Rabu, 21 Disember 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Lima penguat kuasa ditahan

Posted:

Lima penguat kuasa ditahan

Lima penguat kuasa ditahan

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


Tiga anggota penguat kuasa menutup muka semasa ditahan oleh anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan dibawa ke Pejabat SPRM Kedah untuk disoal siasat berhubung kes rasuah di Alor Setar, Kedah, semalam.


ALOR SETAR 20 Dis. – Seramai lima pegawai daripada pelbagai agensi penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah dalam kegiatan penjualan diesel dan petrol secara haram, di sekitar negeri ini hari ini.

Kesemua suspek ditahan berasingan termasuk di Bukit Kayu Hitam, dekat sini dan Anak Bukit di sini dalam operasi khas SPRM Putrajaya yang bermula sejak semalam, hasil intipan suruhanjaya itu sejak empat bulan lalu.

Difahamkan, mereka menerima suapan supaya tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan haram berkenaan.

Penolong Pesuruhjaya SPRM Putrajaya, Mustafa Kamal berkata, kesemua suspek yang berusia 32 hingga 54 tahun dibawa ke pejabat SPRM Kedah, di sini untuk proses siasatan sebelum menentukan tindakan lanjut ke atas mereka.

"Mereka ditahan mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 atas kesalahan menerima rasuah. Tindakan lanjut akan ditentukan bergantung kepada hasil proses siasatan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mustafa berkata, berikutan penahanan itu, pihaknya dengan kerjasama anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) turut membuat serbuan ke atas sebuah premis di Juru, Pulau Pinang kerana dipercayai beroperasi tanpa lesen yang sah dan tidak mempunyai buku stok.

Katanya, kegiatan premis itu dipercayai berlaku akibat kurang keberkesanan pemantauan daripada agensi penguat kuasa berkaitan.

"Premis berkenaan menyimpan sejumlah 21,000 liter petrol dan 80,000 liter diesel. Siasatan dibuat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Ditipu sindiket dalam talian

Posted:

Ditipu sindiket dalam talian

Ditipu sindiket dalam talian

Oleh AZMAN MD. NOOR
utusankedah@utusan.com.my


ZAKIAH Elias menunjukkan salinan transaksi akaunnya yang hanya berbaki RM10 di Baling, Kedah, semalam.


BALING 20 Dis. – Seorang suri rumah, Zakiah Elias kerugian lebih RM10,000 apabila wang tersebut yang dipindahkan ke dalam sebuah akaun bank hanya berbaki RM10.

Kejadian itu disedarinya pukul 8 malam tadi semasa mahu mengeluarkan wang berkenaan untuk menjalani rawatan susulan kanser payu daranya di Hospital Pulau Pinang dan Sungai Petani.

Zakiah, 31, yang tinggal di Kampung Charuk Bemban berkata, wang tersebut dikeluarkan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan dipindahkan ke dalam akaun sebuah bank beberapa hari lalu.

"Bila saya ke bank tersebut, saya terkejut apabila dimaklumkan bahawa wang saya hanya tinggal RM10 kerana terdapat beberapa pengeluaran sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, dia amat terkejut kerana sebelum ini tidak pernah membuat sebarang pengeluaran wang daripada akaun tersebut.

Menurutnya, sebelum kejadian itu terdapat seorang lelaki menghubunginya dan mengarahkannya mendaftarkan akaun bank secara dalam talian.

Katanya, lelaki yang mengakui kakitangan bank berkenaan menjanjikan hadiah wang bernilai RM30,000 jika pendaftaran itu dilakukan.

"Saya pun mengikut arahan dan rasa tertipu kerana lelaki itu turut mengarahkan saya memberikan tiga nombor kad telefon prabayar yang bernilai RM30 setiap satu," ujarnya.

Menurut Zakiah lagi, dia tidak menyangka lelaki itu akan menipunya kerana nombor pin kad bank tidak diberikan kepada lelaki tersebut.

Suaminya, Shukor Omar, 33, berkata, keadaan itu merumitkan kehidupannya yang hanya bergantung kepada wang tersebut untuk merawat kanser isterinya.

"Sekarang, apa pun tak ada. Isteri telah melakukan pembedahan pada bulan lepas. Namun begitu, rawatan susulan perlu dilakukan selama tujuh tahun sehinggalah kanser isteri baik sepenuhnya.

"Itulah wang kecemasan saya dan isteri, tambahan pula, saya mempunyai dua anak yang masih kecil. Sekarang satu sen pun tidak ada," tambahnya.

Sementara itu, seorang jurucakap bank tersebut berkata, kejadian dilakukan oleh sindiket penipuan yang menggunakan modus operandi dengan menghubungi pemegang kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

"Setiap bank mempunyai perbankan dalam talian. Untuk mendaftar kemudahan ini, terdapat dua nombor pin yang perlu dimasukkan. Yang pertama nombor pin peribadi pemegang kad. Satu satu lagi nombor yang akan diberikan oleh pihak bank.

"Sindiket ini tidak mengarahkan memberikan nombor pin mereka, tetapi mengarahkan memasukkan nombor pin yang sepatutnya diberikan oleh pihak bank. Keadaan ini membuatkan pemilik akaun sering tertipu.

"Pengguna seharusnya bijak menilai dan tidak tertipu dengan sindiket ini," katanya.

Pasangan berkenaan telah membuat laporan di Balai polis Baling semalam.

Ketua Polis Baling, Supritendan Mat Daud Mat Hasan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved