Rabu, 7 Disember 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Teruja cipta aksesori anak

Posted:

Teruja cipta aksesori anak

Teruja cipta aksesori anak

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

APABILA doktor menerusi imbasan ultra bunyi mengesahkan bayi sulung yang dikandung merupakan bayi perempuan, hati Farah Wahida Johari, 29 semakin berbunga-bunga.

Terbayang kecomelan bayinya memakai aksesori yang comel hasil rekaan tangannya sendiri. Lalu sepanjang tempoh mengandung dihabiskan dengan menghasilkan aksesori untuk dipakai kepada bayi perempuannya nanti.

Tempoh mengandung berlalu, akhirnya lahirlah Puteri Nur Dalila Sufiyah Mohd Shah Rezza, pelengkap rumah tangga Farah Wahida dan Mohd Shah Rezza.

Si comel yang dipanggil Dalila kini berusia 1 tahun 7 bula, kanak-kanak yang sangat petah dengan keletah yang menghiburkan.

Paling membuatkan si ibu gembira ialah anak kesayangannya ini amat gemar memakai aksesori rekaannya sendiri.

"Agaknya anak saya memang tidak kekok memakai aksesori sebab saya sudah mula pakaikan dia sejak dari hari pertama kelahirannya lagi," ujarnya yang ditemui baru-baru ini.

Usahawan kraf tangan aksesori kanak-kanak dan hantaran perkahwinan ini mengakui dia hanya menggunakan reben dan kain lebihan gubahan hantaran untuk diolah semula menjadi aksesori kanak-kanak.

"Idea muncul mencurah-curah untuk menghasilkan pelbagai aksesori seperti gelang tangan, cekak rambut, hiasan topi, selipar, hiasan cermin mata, coker dan macam-macam lagi.

"Paling membanggakan apabila kami keluar bersiar-siar ada orang bertanya dari mana aksesori tersebut dibeli dan saya menyatakan ia buatan saya sendiri dan mereka kagum. Malah saya juga mendapat permintaan dari kawan-kawan yang turut menempah aksesori untuk dipakai pada anak mereka juga," ujarnya yang berasal dari Batu Pahat, Johor.

Justeru, dia berazam untuk mewujudkan sebuah blog jualan aksesori kanak-kanak.

Untuk jangka masa panjang Farah Wahida ingin mengkomersialkan aksesori buatan sendiri di pasaran selain membuat hantaran perkahwinan.

"Seorang ibu tidak harus mengabaikan minat mereka asalkan tahu membahagikan masa," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Ehsan untuk insan gelandangan

Posted:

Ehsan untuk insan gelandangan

Ehsan untuk insan gelandangan

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar MOHD FARIDZUAN HASBULLAH


Wan Hidayah Wan Ismail (baju hitam) dengan besar hati menceduk makanan yang dibawanya untuk insan gelandangan di Anjung Singgah, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


BUKAN mudah untuk kita merasakan bebanan yang ditanggung orang kurang bernasib baik jika tidak berusaha menyelaminya sendiri.

Setakat membaca keperitan hidup yang dilaporkan di media lalu menitip sejumlah derma yang disalurkan menerusi akaun bank tidak cukup untuk membuatkan kita merasai sendiri kesusahan dialami golongan ini.

Benar itu satu perkara yang cukup murni namun lebih murni lagi apabila kudrat yang kita ada digunakan untuk membantu sekali gus menyaksikan sendiri kesengsaraan yang dilalui oleh mereka yang kurang bernasib baik.

Pengalaman menyediakan makanan, memasak dan menghidangkan makanan yang istimewa kepada insan gelandangan di Anjung Singgah, yang terletak di Wisma Ehsan, Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur, baru-baru ini memang memberikan satu pengalaman berbeza buat beberapa insan yang boleh dikategorikan bertuah ini.

Antara yang turut hadir pada petang itu ialah Engku Emran Engku Zainal Abidin, Datin Natasha Haniff, Nadiah dan kakaknya Najmin Tajudin, Datin Wira Emilia Hanafi dan Rozanna Mohd Ariff.

Mereka merupakan sahabat serta rakan seperjuangan pengerusi projek khas Anjung Singgah, Toh Puan Seri Wan Hidayah Wan Ismail.

Menurut Toh Puan Wan Hidayah, rakan-rakannya dijemput untuk menyediakan masakan, sekali gus menjamu golongan gelandangan di sekitar wisma ini bagi melihat sendiri bagaimana keadaan di pusat Anjung Singgah ini.

"Sebenarnya tujuan saya melakukan program hari ini adalah untuk rakan-rakan saya memperkenalkan kepada suami mereka yang merupakan ahli korporat tentang pusat singgah gelandangan ini dan melihat sendiri apa yang mereka boleh lakukan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik ini," jelas beliau ketika ditemui pada program tersebut.

Toh Puan Wan Hidayah berkata, setakat ini yayasan nya telah membelanjakan hampir setengah juta dan tiba masanya untuk semua pihak sama-sama membantu golongan yang memerlukan ini.

"Kadang ada golongan yang mahu buat kebajikan tapi tidak tahu bagaimana salurannya. Sesiapapun boleh menderma menerusi projek terbaru ini dan kita akan sama-sama berkongsi kesusahan yang dialami oleh golongan yang kurang bernasib baik ini," jelas beliau lagi.

Dalam pada itu Engku Emran yang ditemui selepas majlis berkata, ini merupakan kali pertama dia sampai ke wisma tersebut.

"Saya sangat gembira dapat membantu menghidangkan makanan kepada golongan gelandangan ini. Saya berhasrat satu hari nanti saya akan datang semula bersama rakan-rakan untuk membuat satu lagi program seperti ini.

"Saya melihat ini sebagai satu usaha yang sangat murni dan mampu mencelikkan mata masyarakat. Setelah melihat kemudahan yang disediakan di sini saya rasa terharu kerana ada tempat yang selesa untuk golongan ini menumpang sementara mendapatkan pekerjaan yang sesuai," katanya yang merancang untuk mengadakan sesi motivasi di Anjung Singgah ini pada masa akan datang.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved