Rabu, 21 Disember 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Kerani insurans ditikam 15 kali

Posted:

Kerani insurans ditikam 15 kali

Kerani insurans ditikam 15 kali

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Seorang kerani kanan sebuah syarikat insurans maut ditikam sebanyak 15 kali dipercayai oleh individu dikenalinya angkara cemburu, di aras satu sebuah rumah kedai di Jalan Puncak Jaya, Kepong, dekat sini, awal pagi tadi.

Malah, tragedi ngeri yang menimpa mangsa, Rozanah Mohd. Yusak, 35, turut disedari orang awam ketika mangsa menjerit meminta tolong di tepi tingkap rumah kedai yang disewanya itu, pukul 2.10 pagi.

Difahamkan, orang awam berkenaan merupakan pelanggan restoran yang terletak di tingkat bawah rumah sewa mangsa.

Pihak polis yang bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat, menemui mangsa yang masih bernyawa dan berlumuran darah di atas lantai rumahnya sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang.

Pemeriksaan awal mendapati mangsa yang berpakaian seluar pendek dan singlet ditikam bertubi-tubi di belakang badan, paha kiri dan siku kiri sebelum disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian tersebut bermotifkan cemburu berdasarkan cara tikaman bertubi-tubi.

Katanya, berdasarkan kes-kes lampau, kesan tikaman yang banyak menunjukkan perasaan marah suspek iaitu berbeza dengan bermotif samun yang menunjukkan sedikit sahaja kesan tikaman.

"Teori awal tiada kesan pecah masuk rumah juga menunjukkan mangsa yang dipercayai tinggal berseorangan di rumah itu, mengenali suspek.

"Kesan berselerak pula menunjukkan berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelas Rosly, semua dokumen peribadi mangsa termasuk telefon bimbit tidak ditemui di lokasi kejadian.

"Tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di situ dan sehubungan itu pihak polis meminta kerjasama orang ramai untuk tampil memberi maklumat," jelasnya lagi.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan dijalankan secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

"Pihak polis sedang mengenal pasti individu yang terlibat dan semua maklumat akan diteliti," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pekerja kontrak maut kena 10 das tembakan

Posted:

Pekerja kontrak maut kena 10 das tembakan

Pekerja kontrak maut kena 10 das tembakan

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Seorang pekerja kontrak maut selepas terkena 10 das tembakan ala mafia yang dilepaskan dari jarak dekat oleh sekumpulan lima suspek bertopi keledar di Flat Laksamana Jaya, Kampung Laksamana, Batu Caves, dekat sini malam tadi.

Kejadian berlaku ketika mangsa, S. Murgeso, 46, menunggu adik iparnya, S. Krishnarni, 40, di dalam kereta Toyota Vios di tempat letak kereta Blok A perumahan itu, pada pukul 11.30 malam.

Dalam serangan dipercayai bermotifkan dendam itu, Krishnarni turut cedera parah terkena satu das tembakan yang mengenai rusuk kanannya.

Difahamkan, Murgeso pernah aktif sebagai ahli salah satu kumpulan gangster namun berhenti setelah dijatuhi hukuman buang daerah pada tahun 2000. Kumpulan gangster yang menyerang Murgeso dikenali sebagai Geng 36.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan berkata, Murgeso yang mati di tempat kejadian ditembak sebaik sahaja Krishnarni membuka pintu untuk memasuki kereta itu.

"Pemeriksaan mendapati satu das mengenai kepala mangsa manakala dua di bahagian dada. Adik ipar mangsa turut cedera terkena tembakan.

"Pistol digunakan adalah jenis semi automatik 9 milimeter. Polis turut menemui tujuh kelongsong peluru serta lima butir peluru hidup di tempat kejadian.

"Kita percaya suspek telah menunggu mangsa di situ. Kelima-lima suspek menutup muka dengan topi keledar dan melarikan diri dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm berwarna hitam dan Proton Waja berwarna emas," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rosly memberitahu, beberapa saksi telah melihat kejadian dan memaklumkan perkara itu kepada polis.

Mayat Murgeso dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat manakala Krishnarni turut dirawat di wad kecemasan hospital itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved