Rabu, 7 Disember 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


IPTS perlu bertanggungjawab

Posted:

IPTS perlu bertanggungjawab

IPTS perlu bertanggungjawab

Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


MOHAMED Khaled Nordin bersama wakil-wakil industri di Kementerian Pengajian Tinggi selepas merasmikan Program Latihan Graduan Industri Tinggi di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 6 Dis. - Kementerian Pengajian Tinggi memberi amaran kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) supaya bertanggungjawab terhadap setiap pelajar asing yang menuntut di institusi masing-masing.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketika ini banyak masalah ditimbulkan pelajar terbabit dan IPTS perlu memainkan peranan dalam membendung gejala yang tidak sihat di kalangan mereka.

Menurutnya, setiap masalah yang timbul boleh dielakkan jika IPTS terbabit memberi taklimat khas kepada pelajar asing bagi memastikan mereka tidak melanggar undang-undang negara.

Pada masa sama, tegasnya, IPTS mesti memastikan segala dokumen membabitkan pelajar terbabit sah di sisi undang-undang sebelum menerima mereka belajar di institusi masing-masing.

"Sebagai institusi yang dibenarkan untuk mengambil pelajar warga asing, IPTS perlu bertanggungjawab untuk melihat segala dokumen mereka termasuk visa dan dokumen-dokumen lain.

"Dari segi visa, IPTS perlu tahu bila tarikhnya akan tamat dan menasihatkan pelajar berkenaan memperbaharui visa bagi mengelakkan timbul masalah berbangkit," katanya selepas merasmikan Program Latihan Graduan Industri Tinggi (HEIGIP) di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Jabatan Imigresen menahan beberapa pelajar asing baru-baru ini kerana melanggar undang-undang negara termasuk visa yang tamat tempoh dan tidak memiliki dokumen perjalanan sah masuk ke negara ini.

Pada 22 November lalu pula, polis yang menahan 75 warga Afrika kerana disyaki terlibat dengan penipuan dalam talian mengesahkan kesemua mereka adalah pelajar kolej swasta.

Menurut Mohamed Khaled, IPTS yang gagal mengawal pelajar asing di institusi masing-masing boleh ditarik balik kebenaran untuk mengambil pelajar antarabangsa.

"Bagaimanapun kita tidak mengambil tindakan drastik tersebut demi untuk melihat mereka lebih bertanggungjawab dalam membendung masalah yang ditimbulkan pelajar asing," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Teknologi intensif jana ekonomi

Posted:

Teknologi intensif jana ekonomi

Teknologi intensif jana ekonomi


NAJIB Tun Razak mendengar taklimat daripada Naib Presiden Eksekutif Antarabangsa Dassault Aviation, Eric Trappier (dua, kanan) ketika melawat LIMA 2011 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi, Kedah, semalam. Turut kelihatan Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kiri). - BERNAMA


LANGKAWI 6 Dis. - Sektor teknologi intensif seperti pembinaan kapal serta pembaikan dan baik pulih (MRO) aeroangkasa terus menjadi penyumbang penting kepada ekonomi negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, tahun lalu sahaja industri pembinaan dan pembaikan kapal menjana lebih RM8.05 bilion manakala MRO dan pembuatan aeroangkasa menyumbang kira-kira RM6 bilion.

"Sektor ini turut menyediakan pekerjaan kepada lebih 44,000 orang kebanyakannya golongan profesional dan berkemahiran tinggi," katanya ketika berucap merasmikan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011 di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pameran LIMA 2011 yang berlangsung dari 6 hingga 10 Disember ini adalah yang terbesar sejak pameran dwi tahunan itu diperkenalkan pada 1991.

Sebanyak 403 syarikat dari 35 negara menyertai pameran kali ini yang menyaksikan peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding edisi lalu.

Kehadiran pesawat dari negara lain meningkat lebih dua kali ganda berbanding penganjuran dua tahun lalu iaitu daripada 11 kepada 26 buah manakala lawatan kapal perang tentera laut luar negara bertambah daripada 10 kepada 12 buah.

Najib berkata, Malaysia menjadi pilihan beberapa syarikat peneraju dalam industri penerbangan dan perkapalan untuk menempatkan pejabat operasi masing-masing.

Beliau memberitahu, antaranya syarikat penerbangan tambang murah terbaik di rantau ini dan pengendali ulung terbesar pesawat Airbus A320 di dunia iaitu AirAsia serta konglomerat perkapalan ketiga terbesar dunia, Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC).

"Kita memerlukan syarikat-syarikat seperti ini untuk membantu industri tempatan mengembangkan perkongsian pasaran dalam MRO dan pembuatan serta pembaikan kapal.

"Dalam sektor perkapalan, sebagai contoh syarikat seperti Petronas boleh memainkan peranan penting untuk memacu perkembangan ini dengan menggalakkan penyedia perkhidmatan seperti MISC untuk menggunakan kapal buatan tempatan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

PM rasmi LIMA 2011

Posted:

PM rasmi LIMA 2011

PM rasmi LIMA 2011


NAJIB Tun Razak beramah mesra dengan rakan sejawatannya dari Qatar, Sheikh Hamad Jassim Jabr Al Thani yang hadir sempena LIMA 2011 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi, Kedah, semalam. - BERNAMA


LANGKAWI 6 Dis. - Pertunjukan aerobatik menarik dan mendebarkan oleh pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan tentera udara luar negara menyerikan hari pertama Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011 yang disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Ia dimulakan dengan lintas hormat dua pesawat tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), F-5E yang terbang rendah di landasan kapal terbang di hadapan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) disertai gimik pengeboman di kawasan tersebut.

Turut menunjukkan kehebatan adalah tiga pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) negara asing iaitu Boeing F/18E dari Amerika, Eurofighter Typhoon keluaran BAE Systems dan Rafale Dassault

Najib sebelum itu merasmikan LIMA 2011 dalam satu acara ringkas tetapi diserikan dengan pelbagai persembahan antaranya oleh pasukan dram TUDM.

Perdana Menteri turut meluangkan masa melawat ke gerai-gerai syarikat pertahanan dari dalam dan luar negara yang mengambil bahagian pada LIMA edisi ke-11 tersebut.

Hadir sama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved