Rabu, 7 Disember 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


PTPL anjur khidmat masyarakat

Posted:

PTPL anjur khidmat masyarakat

PTPL anjur khidmat masyarakat

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my


Sebahagian pelajar Diploma Teknologi Makmal Perubatan PTPL Kota Bharu yang terlibat pada program pemeriksaan kesihatan 'Orange Day' di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas, baru-baru ini.


KOTA BHARU 6 Dis. – Penuntut Diploma Teknologi Makmal Perubatan Sekolah Sains Kesihatan Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Kota Bharu terus komited dengan kerja khidmat masyarakat apabila menganjurkan pemeriksaan kesihatan di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas baru-baru ini.

Pengarah program, Intan Syahirah Amran, 20, berkata, program yang dinamakan 'Orange Day' itu bertujuan memberi kemudahan kepada penduduk luar bandar menjalani pemeriksaan kesihatan asas yang biasanya kurang menjadi keutamaan mereka.

Intan Syahirah berkata, lebih 100 penduduk mengunjungi pusat pemeriksaan yang dikendalikan penuntut di Pasar Lama Bunut Susu, Pasir Mas.

Katanya, antara yang dijalankan adalah pemeriksaan glukosa dan tekanan darah.

"Sudah menjadi keutamaan bagi penuntut Sekolah Sains Kesihatan PTPL Kota Bharu untuk memberi khidmat kepada penduduk di pinggir dan luar bandar.

"Sebagaimana kita ketahui, mereka biasanya kurang mengambil berat tentang kesihatan disebabkan masalah logistik berbanding penduduk di bandar yang berdekatan klinik dan hospital," katanya.

Intan Syahirah berkata, seramai 25 penuntut Diploma Teknologi Makmal Perubatan terlibat dalam program yang turut menyediakan sesi pertandingan mewarna untuk kanak-kanak yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Full content generated by Get Full RSS.

50 pelajar UniRazak sertai team building

Posted:

50 pelajar UniRazak sertai team building

50 pelajar UniRazak sertai team building


Sebahagian pelajar yang mengikuti program Team-Building Universiti Tun Abdul Razak di Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 6 Dis. – Seramai 50 pelajar baru dari Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial (FESS) Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) Kota Bharu menyertai program Team Building yang diadakan di Dewan Utama cawangan universiti itu di sini Sabtu lalu.

Timbalan Pengarah program, Nur Syahidah Deraman, 23, berkata, aktiviti itu merupakan inisiatif pelajar tahun akhir jurusan pendidikan pengkhususan kaunseling bagi melatih pelajar junior dengan sifat kepimpinan dan berpasukan.

Program sehari itu dirasmikan oleh Pengurus UniRazak Kota Bharu, Ramlan Awang.

Nur Syahidah berkata, terdapat beberapa modul disediakan dalam program itu termasuk sesi ice-breaking dan life's line.

"Pelajar baru yang masuk sejak awal tahun sebenarnya belum berpeluang mengikuti program orientasi, jadi kami mengambil langkah untuk mengisi lompang itu.

"Program sebegini penting agar pelajar mempunyai sifat kerjasama dan bukannya berpuak-puak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Full content generated by Get Full RSS.

FUHA juara debat kategori bahasa Melayu

Posted:

FUHA juara debat kategori bahasa Melayu

FUHA juara debat kategori bahasa Melayu


Nurul Azsikin Johari (kiri), Muhammad Adib Aiman Badrul Shahar (tengah) dan Siti Nor Hidayah Awawi muncul johan kategori bahasa Melayu pada Pertandingan Debat Piala Naib Canselor UniSZA di Kuala Terengganu, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 6 Dis. – Fakulti Undang-Indang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) menjuarai Pertandingan Debat Kategori Bahasa Melayu Piala Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang diadakan baru-baru ini.

FUHA yang diwakili oleh Nurul Azsikin Johari, Muhammad Adib Aiman Badrul Shahar dan Siti Nor Hidayah Awawi menewaskan Fakulti Kontemporari Islam (FKI) yang dibarisi oleh Wan Zauinuddin Ali Aspar, Siti Rozita Mohamad Zain dan Nurul Afifah Adila Mohd. Salleh.

Pasukan FUHA menerima piala pusingan, wang tunai RM300, sijil penyertaan dan cenderamata manakala pendebatnya Muhammad Adib Aiman turut dipilih sebagai pendebat terbaik.

Selain kategori debat dalam Bahasa Melayu, buat pertama kalinya turut diadakan kategori Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Kategori Bahasa Inggeris dimenangi oleh kumpulan Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK-1) yang diwakili oleh Fatin Amirah Che Hashim (pendebat terbaik), M Hafiz Iksan dan Mohammad Khairulanwar Rahmat.

Naib johan dimenangi oleh kumpulan FUHA yang diwakili oleh Yeo Phei Shin, Aliff Mazli dan Ching Pik Shan.

Bagi kategori Bahasa Arab pula, ia dimenangi oleh pasukan FKI (Syariah-A) yang diwakili Saharah Mohamad Mahadi, Roslinda Mohd Syarif dan Lateefah Kasamasu yang turut dinobatkan sebagai pendebat terbaik.

Naib johan disandang oleh FKI ( Dakwah-A) yang diwakili oleh Muhammad Nut Izzat, Muhammad Syafiq Fikri dan Andi Muhammad Zulhilmi.

Sebanyak30 pasukan yang mewakili pelbagai fakulti menyertai pertandingan kali keempat anjuran Majlis Perwakilan Pelajar dan Persatuan Debat UniSZA.

Semua hadiah disampaikan oleh Naib Canselor UniSZA,Datuk Prof. Dr. Alias Daud.

Terdahulu ketika berucap pada perasmian penutupan program itu, Alias berbangga dengan keberanian penganjur mempelbagaikan kategori debat yang diharapkan mampu mempertingkatkan lagi kemampuan pelajar dalam menguasai tiga bahasa.

Katanya, walaupun UniSZA sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang baru, namun ianya tidak ketandusan bakat dan mampu sebaris dengan pendebat IPTA lain.

''Saya berharap pertandingan ini akan menjadi satu platform terbaik dalam melahirkan mahasiswa yang lebih berani berkomunikasi dan memperlihatkan kematangan mengeluarkan pendapat sejajar dengan tuntutan pasaran kerja pada masa ini,'' ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved