Khamis, 22 Disember 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


2,296 calon di WP dapat semua A

Posted:

2,296 calon di WP dapat semua A

2,296 calon di WP dapat semua A

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Seramai 2,296 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 di Wilayah Persekutuan mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil dan ia merupakan keputusan terbaik dalam tempoh lapan tahun.

Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Datuk Khairil Awang (gambar) berkata, ia dinilai berdasarkan pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini yang meningkat kepada 2.54 berbanding 2.59 tahun lalu.

"Enam sekolah berjaya mencatatkan kelulusan 100 peratus iaitu Sekolah Menengah Agama (SMA) Wilayah Persekutuan, Sekolah Menengah (SM) Sains Selangor, Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Aminuddin Baki, SM Agama Kuala Lumpur dan SMK Victoria.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan PMR 2011 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini hari ini.

Lebih membanggakan, kata Khairil, walaupun SMA Wilayah Persekutuan merupakan sekolah yang baru, ia sudah mampu mencatatkan keputusan yang sangat memberangsangkan dalam keputusan PMR.

"Melalui pencapaian terbaik di enam buah sekolah itu juga, saya yakin kita mampu melahirkan lebih ramai pelajar yang cemerlang dalam semua aspek iaitu akademik, sosial dan insaniah," katanya.

Menurutnya, seramai 25,353 calon mendaftar menduduki PMR 2011 di Wilayah Persekutuan dengan 22,739 adalah calon daripada sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran manakala 2,614 lagi merupakan calon sekolah swasta.

Full content generated by Get Full RSS.

Strategi tiga sahabat untuk dapat 8A

Posted:

Strategi tiga sahabat untuk dapat 8A

Strategi tiga sahabat untuk dapat 8A


Sebahagian daripada pelajar Sekolah Menengah Seri Puteri yang mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah bersorak gembira selepas menerima slip keputusan mereka di Cyberjaya, semalam.


CYBERJAYA 22 Dis. - Teknik belajar secara berkumpulan dan saling bantu-membantu dalam pelajaran merupakan strategi tiga sahabat baik dari Sekolah Seri Puteri di sini dalam memperoleh keputusan 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Pelajar berkenaan, Reena Awliyatul Imani Reezal Merican, Adeeba Hanie Abu Bakar dan Aryana Johan adalah antara 145 daripada 166 calon sekolah berasrama penuh (SBP) itu yang berjaya meraih keputusan 8A dalam PMR yang diumumkan hari ini.

Bagi Reena Awliyatul Imani, 15, belajar secara berkumpulan memudahkan dia dan rakan-rakan memahami sesuatu topik dengan lebih cepat dan secara tidak langsung meringankan tekanan ketika belajar.

"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan dan guru dan paling tidak lupa ibu dan ayah saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengambil keputusan PMR hari ini.

Sementara itu, Adeeba Hanie, 15, menyifatkan belajar secara berkumpulan merupakan pendekatan terbaik untuk mereka berkongsi ilmu pengetahuan.

"Saya bersyukur dengan keputusan ini dan usaha ini tidak akan berhenti di sini sahaja, sebaliknya saya akan terus bersiap sedia untuk menghadapi SPM," katanya.

Dalam pada itu, Aryana yang pada mulanya tidak menduga akan memperoleh keputusan 8A dalam PMR turut berterima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak membantunya.

"Ini kerana keputusan yang diperoleh pada percubaan lepas tidaklah seperti ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

RapidKL bincang kerjasama strategik

Posted:

RapidKL bincang kerjasama strategik

RapidKL bincang kerjasama strategik

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Operator bas terbesar di ibu negara, RapidKL telah memulakan proses perbincangan dengan syarikat pengendali bas lain iaitu Setara Jaya Sdn. Bhd. dan Syarikat Len Seng Sdn. Bhd. bagi membentuk kerjasama strategik bagi mendepani cabaran semasa industri itu.

Dalam perbincangan itu, RapidKL mencadangkan kerjasama dijalin antara ketiga-tiga syarikat dalam hal-hal operasi termasuk penjadualan dan kerjasama perniagaan seperti pemasaran dan promosi.

Pengarah Urusan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), yang memiliki RapidKL dan RapidPenang, Datuk Shahril Mokhtar (gambar) berkata, langkah itu diambil demi kepentingan semua syarikat bas sedia ada dan bagi meningkatkan lagi standard perkhidmatan bas awam di Lembah Klang.

"Saya boleh katakan bahawa proses rundingan untuk rancangan ini berjalan lancar… kami jangka akan menamatkan proses keseluruhan rundingan dalam masa tiga bulan lagi," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut beliau, RapidKL juga akan mengajak lebih banyak syarikat dari kalangan 14 pengusaha bas yang beroperasi di Lembah Klang sekarang untuk turut menjalin kerjasama strategik itu.

"Adalah penting untuk pengusaha-pengusaha bas khususnya di Lembah Klang untuk bekerjasama dan kita perlu melaksanakannya secepat mungkin demi kepentingan semua yang terlibat dalam industri itu dan juga orang ramai," tegas beliau.

"Pengusaha bas perlu membuang sikap bersaing secara sengit seperti sekarang, yang kerap bertukar menjadi persaingan tidak sihat. Sebaliknya, pengusaha bas perlu bergading bahu dan menyokong satu sama lain," kata beliau.

Mengenai dana RM400 juta bagi membantu syarikat bas yang menghadapi masalah kewangan, Shahril berkata, respons segera oleh kerajaan itu membuktikan kerajaan memberi penekanan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam terbaik untuk rakyat.

"Industri ini sememangnya memerlukan sokongan kerajaan untuk beroperasi dengan licin tetapi perkara yang lebih penting adalah transformasi dalam operasi bas.

"Kita perlu menerokai bidang-bidang baru dan memecah sempadan-sempadan lama untuk melangkah ke depan," kata Shahril.

RapidKL kini memiliki 1,488 buah bas dan rangkaian yang meliputi 166 laluan dan 980 kawasan perumahan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved