Rabu, 7 Disember 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pasukan Tugas Khas ditubuh

Posted:

Pasukan Tugas Khas ditubuh

Pasukan Tugas Khas ditubuh

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Kerajaan akan menubuhkan Pasukan Tugas Khas yang menggabungkan pelbagai agensi penguat kuasa bagi memerangi penjenayah warga asing di negara ini khususnya warga Afrika dan Iran.

Sumber berkata, inisiatif bagi menubuhkan pasukan dibuat selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengadakan perbincangan dengan agensi yang berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Menurutnya, tindakan pantas kerajaan untuk menubuhkan pasukan berkenaan adalah tepat apabila indeks jenayah yang dilakukan penjenayah warga asing semakin meningkat ketika ini.

"Antara yang menjadi perhatian ialah warga Afrika kerana ramai di kalangan mereka terlibat dengan jenayah penipuan melibatkan kerugian berjumlah jutaan ringgit selain menjadi penyeludup dan pengedar dadah.

"Malah warga Afrika dilaporkan sering menimbulkan masalah sosial yang kurang menyenangkan warga tempatan selain terlalu agresif apabila diperiksa pihak berkuasa.

"Selain itu, tumpuan juga diberi kepada rakyat Iran yang popular dengan aktiviti penyeludupan syabu serta menjalankan pemprosesan dadah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sumber itu menambah, dalam perbincangan dengan pihak berkuasa sebelum ini, pihak KDN turut melahirkan kebimbangan terhadap jenayah warga asing yang semakin serius.

"Sebab itu, KDN bercadang untuk menubuhkan Pasukan Tugas Khas supaya semua pihak berkuasa serta agensi kerajaan lain dapat bergabung dalam memerangi jenayah yang dilakukan warga asing.

"Melalui penubuhan itu, masalah menuding jari antara agensi kerajaan yang bertanggungjawab dapat diselesaikan dan diyakini akan menghasilkan kejayaan lebih besar," ujarnya.

Beliau memberitahu, warga negara asing lain yang berada di negara ini juga akan dipantau pasukan sama bagi memastikan keselamatan negara terjamin.

Full content generated by Get Full RSS.

Anak bekas pegawai PDRM dicekup

Posted:

Anak bekas pegawai PDRM dicekup

Anak bekas pegawai PDRM dicekup

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Anak lelaki kepada seorang bekas pegawai kanan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditahan polis baru-baru ini kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

Suspek ditahan bersama seorang lelaki warga Iran di sebuah kondominium di ibu negara kira-kira tiga minggu lalu.

Menurut sumber, polis yang membuat pemeriksaan dalam kondominium terbabit turut merampas dadah jenis syabu dipercayai seberat empat kilogram.

"Polis yang mendapat maklumat daripada orang awam bertindak menyerbu kondominium terbabit dan menahan dua lelaki bersama syabu.

"Seorang daripada lelaki yang ditahan merupakan ahli perniagaan dan juga anak kepada bekas pegawai kanan polis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, lelaki terbabit menjalankan perniagaan sewa khemah di ibu negara, manakala rakannya berasal dari Iran.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved