Rabu, 21 Disember 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Terap budaya periksa kesihatan

Posted:

Terap budaya periksa kesihatan

Terap budaya periksa kesihatan

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my


SHAHANIM Mohd. Yusof (berdiri, tengah) menyampaikan cenderamata kepada penduduk yang menjalani pemeriksaan kesihatan percuma anjuran Puteri UMNO di Kampung Komoi, Mukim Simpor dekat Sungai Petani, Kedah, semalam.


SUNGAI PETANI 20 Dis. - Rakyat negara ini terutamanya masyarakat luar bandar diminta menerapkan budaya melakukan saringan dan pemeriksaan kesihatan sebagai satu rutin bagi mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) yang makin meningkat.

Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Shahanim Mohd. Yusof berkata, budaya tersebut juga perlu disemarakkan bagi memastikan tahap kesihatan sentiasa berada dalam keadaan baik.

"Saringan kesihatan perlu dilakukan sebagai langkah pencegahan awal NCD seperti serangan jantung, darah tinggi dan kencing manis.

"Melalui pemeriksaan secara berkala, kita boleh tahu, malah mencegah sesuatu penyakit yang boleh mendatangkan bahaya yang ada kalanya datang dalam senyap," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai program klinik bergerak anjuran Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani di Kampung Komoi, Mukim Simpor dekat sini, hari ini.

Aktiviti tersebut yang merupakan sebahagian daripada Projek Puteri Prihatin (3P) mendapat sambutan hebat apabila lebih 150 penduduk menjalani pemeriksaan kesihatan percuma.

Shahanim yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani berkata, penduduk luar bandar juga tidak boleh mengabaikan kepentingan menjalani pemeriksaan kesihatan memandangkan banyak kes dicatatkan melibatkan golongan itu sejak kebelakangan ini.

"Dahulu kita dengar ramai penduduk bandar mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Namun, sekarang masyarakat luar bandar tidak terkecuali. Keadaan ini berlaku disebabkan gaya hidup tidak sihat dan pemakanan," katanya.

Justeru, katanya, salah satu langkah berkesan adalah menjalani pemeriksaan sekerap mungkin sama ada di klinik ataupun semasa program kesihatan yang dianjurkan pelbagai pihak.

Full content generated by Get Full RSS.

25 anak warga UUM berkhatan

Posted:

25 anak warga UUM berkhatan

25 anak warga UUM berkhatan


ISMAIL Ishak (kanan) bermesra bersama sebahagian daripada 25 kanak-kanak yang menyertai program berkhatan beramai-ramai di Pusat Islam UUM, Sintok, Kedah, baru-baru ini.


KUBANG PASU 20 Dis. - Seramai 25 kanak-kanak yang merupakan anak kepada kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM) menyertai program berkhatan beramai-ramai di Pusat Islam UUM di Sintok, di sini baru-baru ini.

Pengarah Pusat Islam UUM, Prof. Madya Dr. Ismail Ishak berkata, kanak-kanak yang berumur antara lapan hingga sepuluh tahun itu pada mulanya diarak menaiki kuda dan berjalan beramai-ramai di pekarangan Pusat Islam.

"Mereka kemudian dimandikan dengan pancutan air daripada Pasukan Bomba Sukarela UUM dan seterusnya dikhatankan oleh pegawai dari Pusat Kesihatan UUM," katanya dalam kenyataan akhbar di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, program berkenaan amat meriah dan dijangka menjadi acara tahunan setiap kali cuti persekolahan kelak.

"Program perintis ini dilihat mendapat sambutan menggalakkan bukan sahaja di kalangan anak-anak kakitangan kampus ini malah masyarakat setempat juga berminat untuk menyertainya," ujarnya.

Pengarah Program Jawatankuasa pelaksana program, Mohd. Firdaus Othmarani yang mewakili pelajar UUM berkata, program seperti ini dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat di antara pusat berkenaan dengan kakitangan kampus.

Ini kerana, tambahnya, mereka bukan sahaja dapat berjumpa malah dapat bekerjasama seperti bergotong-royong memasak makanan untuk disajikan kepada tetamu yang hadir.

"Kami berpeluang untuk mempelajari cara memasak nasi kukus dan memasak daging untuk jamuan tengahari," katanya.

Sementara itu, Luqman Azhar, 9, yang ditemani bapanya gembira kerana dapat berkhatan beramai-ramai dengan rakan-rakan lain dalam program berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiga pelajar Universiti Utara Malaysia muncul juara PROMED@CS'11

Posted:

Tiga pelajar Universiti Utara Malaysia muncul juara PROMED@CS'11

Tiga pelajar Universiti Utara Malaysia muncul juara PROMED@CS'11


NURUL Fadzillah Shawaluddin (kiri) bersama Nor Aini Abdul Wahab (tengah) dan Nurul Roazlin Azman menunjukkan hadiah-hadiah yang dimenangi di UiTM Perlis, baru-baru ini.


KUBANG PASU 20 Dis. - Tiga pelajar Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi Universiti Utara Malaysia (UUM) muncul juara Pertandingan Pengaturcaraan dan Reka Cipta Multimedia 2011 (PROMED@CS'11) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis, baru-baru ini.

Dekan pusat berkenaan, Prof. Dr. Norshuhada Shiratuddin berkata, kejayaan itu amat membanggakan kerana PROMED@CS'11 merupakan medan bagi menguji, mengukur dan meningkatkan kebolehan pelajar dalam bidang pengaturcaraan komputer dan rekacipta multimedia.

"UUM menghantar tiga pasukan bagi kategori Pengaturcaraan dan dua pasukan bagi kategori Multimedia. Syukur Alhamdulillah, bagi kategori Multimedia, kumpulan jahART berjaya menambat hati juri, seterusnya merebut gelaran juara," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini baru-baru ini.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pauh, Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail.

Dr. Norshuhada berkata, tiga pelajar itu ialah pelajar semester kelima Ijazah Sarjana Muda Multimedia iaitu Nurul Roazlin Azman, 24, Nor Aini Abdul Wahab, 25, dan Nurul Fadzillah Shawaluddin, 24, yang masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM700 beserta sijil.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved