Rabu, 21 Disember 2011

Utusan Online - Mahkamah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Sharif Jajang bebas

Posted:

Sharif Jajang bebas

Sharif Jajang bebas

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my


MOHD. Sharif Jajang dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur daripada tuduhan rasuah berhubung permohonan tanah di Sepang 14 tahun lalu. - UTUSAN/AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN


KUALA LUMPUR 21 Dis. - Galeri awam di Mahkamah Sesyen di sini hari ini bergema dengan kata-kata kesyukuran sebaik sahaja bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Datuk Mohd. Sharif Jajang dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya bagi mendapatkan sebidang tanah seluas 1.2 hektar, 14 tahun lalu.

Bekas Exco negeri Selangor itu bagaimanapun dilihat memberikan reaksi yang berbeza iaitu hanya terpaku di kandang tertuduh berkemungkinan terkejut dengan keputusan tersebut.

Hakim Yong Zarida Sazali memutuskan demikian di akhir kes pembelaan selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes tersebut.

Ketika ditemui pihak media, Mohd. Sharif yang berkemeja hijau dan bersongkok melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada peguamnya atas hujahan yang berjaya menyakinkan mahkamah.

Pada prosiding hari ini, bekas wakil rakyat itu diwakili oleh peguam bela, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zulqarnain Hassan.

Bekas Pengerusi Tetap Portfolio Infrastruktur, Penerangan & Tanah Rezab Melayu itu didakwa di mahkamah pada 2004 atas pertuduhan menggunakan kedudukannya sebagai ADUN dengan mengambil bahagian dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Sepang yang memperakukan permohonan Lesen Menduduki Sementara tanah seluas 1.2 hektar di Bandar Baru Salak Tinggi kepada Institut Kemahiran Memandu Sepang Sdn. Bhd. (Ikmas).

Ikmas merupakan anak syarikat Konsortium Sepang Bhd. (KSB) yang mana Mohd. Sharif mempunyai kepentingan ke atasnya.

Beliau yang pernah memegang jawatan Ketua Bahagian UMNO Sepang, isteri, Datin Patimah Isa dan dua anak, Shahrum dan Shahrin dikatakan memiliki sejumlah 1.36 peratus saham dalam KSB.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bilik Mesyuarat Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Sepang, Sepang dekat sini pada 16 Jun 1997.

Mohd. Shariff didakwa mengikut Seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970 yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan, seramai 32 saksi pendakwa dan lima saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan.

Kes ini merupakan antara kes berprofil tinggi dalam kempen antirasuah semasa peringkat awal kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Full content generated by Get Full RSS.

Mahkamah tolak permohonan Khairy batal saman Anwar

Posted:

Mahkamah tolak permohonan Khairy batal saman Anwar

Mahkamah tolak permohonan Khairy batal saman Anwar

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Permohonan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk membatalkan saman RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya atas dakwaan memfitnah dalam satu ceramah politik di Lembah Pantai kira-kira tiga tahun lalu, ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Khairy memberitahu pemberita bahawa keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Hue Siew Kheng setelah mendapati ia bukannya satu kes yang jelas untuk dibatalkan pada peringkat ini.

Muhammad Shafee berkata, mahkamah menolak permohonan Khairy yang dinamakan sebagai defendan dengan kos RM7,000.

Peguam itu turut memaklumkan, pihaknya akan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan berhubung keputusan tersebut.

Pada 21 Februari lalu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau memfailkan permohonan supaya mahkamah membatalkan saman Ketua Pembangkang itu.

Khairy dalam permohonannya, menyifatkan saman yang dikemukakan oleh Anwar pada 7 Mac 2008 atas dakwaan memfitnah beliau dalam satu ceramah politik di Lembah Pantai pada 20 Februari tahun yang sama, sebagai tindakan yang remeh, menyusahkan dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Ekoran ceramah tersebut, Anwar mendakwa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO telah mengucapkan dan menyebabkan penerbitan satu rakaman klip video dalam beberapa laman web termasuk portal propembangkang, Malaysiakini.com., yang menerbitkan sebuah artikel bertajuk Anwar and kin no threat yang didakwa mengandungi kata-kata fitnah.

Anwar selaku plaintif mendakwa kata-kata tersebut menyinggung dan merupakan fitnah dengan niat memperkecilkan dirinya sebagai bekas Menteri Kewangan serta bekas Timbalan Perdana Menteri.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved