Rabu, 21 Disember 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Operasi tangani masalah banjir

Posted:

Operasi tangani masalah banjir

Operasi tangani masalah banjir

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 21 Dis. – Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) mengambil beberapa tindakan segera bagi mengatasi masalah banjir kilat di bandar ini termasuk menggunakan jentera moden yang dibawa dari Kuala Lumpur untuk membersihkan longkang dan parit tersumbat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd. Zain Hassan, kejadian banjir kilat yang berlaku berpunca daripada longkang yang dipenuhi sampah-sarap selain pasir dan tanah mendap.

"Sikap segelintir penduduk yang gemar membuang sampah dan sisa makanan ke dalam longkang menyebabkan ia tersumbat.

"Sementara pasir dan tanah yang mendap itu dipercayai datang dari kawasan bukit berdekatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di program 'Gerak Tumpu' anjuran Alam Flora di Taman Kerang dekat Jalan Mahkota di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Chang Hong Seong.

Sementara itu, beliau berkata, dua unit mesin yang dibawa dari Kuala Lumpur itu dikenali 'Vac-All' dan bernilai RM1 juta sebuah untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Jelasnya, kerja pembersihan dilakukan menggunakan mesin Vac-All tersebut yang akan menyedut segala keladak dan kekotoran di dalam longkang.

"Kerja-kerja pembersihan ini telah dijalankan sejak 10 hari lalu melibatkan longkang di kawasan yang sering berlaku banjir kilat antaranya di Jalan Sekilau, Jalan Darat Makbar, Jalan Teluk Sisek dan Jalan Pasar Besar.

"Longkang di Jalan Mahkota ini merupakan lokasi terakhir dan kita jangka kerja-kerja pembersihan akan selesai hari ini juga," ujarnya.

Kata beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang masalah berkaitan longkang tersumbat atau sebarang aduan boleh menghubungi talian bebas tol, 1-800-88- 7472.

Full content generated by Get Full RSS.

Pekebun kecil perlu dampingi RISDA

Posted:

Pekebun kecil perlu dampingi RISDA

Pekebun kecil perlu dampingi RISDA


Shahiruddin Ab. Moin (kiri) menabur baja selepas merasmikan kempen membaja pokok getah anjuran RISDA di Kampung Lepar, Dong, kelmarin.


RAUB 21 Dis. - Pekebun kecil getah dinasihatkan melakukan proses membaja mengikut kaedah yang betul bagi memastikan pembesaran pokok getah tidak terbantut dan mampu menghasilkan susu berkualiti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, pekebun kecil perlu mendampingi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi mendapatkan perkembangan terkini teknologi berkaitan dengan pengeluaran dan penghasilan susu getah.

Katanya, RISDA mempunyai kepakaran bagi meningkatkan mutu serta hasil getah para pekebun kecil melalui teknik terbaru dan kaedah pembajaan yang betul.

"Klon-klon getah terbaru yang ditanam akan subur serta dapat mengeluarkan hasil yang banyak dan secara tidak langsung memberikan hasil berlipat ganda kepada pekebun kecil.

"Klon-klon terbaru tidak mendatangkan hasil yang baik jika kita masih menggunakan kaedah lama tetapi kalau ikut nasihat RISDA kita akan mendapat susu getah yang bermutu tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kempen Gerakan Membaja anjuran RISDA Daerah Raub di Kampung Lepar dekat Dong di sini semalam.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Raub memberitahu, RISDA menyediakan klon dan benih getah terbaru yang boleh menghasilkan pendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 bagi kawasan kebun seluas 2.5 hektar.

Full content generated by Get Full RSS.

PBT mesti berkeupayaan selesaikan masalah

Posted:

PBT mesti berkeupayaan selesaikan masalah

PBT mesti berkeupayaan selesaikan masalah

JERANTUT 21 Dis. - Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mempunyai keupayaan untuk mencari penyelesaian yang cepat dan berkesan kepada setiap masalah dan keperluan masyarakat.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, ini sejajar dengan kedudukan PBT sebagai agensi paling utama dalam menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat.

"PBT perlu memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai dapat ditingkatkan dan memuaskan hati semua pihak.

"Justeru itu, sistem penyampaian PBT berasaskan online akan dapat memastikan pembangunan dilakukan lebih berkesan dan teratur serta dapat memacu pertumbuhan ekonomi," katanya selepas melancarkan Talian Pusat Setempat Fasa Tiga dan Empat peringkat negeri di sini semalam.

Lapan PBT iaitu Jerantut, Lipis, Raub, Bera, Maran, Pekan, Rompin dan Cameron Highlands terbabit dengan program Talian Pusat Setempat berkenaan.

Hadir sama, Pengarah Perancang Bandar dan Desa Pahang, Datuk Zainon Ahmad; Pegawai Daerah Jerantut, Datuk Mohamad Roslan Harun dan Setiausaha Majlis Daerah, Wan Norizan Wan Badaruzzaman.

Menurutnya, budaya pengurusan cekap akan mengurangkan kerenah birokrasi dan sekali gus mengatasi masalah pelanggan yang berurusan dengan agensi berkenaan.

Beliau juga menarik perhatian apabila mendedahkan kelemahan yang masih wujud dalam PBT di negeri ini termasuk memproses kelulusan pelan membabitkan masa yang lama, banyak kerenah birokrasi, syarat terlampau ketat dan tidak telus.

"Aduan ini banyak diterima di kalangan syarikat perumahan yang merungut kelulusan pelan 'tersangkut' di pejabat PBT terlalu lama sehingga merugikan mereka," katanya.

Masalah itu, kata beliau, tidak wajar berlaku setelah penubuhan Talian Pusat Setempat yang dapat menambah baik saluran perkhidmatan awam selari dengan usaha kerajaan memastikan rakyat mendapat layanan yang selesa, mudah, cepat dan sejahtera.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved