Rabu, 7 Disember 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Jelajah Malaysia bermotosikal

Posted:

Jelajah Malaysia bermotosikal

Jelajah Malaysia bermotosikal

Oleh LEE HOOI BOON
utusanpenang@utusan.com.my


PESERTA konvoi Cuti Cuti 1Malaysia 2 Wheel Big Bike Rally 2011 ternyata gembira sebelum memulakan perjalanan dari Hard Rock Hotel di Batu Feringgi, Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 6 Dis. - Kementerian Pelancongan akan memperkenalkan produk pelancongan baharu iaitu pakej menjelajah Malaysia dengan motosikal berkuasa tinggi pada suku pertama tahun depan.

Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Pulau Pinang, Logi Dhasan berkata, ia diperkenalkan kerana kementerian mendapati banyak pelancong tempatan dan asing berminat menunggang motosikal bagi menjelajahi pelbagai destinasi pelancongan di negara ini.

Oleh itu, katanya, kementerian mengadakan perbincangan dengan agensi-agensi pelancongan di seluruh negara untuk mewujudkan konsep 'terbang dan tunggang' (fly and ride) kepada pelancong asing untuk mengadakan ekspedisi bermotosikal di Malaysia.

"Saya yakin pakej tersebut bukan sahaja dapat menarik perhatian pelancong asing, malah disambut baik oleh pelancong tempatan," katanya sebelum melepaskan peserta konvoi bermotosikal besar Cuti-Cuti 1Malaysia On 2 Wheels - Big Bike Rally 2011 hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar Royal Enfield, Mohd. Na'im Hasan dan Ketua Program dan Penjenamaan Big Bike Rental & Tours, Stephen Ronee Lau.

Mengenai konvoi motosikal besar, Stephen berkata, 48 orang yang berusia antara 25 hingga 59 tahun telah menyertainya.

Jelasnya, program tersebut berlangsung Ahad lalu sehingga Sabtu ini selama tujuh hari dan ia akan menjelajah lebih 1,500 kilometer.

"Kita akan menjelajahi tujuh tempat bermula di Putrajaya, Sabtu lalu dan seterusnya ke Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

"Pulau Pinang merupakan destinasi kedua dan kita akan menghala ke Muzium Padi di Kedah hari ini," katanya.

Tambahnya, program berkenaan merupakan satu usaha permulaan untuk memperkenalkan pakej menjelajah Malaysia dengan motosikal berkuasa tinggi di negara ini.

"Jika produk baharu ini dapat diluluskan oleh kementerian, kami akan mengeluarkan beberapa pakej untuk menepati permintaan pelancong," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Balai Polis Simpang Empat bernilai RM10.8j

Posted:

Balai Polis Simpang Empat bernilai RM10.8j

Balai Polis Simpang Empat bernilai RM10.8j


ABD. Razak Mohamad menyerahkan replika kunci balai polis kepada Gok Kok Liang (tengah) di Balai Polis Hutan Melintang, kelmarin.


HUTAN MELINTANG 6 Dis. - Balai polis lama Simpang Empat di sini, yang berusia 35 tahun digantikan dengan sebuah balai baharu berharga RM10.8 juta yang siap dibina, Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, balai itu dibina di kawasan 0.8 hektar pada 22 Disember 2009 mempunyai kemudahan tujuh unit kaunter, surau, lokap dan perumahan untuk anggota.

"Saya percaya dengan adanya balai baharu dan anggota di sini, ia akan membantu mengurangkan jenayah dengan kerjasama penduduk setempat," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas majlis serah kunci Balai Polis Hutan Melintang yang baharu daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) yang diwakili oleh Jurutera Daerah Hilir Perak, Abd. Razak Mohamad.

Kok Liang berkata, balai baharu itu memberi keselesaan kepada 25 anggota untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh 80,000 penduduk di sini.

Full content generated by Get Full RSS.

Penuntut UUM juara PROMED@CS'11

Posted:

Penuntut UUM juara PROMED@CS'11

Penuntut UUM juara PROMED@CS'11


NURUL Fadzillah Shawaluddin (kiri), Nor Aini Abdul Wahab dan Nurul Roazlin Azman (kanan) menggondol juara PROMED@CS'11 di Kampus UiTM Perlis, baru-baru ini.


KUBANG PASU 6 Dis. - Tiga penuntut Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya menggondol juara Pertandingan Pengaturcaraan dan Reka Cipta Multimedia 2011 (PROMED@CS'11) baru-baru ini.

Pertandingan anjuran bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis dan Kementerian Pelancongan itu berlangsung pada 2 hingga 4 Disember lalu di kampus UiTM Perlis.

Penuntut yang menjuarai pertandingan tersebut, Nurul Roazlin Azman, 24, bersama dua rakan sepasukan, Nor Aini Abdul Wahab, 25, dan Nurul Fadzillah Shawaluddin, 24, membawa pulang wang tunai kemenangan RM700 beserta sijil.

Nurul berkata, kejayaan pasukan mereka menjadi satu suntikan semangat untuk terus berkarya pada masa akan datang menerusi projek reka cipta multimedia.

"Kami memilih tema Kisah Hikayat Kayangan Perlis dengan versi bahasa Melayu bagi memenuhi tema projek Multimedia itu sendiri iaitu Perlis Tourism.

"Pasukan kami amat bertuah kerana Nor Aini merupakan seorang rakan yang cukup berbakat dalam bidang fotografi yang membolehkan gambar-gambar yang digunakan dalam persembahan multimedia menjadi lebih menarik." katanya.

Dalam pada itu, Dekan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Prof Dr. Norshuhada Shiratuddin berkata, PROMED@CS'11 merupakan medan bagi menguji, mengukur dan meningkatkan kebolehan pelajar dalam bidang pengaturcaraan komputer dan reka cipta multimedia.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved