Rabu, 21 Disember 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


RoL kekalkan bangunan warisan

Posted:

RoL kekalkan bangunan warisan

RoL kekalkan bangunan warisan

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (dua kiri) menyatakan sesuatu kepada Jurutera Bahagian Implimentasi, Ahmad Rozian Othman (kiri) semasa melawat salah satu tapak projek Sungai Nadi Kehidupan iaitu di pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang berhampiran Masjid Jamek Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR 21 Dis. – Bangunan-bangunan lama di kawasan projek Sungai Nadi Kehidupan (RoL), Greater Kuala Lumpur-Lembah Klang tidak akan terjejas, malah ia akan menjadi pelengkap dan sebahagian daripada reka bentuk projek berkenaan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, bangunan-bangunan berkenaan mempunyai nilai warisan akan dikekalkan dan dijadikan sebahagian daripada daya tarikan pelancong.

Menurutnya, apabila kawasan sungai seperti di Masjid Jamek sudah diindahkan, kerajaan akan menggalakkan pemilik bangunan yang terlibat untuk bersama-sama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengindahkan bangunan lama tersebut.

"Mungkin kita akan memberi syarat tertentu dan mereka tidak akan rugi kerana apabila bangunan itu sudah menghadap sungai yang cantik dan bersih, bangunan yang kini bernilai rendah mungkin akan meningkat nilainya sehingga dua kali ganda.

"Sungai ini akan ditukarkan supaya menjadi tempat untuk berehat dan beriadah sambil menikmati pemandangan yang indah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan tapak projek RoL di Kolam Tadahan Batu; Medan Selera Bunga Tanjung, Ampang; Loji Rawatan Kumbahan Bunus, Taman Tasik Titiwangsa dan Masjid Jamek, semalam.

Turut hadir, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Unggah Embas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail

Sementara itu, Raja Nong Chik berkata, projek di bawah program Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang dijangka siap dalam masa 10 tahun itu melibatkan pembersihan Sungai Klang sepanjang 110 kilometer.

Menurutnya, kerja-kerja mengindahkan sungai kini berada pada peringkat permulaan, namun dari segi perkembangan keseluruhan projek, ia mengikut jadual.

"Kita akan nampak perubahan khususnya di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang sekurang-kurangnya dalam masa lima tahun di kawasan sepanjang 10.7 kilometer.

"Projek ini akan memberi manfaat kepada rakyat kerana dapat menyediakan persekitaran yang bersih dan lebih selesa untuk mereka beriadah," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Empat kawasan untuk perumahan awam

Posted:

Empat kawasan untuk perumahan awam

Empat kawasan untuk perumahan awam

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Sebanyak empat kawasan di ibu kota sudah dikenal pasti bagi melaksanakan pembangunan perumahan penempatan setinggan dan penyediaan rumah mampu milik pada tahun hadapan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, peruntukan berjumlah RM35 juta juga sudah disediakan pada tahun depan untuk pembangunan empat perumahan awam itu.

Menurutnya, tapak yang dikenal pasti adalah Perumahan Awam Kampung Wira Jaya, Setapak, Perumahan Awam India Settlement di Kampung Pandan, Perumahan Awam Sungai Udang, Segambut dan Perumahan Awam Kos Rendah Setia Jaya, Setapak.

"DBKL merancang untuk membangunkan kawasan perumahan untuk tujuan penempatan setinggan dan menyediakan rumah mampu milik yang dianggarkan berjumlah 1,620 unit kepada mereka yang layak.

"Walaupun tapaknya sudah dikenal pasti tetapi ia masih memerlukan kajian bagi menentukan kesesuaian tapak dan juga bagi memastikan kos pembangunan adalah pada tahap yang munasabah dan berpatutan," katanya semasa pembentangan Belanjawan DBKL 2012 di sini kelmarin.

Dalam pada itu, Ahmad Fuad berkata, peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta juga disediakan bagi membeli 350 unit rumah kos rendah yang dibangunkan oleh YTL Corporation untuk disewakan kepada golongan eksekutif muda.

"DBKL telah meluluskan projek pembangunan rumah kos rendah sebanyak 150 unit untuk kira-kira 90 setinggan yang akan dilaksanakan oleh YTL Corporation dan 200 unit lagi akan dibeli dengan kos RM45,000 seunit," katanya.

Peruntukan perumahan itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan belanjawan DBKL bagi tahun hadapan yang berjumlah RM2.303 bilion dengan RM925.27 juta daripadanya diperuntukkan untuk tujuan pembangunan.

Full content generated by Get Full RSS.

Alam Flora edar tong sampah percuma

Posted:

Alam Flora edar tong sampah percuma

Alam Flora edar tong sampah percuma


Mohd. Zain Hassan (kiri) menerangkan cara penggunaan tong sampah baru kepada Nora Bahrain semasa mengedarkan tong sampah berkenaan di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 21 Dis. - Pemberian tong sampah seragam secara percuma kepada warga kota oleh Alam Flora bukan sahaja akan memudahkan proses kutipan sampah tetapi juga menjamin persekitaran yang lebih bersih.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd. Zain Hassan berkata, tong sampah mudah alih bersaiz 120 liter itu mudah dikendalikan oleh petugas Alam Flora kerana mempunyai sistem roda di bawahnya.

Menurutnya, sampah di dalamnya juga tidak perlu lagi dikeluarkan secara manual oleh petugas, sebaliknya akan dituang ke dalam lori sampah oleh sistem pada lori sampah itu sendiri.

"Tong sampah ini juga mudah alih, mempunyai penutup dan mampu menghalang cairan daripada keluar, sekali gus boleh mengurangkan bau busuk," katanya ketika majlis pengagihan sebahagian daripada 17,000 unit tong sampah itu di beberapa kawasan sekitar ibu negara baru-baru ini.

Mohd. Zain berkata, tong yang memenuhi piawaian Eropah itu boleh digunakan sehingga tujuh tahun dan mampu menampung sehingga 50 kilogram sampah.

"Penduduk hanya perlu mengeluarkan tong sampah ini di halaman rumah pada hari kutipan iaitu tiga kali seminggu dan disimpan semula bagi mengelak daripada dicuri," katanya.

Beliau berkata, bermula bulan ini sehingga April tahun depan, Alam Flora memperuntukkan sebanyak 361,661 tong sampah kepada penduduk yang tinggal di Kuala Lumpur, Putrajaya, Kuantan dan Pekan.

"Pengagihan tong sampah 120 liter itu melibatkan kawasan kediaman, kawasan kedai dan komersial (240 liter), bangunan serta medan selera (660 liter dan 1,100 liter)," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved