Rabu, 7 Disember 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Mara-NADI meterai perjanjian

Posted:

Mara-NADI meterai perjanjian

Mara-NADI meterai perjanjian

LANGKAWI 6 Dis . – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama strategik di antara Majlis Amanah Rakyat (Mara) dengan National Aerospace and Defence Industries (NADI) sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2001 yang bermula di sini hari ini.

Menerusi kerjasama tersebut, Mara dan NADI akan bekerjasama untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir bumiputera dalam bidang penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) serta pembuatan dalam industri aeroangkasa dan pertahanan.

Mara diwakili Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Ahmad manakala NADI oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Ahmad Johan.

Ibrahim berkata, usaha sama berkenaan bertujuan melahirkan modal insan yang mampu menjana kekayaan selain meningkatkan bilangan tenaga kerja mahir yang kompeten selari dengan falsafah Program Transformasi Kerajaan.

"Modal insan profesional yang dilahirkan ini adalah berasaskan keperluan industri yang mampu mewujudkan landasan kerjaya yang berpotensi dan berpendapatan tinggi," katanya dalam satu kenyataan.

Perjanjian itu juga membolehkan kedua-dua pihak meneroka peluang perniagaan dalam MRO dan pembuatan seterusnya membangunkan model perniagaan yang berdaya maju dan menguntungkan.

Ia turut menjayakan matlamat untuk memudahkan penyertaan bumiputera yang lebih kukuh dalam industri tersebut yang menyaksikan pasaran MRO dianggarkan bernilai RM208 bilion menjelang 2020.

Terdahulu, Perdana Menteri dan Ahmad turut menyaksikan perjanjian perkhidmatan rundingan teknikal (TCSA) antara Airod Sdn. Bhd. (Airod) dengan Malaysian Aerospace Engineering Sdn. Bhd. (MAE).

Menerusi perjanjian berkenaan, MAE akan menyediakan perkhidmatan perundingan kepada Airod bagi pembangunan kelompok MRO aeroangkasa di lapangan terbang baru Kunming, China.

Full content generated by Get Full RSS.

TPM lancar buku pelan maritim

Posted:

TPM lancar buku pelan maritim

TPM lancar buku pelan maritim


MUHYIDDIN Yassin diiringi Mohd. Amdan Kurdish (tengah) dan Ahmad Maslan melihat replika kapal 20m Sar Craft sempena LIMA 2011 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, Langkawi, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN


LANGKAWI 6 Dis. — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan buku Pelan Perancangan Strategik Maritim Malaysia 2040 (PPSMM 2040) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini.

PPSMM 2040 merupakan pelan induk yang bakal memacu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ke arah kecemerlangan. Ia merupakan dokumen asas yang menentukan hala tuju bagi tempoh jangka pendek dan jangka panjang dalam mendukung misi yang ditetapkan kerajaan.

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Datuk Mohd. Amdan Kurdish berkata, pelan itu merupakan hasil semakan semula Pelan Perancangan Strategik 2020 yang diterbitkan pada 2006.

Katanya, PPSMM 2040 yang dirangka ini menggunakan pendekatan Kad Skor Seimbang (BSC).

"Sembilan objektif strategik telah dikenal pasti bagi memastikan misi dan visi dapat direalisasikan demi menjadikan APMM sebuah organisasi yang sentiasa ke hadapan bukan sahaja dalam negara bahkan di persada antarabangsa," katanya.

Katanya, dalam senario geopolitik dan situasi keselamatan maritim semasa yang dinamik, APMM memerlukan pendekatan yang anjal, iaitu mengubah satu pelan strategik bersesuaian dalam melakar hala tuju pembangunan keupayaan dan aset secara holistik.

"APMM sebagai agensi tunggal penguatkuasaan maritim perlu menjalankan pemantauan di perairan negara. Tugasan ini berbeza dengan agensi yang serupa dari negara-negara lain, APMM bukan sahaja menguatkuasakan undang-undang tetapi juga bertanggungjawab melakukan pendakwaan terhadap mereka yang melanggar undang-undang maritim," katanya.

Mohd. Amdan berkata, prestasi APMM menunjukkan peningkatan yang positif dan membanggakan sejak penubuhannya pada 2005.

"Pencapaian ini memperlihatkan kesungguhan dan strategi berkesan yang digunakan oleh APMM yang bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek operasi dalam negara semata-mata, bahkan mencakupi peranan yang aktif dalam pelbagai platform kerjasama serantau dan antarabangsa," katanya.

Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

LIMA lonjakkan industri aeroangkasa, maritim - Zahid

Posted:

LIMA lonjakkan industri aeroangkasa, maritim - Zahid

LIMA lonjakkan industri aeroangkasa, maritim - Zahid

LANGKAWI 6 Dis. - Penganjuran Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) bukan hanya mengenai perjanjian pembekalan dan pembelian tetapi lebih jauh daripada itu, telah membantu melonjakkan industri aeroangkasa, maritim dan pertahanan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pameran dwi tahunan yang dianjurkan sejak 1991 itu turut memberi peluang pekerjaan dan meningkatkan kemahiran anak tempatan dalam industri aeroangkasa dan maritim.

"LIMA bukan sekadar pameran semata-mata, tetapi memberi kesan yang cukup baik dalam industri pertahanan negara.

"Malah pihak penganjur juga bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi dan agensi pekerjaan untuk melatih pelajar termasuk dari sekolah menengah menceburi bidang aeroangkasa dan maritim," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan pertunjukan udara sempena perasmian LIMA 2011 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, LIMA juga menyaksikan termeterainya pelbagai perjanjian antara syarikat peserta yang membawa manfaat kepada anak tempatan seperti tawaran latihan untuk menjadikan mereka sebagai juruteknik dalam bidang aeroangkasa.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved