawatankuasa Pindaan AUKU sekiranya berkaitan.

"Setiap perkara akan diperhalusi dan diberikan pertimbangan sewajarnya," katanya.

Beliau menambah, pihak kementerian sememangnya bersedia untuk menerima pandangan dan pendapat semua pihak terutamanya golongan mahasiswa.

"Dengan syarat mereka tidak bertindak di luar batasan moral, tidak berperilaku biadap, menghormati hak orang lain dan berpegang kepada prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

KPT, UPSI digesa bertindak tegas terhadap Adam Adli

Posted:

KPT, UPSI digesa bertindak tegas terhadap Adam Adli

KPT, UPSI digesa bertindak tegas terhadap Adam Adli

JOHOR BAHRU 21 Dis. - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) digesa mengambil tindakan tegas terhadap mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli, 22, yang didakwa biadab menurun dan menggantikan bendera tertera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu demonstrasi baru-baru ini.

Setiausaha Gerakan Belia 4B Gelang Patah, Noorisham Ismail berkata, selain penuntut berkenaan, kementerian juga disaran mengambil tindakan sama terhadap ahli-ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang dianggap mencemar imej mahasiswa di negara ini.

Beliau berkata, UPSI turut disaran mengambil tindakan tatatertib terhadap Adam termasuk membuang penuntut terbabit.

"Tindakan membuang Adam Adli adalah wajar kerana sekiranya dia terus berada di UPSI dan menjadi seorang guru suatu hari nanti, dia akan membawa kesan yang tidak baik khususnya kepada pelajar.

"Justeru, saya berharap kementerian terbabit termasuk UPSI mengambil tindakan tegas terhadap penuntut berkenaan dengan segera," katanya kepada pemberita ketika mengadakan bantahan di hadapan pintu masuk Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini hari ini.

Bantahan bermula pukul 2 petang itu dihadiri 20 orang termasuk Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Khalid Mohamad; Naib Presiden Aspirasi Evolusi Mahasiswa UTM, Nor Hasrul Akhmal Ngadiman dan beberapa penuntut universiti berkenaan.

Sabtu lalu, kira-kira 200 ahli SMM berkumpul dan berarak untuk menggesa Akta Universiti dan Kolej Universiti AUKU) dimansuhkan kerana didakwa menyekat kebebasan akademik.

Sebelum menyerahkan memorandum bantahan itu kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, beberapa ahli SMM ketika berpiket di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bertindak menurunkan bendera yang mempunyai gambar Perdana Menteri.

Sementara itu, Nor Hasrul Akhmal berkata, tindakan penuntut tersebut sedikit sebanyak mencalar dan menjatuhkan imej mahasiswa yang selama ini dipandang tinggi masyarakat.

Justeru, Adam diminta memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved