Rabu, 21 Disember 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Tingkat kemampuan literasi rakyat

Posted:

Tingkat kemampuan literasi rakyat

Tingkat kemampuan literasi rakyat

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my


Sebahagian murid yang menghadiri Sambutan Hari Literasi Sedunia UNESCO di SK Bukit Marak, Bachok, Kelantan, kelmarin. – Utusan/ASMA HANIM MAHMOOD


BACHOK 20 Dis. -Kemampuan literasi atau celik huruf rakyat negara ini perlu ditingkatkan kerana ia formula penting bagi membantu membasmi kemiskinan dan menambah baik taraf sosioekonomi masyarakat.

Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Zainai Mohamed berkata, literasi adalah penanda aras yang menentukan kadar kemajuan serta kemunduran ekonomi sesebuah negara.

Zainai berkata, sebanyak 26 peratus daripada orang dewasa negara ini dikesan buta huruf, manakala 15 peratus daripada golongan kanak-kanak berusia 6 sehingga 11 tahun pula masih tidak tahu membaca.

"Kita boleh lihat apabila sebuah negara hanya mempunyai kadar literasi sekitar 55 peratus, pendapatan perkapita rakyatnya adalah kira-kira AS$600 atau RM1,800 sahaja berbanding negara maju dengan kadar literasi 96 peratus ke atas yang mempunyai pendapatan perkapita sehingga AS$12,600 atau RM40,000.

"Justeru, bagi negara kita sendiri yang mempunyai wawasan meningkatkan pendapatan perkapita dari RM23,000 kepada RM49,000 setahun menjelang 2020 maka perlulah berusaha lebih gigih meninggikan lagi tahap literasi rakyat.

"Ini ditambah lagi dengan kedudukan kelompok 40 peratus rakyat yang hanya berpendapatan sebulan RM1,500 ke bawah sahaja sudah tentu pelbagai usaha lagi mesti dipergiatkan terutama di sektor pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Sambutan Hari Literasi Sedunia Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) anjuran Perpustakaan UMK di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Marak di sini, semalam.

Hadir sama Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Bachok, Unit Pengurusan Akademik (Bahasa Malaysia), Soo Ah Khem; Guru Besar SK Bukit Marak, Zarina Ahmad dan Ketua Pustakawan UMK, Azman Hashim.

Dalam ucapannya, Zainai berkata, kerjasama antara institusi pendidikan sama ada peringkat tinggi atau rendah sewajarnya dilipatgandakan bagi mencapai hasrat literasi tinggi seperti mana usaha yang dilakukan UMK selama ini yang melibatkan penyertaan pelajar sekolah dalam pelbagai program anjuran mereka.

"Kita tidak mensasarkan sekadar celik huruf atau tahu membaca ayat pendek sahaja tetapi kita mahu generasi muda pergi lebih jauh daripada itu demi membolehkan mereka merebut peluang belajar sehingga ke peringkat tertinggi.

"Generasi yang kita lihat masih kecil pada hari inilah dalam tempoh 15 tahun lagi akan menentukan ke arah mana pembangunan negara dan segala yang kita lakukan sekarang harus ditumpukan demi kebaikan masa hadapan mereka," katanya.

Kira-kira 300 murid sekolah itu mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti sempena program dua hari itu antaranya pertandingan kuiz, bercerita dan melukis poster.

Sempena majlis itu juga, Pusat Sumber SK Bukit Marak yang merupakan perpustakaan angkat UMK sejak 25 April tahun lalu telah dinamakan semula sebagai `Pusat Sumber Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Zainai.'

Full content generated by Get Full RSS.

Pelajar UMK lawat IBG Bio Ventures, timba ilmu

Posted:

Pelajar UMK lawat IBG Bio Ventures, timba ilmu

Pelajar UMK lawat IBG Bio Ventures, timba ilmu


Sebahagian pelajar FASA Universiti Malaysia Kelantan yang menyertai lawatan industri ke IBG Bio Ventures Bhd. di Puchong, Selangor, baru-baru ini.


KOTA BHARU 20 Dis. - Seramai 39 pelajar Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli (FASA) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyertai lawatan industri ke IBG Bio Ventures Bhd. di Puchong, Selangor baru-baru ini.

Pensyarah Kanan FASA, Dr. Wong Yee Ching berkata, lawatan itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang fungsi tangki fermentor atau bioreaktor dalam penghasilan mikrob bagi pengeluaran baja bio organik.

Menurutnya, pada sesi lawatan itu para pelajar didedahkan dengan proses penghasilan baja berkenaan bermula dari skala makmal, skala loji perintis sehingga skala industri.

"Para pelajar diberi taklimat ringkas mengenai operasi IBG Bio Ventures Bhd. oleh Pengurus Kilangnya, Kenny Lim antaranya meliputi penggunaan bio reaktor untuk menghasilkan jumlah mikrob yang mencukupi dalam medium dan persekitaran yang berbeza.

"Mikrob itu kemudian digunakan sebagai salah satu bahan untuk menghasilkan baja bio organik dalam skala industri. Baja tersebut akan membantu melarutkan mineral-mineral penting ke dalam tanah khususnya fosforus dan kalsium untuk pengambilan tumbuhan," katanya di sini hari ini.

Yee Ching memberitahu, IBG Bio Ventures yang telah menghasilkan produk-produk baja bio organik dengan kerjasama universiti tempatan dan luar negara yang dikatakan lebih mesra alam berbanding baja komersial di pasaran kini.

"Pelajar UMK juga dibawa melawat ke makmal-makmal kimia, mikrob, sains kaji hayat dan R&D yang menjadi tempat uji kaji dan analisis data daripada sampel tanah dan mikrob menggunakan peralatan analitikal," ujarnya.

Tambahnya, sebelum lawatan berakhir, rombongan berkenaan berpeluang melihat dan merasai suasana di saluran pengeluaran syarikat berkenaan secara lebih dekat.

"Saya berharap para pelajar FASA dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh menerusi lawatan industri ini dalam usaha memahami subjek yang mereka pelajari di universiti dengan lebih baik.

"Selain itu, input industri amat penting supaya sesuatu ilmu itu sentiasa dinamik, selain kandungan pengajaran di bilik kuliah tidak terpisah dari dunia luar malah dapat memperkukuhkan lagi persediaan bakal graduan ke alam pekerjaan," jelasnya.

IBG Bio Ventures merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam perusahaan berteknologi tinggi terutama berkaitan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan baja bio organik serta racun perosak organik.

Full content generated by Get Full RSS.

850 pelajar baru PKB Kok Lanas lapor diri

Posted:

850 pelajar baru PKB Kok Lanas lapor diri

850 pelajar baru PKB Kok Lanas lapor diri


Sebahagian pelajar lepasan SPM melapor diri bagi mengikuti pengajian peringkat diploma intergrasi di Politeknik Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.


KOTA BHARU 20 Dis. - Seramai 850 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sijil politeknik dan kolej komuniti telah melapor diri bagi mengikuti pengajian peringkat diploma integrasi sesi Disember 2011 di Politeknik Kota Bharu (PKB) Kok Lanas di sini bermula Ahad lalu.

Sesi pendaftaran yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, dimulai dengan pelajar lepasan SPM seawal 8 pagi, diikuti pelajar lepasan sijil politeknik dan kolej komuniti bermula pukul 10.30 pagi.

Pengarah PKB Kok Lanas, Noor Azahan Othman berkata, daripada jumlah tersebut seramai 485 pelajar merupakan lepasan SPM, manakala selebihnya lulusan sijil politeknik dan kolej komuniti.

Menurutnya, lepasan SPM telah mengikuti Minggu Suai Kenal (MSK) selama seminggu bermula 18 Disember lalu manakala pelajar lepasan sijil politeknik dan kolej komuniti akan mengikuti induksi hari ini.

"Kesemua pelajar tersebut akan mengikuti 12 program diploma yang ditawarkan oleh empat jabatan di PKB iaitu Kejuruteraan Awam, Elektrik, Mekanikal dan Perdagangan.

"Antara program diploma yang ditawarkan PKB ialah ukur bahan, kejuruteraan awam, mekanikal, mekatronik, automotif, mekanikal pertanian, elektrik, elektrik dan elektronik, elektronik perhubungan, perakaunan, pengajian perniagaan dan pemasaran," katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua pelajar akan memulakan sesi pengajian mereka pada Isnin ini.

Noor Azahan memberitahu, jurusan diploma kejuruteraan awam menjadi pilihan utama apabila seramai 111 pelajar telah mendaftar untuk mengikuti program berkenaan di PKB.

"Selain itu, diploma kejuruteraan awam, perakaunan menjadi pilihan kedua tertinggi apabila menerima seramai 70 pelajar baru, diikuti kejuruteraan mekanikal seramai 46 pelajar," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved