Khamis, 22 Disember 2011

Utusan Online - Mahkamah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Keputusan kes Dr. Khir Toyo hari ini

Posted:

Keputusan kes Dr. Khir Toyo hari ini

Keputusan kes Dr. Khir Toyo hari ini

SHAH ALAM 22 Dis. - Nasib bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo yang menghadapi tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi di sini esok.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) akan membuat keputusan itu selepas selesai mendengar keterangan 25 saksi pendakwaan dan lima saksi pembelaan serta hujahan pendakwa raya dan peguam bela.

Mohamad Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zaharah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini daripada Ditamas Sdn. Bhd. melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni dengan harga RM3.5 juta.

Sedangkan hartanah tersebut dibeli oleh syarikat terbabit pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Beliau yang memegang jawatan berkenaan sejak 2002 hingga 2008 didakwa melakukan perbuatan tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu dibicarakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada 8 Ogos lalu, mahkamah memerintahkan Mohamad Khir membela diri atas tuduhan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facies terhadapnya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamed, Masri Daud dan Mohd. Dusuki Mokhtar.

Sementara Mohamad Khir diwakili barisan peguam yang terdiri daripada M.M. Athimulan, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

Full content generated by Get Full RSS.

Pegawai kastam, pegawai JPJ didakwa rasuah

Posted:

Pegawai kastam, pegawai JPJ didakwa rasuah

Pegawai kastam, pegawai JPJ didakwa rasuah

PASIR MAS 22 Dis. - Dua pegawai kastam dan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah di kawasan pintu masuk ke negara ini.

Pegawai Kastam, Zainal Ismail, 45, dari Unit Khas Pemeriksaan Penumpang, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri; Pembantu Penguasa JKDM Negeri, Azahar Mohamad, 37; dan Ketua Pembantu Penguat kuasa JPJ Negeri, Che Mat Nor Mat Ali, 53, masing-masing mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan.

Zainal didakwa menerima suapan RM50 daripada Mohammad Rozli Yusuf sebagai upah tidak melakukan pemeriksaan secara menyeluruh ke atas sebuah van bernombor pendaftaran BDT 369 kira-kira pukul 8.25 pagi, 20 November lalu di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Rantau Panjang dekat sini.

Azahar Mohamad pula didakwa menerima suapan RM50 daripada Mohammad Rozli bagi tujuan yang sama terhadap van tersebut pada pukul 10.45 pagi, 4 Disember lepas di tempat yang sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama.

Di bawah seksyen tersebut, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.

Che Mat Nor pula dituduh menerima suapan RM150 daripada Abu Samah Yusoff supaya tidak melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas van tersebut yang membawa barangan yang belum diluluskan oleh kastam pada 19 Oktober lalu di Stesen Kawalan Sempadan, Rantau Panjang.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 213 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tiga tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Hakim Irwan Suainbon membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Syafinas Shabudin.

Peguam bela, Mohd. Hasif Hassan pula mewakili Zainal sementara Azahar dan Che Mat, masing-masing diwakili peguam bela, Mohd. Faizal Hazim Abdul Rahman.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved