Rabu, 21 Disember 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Najib lancar NJOI TV satelit percuma

Posted:

Najib lancar NJOI TV satelit percuma

Najib lancar NJOI TV satelit percuma

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Astro hari ini melancarkan televisyen satelit percuma pertama negara, NJOI dan serentak dengan itu, seramai 50,000 isi rumah berpendapatan rendah yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih akan menerima dekoder secara percuma.

Majlis pelancaran tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau menganggap langkah Astro itu bertepatan dengan konsep 1Malaysia yang mengutamakan produk serta perkhidmatan mendahulukan keperluan rakyat.

Sambil memuji langkah tersebut beliau berkata, akses secara percuma kepada 37 saluran televisyen serta radio yang ditawarkan Astro melalui NJOI akan merapatkan jurang digital di antara penduduk miskin dengan masyarakat bandar di negara ini.

"Dunia hari ini memihak kepada golongan yang mempunyai akses kepada maklumat. Mana-mana kumpulan masyarakat yang terpinggir daripada akses pengetahuan secara real time (terkini), mereka tiada kelebihan dan akan gagal untuk bersaing dengan dunia luar.

"Lebih penting NJOI ini ditawarkan secara percuma bagi fasa pertama dan terdapat saluran pendidikan untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan. Ini sudah tentu membantu kerana maklumat itu percuma berbanding terpaksa membayar kelas tuisyen.

"Ini sebahagian daripada produk dan perkhidmatan 1Malaysia kerana ia mengutamakan rakyat," katanya semasa berucap merasmikan NJOI di perkarangan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Cohchrane Perkasa, di sini hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

6 maut bas terbabas rempuh pokok

Posted:

6 maut bas terbabas rempuh pokok

6 maut bas terbabas rempuh pokok

Oleh HISYAMUDDIN AYUB dan SITTI NOR AZIZAH TALATA
utusansabah@utusan.com.my


PENUMPANG warga emas Brunei menunggu bantuan dalam kemalangan bas ekspres di Kilometer 8.9 Jalan Ranau-Tamparuli dekat Kampung Koporingan, Tuaran, semalam. - BERNAMA


KOTA KINABALU 20 Dis. - Enam pelancong warga Brunei maut manakala enam lagi parah selepas bas ekspres yang mereka naiki membawa 33 penumpang dari negara jiran itu hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok di tepi jalan di Kilometer 8.9 Jalan Tamparuli-Ranau, Tuaran, hari ini.

Mangsa yang maut ialah Abdul Manan Ishak, 50-an; Pengiran Zahama Zainal, 61; Dayang Norhayati Abdul Hadi, 61; Faridah, 60-an; Sapawi, 60-an dan seorang lagi mangsa wanita belum dikenal pasti.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata, kemalangan berlaku pukul 3.05 petang itu menyebabkan dua mangsa maut di tempat kejadian, manakala seorang dalam perjalanan ke Hospital Tuaran dan tiga lagi ketika menerima rawatan.

Katanya, bas itu dalam perjalanan pulang dari Tamparuli ke Ranau dipercayai hilang kawalan setibanya di lokasi kejadian menyebabkan ia terbalik sebelum melanggar sebatang pokok besar di tepi jalan tersebut.

Menurutnya, polis sedang menyiasat kemungkinan bas berkenaan mengelak atau bergesel dengan sebuah van setiba di tempat kejadian.

"Selain enam maut, enam lagi cedera parah, 12 orang separuh kritikal manakala sembilan lagi cedera ringan dan dalam pemerhatian pihak hospital. Pemandu bas dan kelindan bas terselamat," katanya pada sidang akhbar di sini malam ini.

Katanya, sebanyak lima ambulans dikejarkan untuk membawa mangsa yang cedera ke Hospital Tuaran dan Hospital Queen Elizabeth II untuk mendapatkan rawatan lanjut.

''Bas yang membawa semua pelancong dari Brunei itu dilaporkan dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu, sebelum pulang ke negara mereka Jumaat ini,'' katanya.

Beliau berkata, polis akan bekerjasama dengan Konsulat Besar Brunei di Sabah bagi mendapatkan dokumentasi mangsa-mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut, selain maklumat penuh daripada Jabatan Imigresen.

Full content generated by Get Full RSS.

Penumpang panik, keadaan dalam bas kelam kabut

Posted:

Penumpang panik, keadaan dalam bas kelam kabut

Penumpang panik, keadaan dalam bas kelam kabut

TUARAN 20 Dis. - Penumpang bas yang terselamat dalam kemalangan mengorbankan enam nyawa di Kilometer 8.9 Jalan Tamparuli-Ranau memberitahu mereka mula panik apabila menyedari bas berkenaan tiba-tiba hilang kawalan.

Seorang penumpang, Samsul Salleh, 28, berkata, suasana di dalam itu seterusnya menjadi tidak menentu dan kesemua penumpang menjerit akibat ketakutan.

"Ketika itu rombongan kami sedang asyik bercerita sebelum bas itu tiba-tiba seperti hilang kawalan. Suasana menjadi panik, tidak lama selepas itu, bas kemudian terbabas dan kami semua tercampak ke bahagian depan," katanya yang berasal dari Kampung Melaut Sempurong, Brunei ketika ditemui di Hospital Tuaran di sini hari ini.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku sekelip mata kerana sejurus selepas bas terbabit terbabas dan merempuh sebatang pokok keadaan menjadi sunyi dan dia hanya mampu melihat beberapa mangsa merangkak untuk mencari jalan keluar.

"Selepas kejadian itu, saya juga melihat adik saya, Ismawafi, 20, dalam keadaan tidak bermaya dan saya kemudian mengiringinya keluar daripada bas melalui tingkap yang dipecahkan oleh salah seorang penumpang.

"Saya sempat membantu seorang kanak-kanak keluar daripada bas. Saya melihat beberapa mangsa yang terselamat dalam keadaan tidak bermaya. Kami hanya mampu berdoa sambil menunggu bantuan tiba," jelas Samsul yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan tangan.

Samsul berkata, pasukan penyelamat tiba tidak lama selepas itu dan membawa kesemua mangsa termasuk yang masih berada di dalam bas ke Hospital Tuaran.

Seorang lagi mangsa, Muhammad Nazirul Mubin, 21, berkata, sejurus selepas bas terbabit terbabas dan merempuh pokok, kebanyakan penumpang saling bertindih antara satu sama lain kerana kesemuanya tercampak ke bahagian depan akibat impak pelanggaran yang kuat.

"Sebelum kejadian saya sedang tidur dan tiba-tiba rakan yang duduk di sebelah saya mengejutkan saya lalu bertanya sama ada saya terhidu bau getah hangus.

"Saya kemudian membuka tingkap dan melihat ada tiga buah kenderaan di hadapan bas yang kami naiki, selepas itu bas berkenaan cuba memotong ketiga-tiga kenderaan di hadapan.

"Saya hairan mengapa bas itu tergesa-gesa sampai mahu memotong tiga kenderaan, namun tiba-tiba keadaan menjadi panik apabila bas hilang kawalan dan terbabas," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved