Rabu, 21 Disember 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Pas kekal perjuangan asal

Posted:

Pas kekal perjuangan asal

Pas kekal perjuangan asal

KUALA TERENGGANU 21 Dis. - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, tidak ada sebab kenapa parti itu perlu kembali ke landasan asal perjuangan untuk menubuhkan sebuah negara Islam seperti disarankan Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.

Beliau menegaskan, ini kerana Pas sejak awal penubuhannya sehingga sekarang masih berpegang kepada perjuangan asal untuk mendirikan sebuah negara Islam.

"Tak benar sama sekali, Pas memang sejak dulu lagi sehingga sekarang masih berpegang teguh kepada perjuangan asal untuk mendirikan negara Islam. Kita masih di landasan asal dan tidak sekali-kali terlajak atau terpesong.

"Kenapa kita perlu kembali ke perjuangan asal. Orang yang kata kita terpesong daripada cita-cita asal adalah orang yang tak faham dengan perjuangan asal Pas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Hasan yang menolak konsep Negara Berkebajikan diperkenalkan oleh Pas, sebaliknya mahu parti itu kembali kepada perjuangan asal iaitu menubuhkan sebuah negara Islam.

Pendirian Hasan itu jelas kerana matlamat asal penubuhan Pas adalah untuk mendirikan sebuah negara Islam dengan cara memartabatkan agama itu, umatnya serta memperkukuhkan peranan ulama supaya mereka mampu menggarap Islam di dalam pemerintahan.

Harun yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Terengganu menyifatkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu sebagai pandangan peribadi yang cuba mempertahankan dirinya akibat kemelut dalaman parti ketika ini.

Beliau menjelaskan, tindakan Pas bekerjasama dengan rakan parti lain dalam pakatan pembangkang khususnya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk berkaitan konsep Negara Berkebajikan telah disalah tafsir pihak tertentu.

"Kita memang bekerjasama dengan DAP dan PKR, ini biasa dalam politik tapi tidak semestinya kita melupakan matlamat dan cita-cita asal Pas untuk menubuhkan sebuah negara Islam," ujarnya.

Ditanya reaksi kepimpinan tertinggi Pas terhadap teguran Hasan, Harun yakin bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu masih lagi setia kepada parti itu.

"Kita yakin beliau (Hasan) masih setia kepada Pas dan begitu juga dengan kami (pemimpin Pas) masih perlukan dia tetapi akan datang kita tak tahu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

DAP berjaya ubah imej Pas, perjuangan dikorban

Posted:

DAP berjaya ubah imej Pas, perjuangan dikorban

DAP berjaya ubah imej Pas, perjuangan dikorban

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Kebergantungan Pas kepada DAP demi memulihkan imej ekstrem dan pelampau parti itu dari kaca mata bukan Melayu ternyata berjaya, tetapi ia dilaksanakan dengan harga yang cukup mahal iaitu dengan mengorbankan dasar perjuangan parti sendiri.

Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad berkata, pengakuan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad bahawa parti itu banyak bergantung kepada DAP bukan sahaja mengesahkan Pas kini 'pak turut' tetapi terhutang budi kepada DAP.

Katanya sebab itu kepimpinan Pas hari ini sanggup menukar perjuangan menubuhkan negara Islam kepada negara kebajikan, berdiam diri dalam soal murtad serta tidak berani menyokong Himpunan Sejuta Umat (Himpun) walaupun perhimpunan itu dilakukan demi menyelamat akidah orang Islam.

Sehubungan itu, beliau berkata, Pas bukan sahaja tidak layak mendakwa parti itu bakal menggantikan UMNO bagi memayungi kepentingan orang Melayu, malah tidak lagi relevan untuk menggelar parti tersebut sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan agama Islam.

"Pengakuan Khalid itu hanya mengesahkan segala kebimbangan orang Melayu selama ini kerana apabila Pas berkerjasama dengan DAP, parti ini bukan sahaja terhutang budi tetapi sanggup menggadai segala dasar demi menjaga hati DAP, makna kata yang mengatur Pas adalah DAP.

"Sebaliknya DAP walaupun Pas sendiri banyak membantu dan bersungguh mahu memulihkan imej cauvinis tetapi mereka tidak menggadaikan dasar parti. DAP tetap dengan dasar cauvinis dan sentiasa lantang memperjuang kepentingan orang Cina serta lantang menolak negara Islam.

"Pas pula hanya ghairah mengejar undi bukan Melayu tetapi mereka lupa orang Melayu kini kecewa dan mula menolak parti Pas. Malah pemimpin kanan mereka sendiri mengkritik perkara ini secara terbuka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas pengakuan Khalid semalam bahawa Pas banyak bergantung kepada DAP dalam usaha membantu memulihkan imej parti itu daripada label ekstremis serta pelampau khususnya di kalangan bukan Melayu bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya.

Dalam pada itu, Mohd. Nakhaie berkata, apa yang dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dam Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa adalah tepat kerana Pas kini jauh tersasar.

Menurut keberanian Hasan menyatakan pandangan berbeza secara tegas membuktikan beliau seorang pemimpin yang ikhlas dan benar-benar berjuang demi Islam serta bukan kerana kecewa tidak terpilih sebagai calon sebagaimana didakwa Pas Selangor.

"Alasan kecewa tidak disenarai alasan lapuk dan ia langsung tidak terpakai ke atas Hasan. Beliau bangkit berjuang bukan kerana pangkat dan darjat tetapi kerana beliau seorang pemimpin yang objektif serta berprinsip, beliau tidak rela Pas dan Islam ditunggang oleh DAP," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved