Rabu, 7 Disember 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Nik Aziz diminta tidak lepas tangan

Posted:

Nik Aziz diminta tidak lepas tangan

Nik Aziz diminta tidak lepas tangan

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 6 Dis. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat diminta bertanggungjawab dan tidak 'lepas tangan' dalam isu membabitkan penceramah parti itu, Shamsul Zaman Sukri atau 'Ustaz Budak' yang menyamakan beliau dengan nabi.

Menteri Besar itu diminta memberi nasihat dan teguran kepada penyokong Pas supaya tidak terlalu mendewa-dewakan pemimpin parti kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kekeliruan.

Presiden Majlis Intelektual Muda Darulnaim (Minda), Kamaruddin Mohd. Kassim berkata, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya menambah lagi kekeliruan masyarakat apabila cuba 'lepas tangan' bersabit tindakan Shamsul Zaman itu.

Sebaliknya, kata beliau, teguran atau nasihat daripada seorang tokoh seperti Nik Aziz amat penting bagi memastikan perkara sama tidak berulang pada masa depan.

"Isu menyamakan Nik Aziz sebagai nabi lebih kepada ketaksuban orang yang bercakap kerana apabila taksub, batu pun dianggap sebagai Tuhan.

"Tetapi Nik Aziz tidak marah kepada orang kata dia nabi, bahkan cuba pusing cerita kaitkan orang Islam tolak Islam sebagai kufur sedangkan isu sekarang beliau disamakan dengan nabi.

"Saya berasakan memang sifat beliau suka tunjuk kepada orang dan suka dirinya dipuja. Sebagai contoh, Nik Aziz pernah tegur dan marah rakyat Kelantan gantung gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad di pintu rumah sebab dia risau membawa kepada pemujaan, tetapi sekarang gambarnya digantung sebesar dinding di rumah di Kelantan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Nik Aziz yang dikatakan tidak mahu bertanggungjawab terhadap tindakan Shamsul Zaman itu.

Kelmarin, sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Nik Aziz dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran serta meminta Mursyidul Am parti itu bertanggungjawab.

Naib Presiden Angkatan Generasi Muda Kelantan (Agenda), Dr. Ariff Hakimi Zulkifli turut kecewa dengan sikap Nik Abdul Aziz yang cuba lepas tangan dalam isu tersebut.

"Kami generasi muda menghormatinya sebagai alim ulama dan beliau seharusnya memberi teguran dan nasihat berdasarkan hukum agama serta meletakkan politik ke tepi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

"Mufti boleh memberi nasihat, kenapa beliau tidak boleh melakukan perkara sama. Kalau ini berlaku, kami mula tertanya-tanya apakah penyokong atau pemimpin Pas tidak boleh dinasihat dan ditegur kerana mereka parti Islam?" soalnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Eloklah Mursyidul Am Pas bersara - Dr. Mahathir

Posted:

Eloklah Mursyidul Am Pas bersara - Dr. Mahathir

Eloklah Mursyidul Am Pas bersara - Dr. Mahathir

LANGKAWI 6 Dis. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya segera bersara daripada arena politik memandangkan Menteri Besar Kelantan itu sudah terlalu lama menyandang jawatan tersebut.

"Eloklah dia bersara, saya sendiri telah bersara dan dia lebih lama (berkecimpung dalam politik) daripada saya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) sempena pembukaan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011 di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Aziz di Kota Bharu, Kelantan semalam yang mengulangi hasrat untuk terus bertanding pada pilihan raya umum akan datang biarpun telah menjadi wakil rakyat kira-kira 40 tahun.

Hasrat tersebut disebabkan Nik Aziz mahu terus melawan UMNO yang didakwa telah memecahbelahkan rakyat.

Menteri Besar Kelantan itu seterusnya memberikan alasan keputusan berkenaan dibuat kerana beliau telah banyak membawa pembangunan dan kemakmuran di Kelantan.

Dalam pada itu, kata Dr. Mahathir, kenyataan Nik Aziz tersebut menunjukkan pemimpin utama Pas tersebut sangat membenci UMNO.

"Bagi dia (Nik Aziz) lebih baik Karpal Singh (Pengerusi DAP) daripada UMNO. Itulah Nik Aziz," ujarnya secara sinis.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved