Rabu, 7 Disember 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kebolehan murid istimewa PPKI

Posted:

Kebolehan murid istimewa PPKI

Kebolehan murid istimewa PPKI

Oleh M. RIZAL NOR
utusanktn@gmail.com


Para pemenang bergambar selepas upacara penyampaian hadiah Tilawah Quran Pendidikan Khas peringkat negeri di SMK Clifford, Kuala Lipis, baru-baru ini. - utusan/M.Rizal Nor


KUALA LIPIS 7 Dis. - Kebolehan murid istimewa mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mengaji dan menghafaz al-Quran mungkin tidak sehebat seperti murid normal yang lain.

Penyertaan mereka dalam Majlis Tilawah Quran Pendidikan Khas Peringkat negeri baru-baru ini ternyata mengejutkan banyak pihak termasuk para guru yang mengajar kelas perdana.

Majlis tilawah itu dianjurkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford di sini.

Pertandingan dibahagikan kepada empat kategori iaitu junior lelaki dan perempuan berumur bagi sekolah rendah manakala sekolah menengah melibatkan senior lelaki dan perempuan.

Penganjuran kali ini hanya melibatkan murid-murid PPKI bermasalah dalam pembelajaran dan pendengaran sahaja.

Acara yang dipertandingkan adalah tilawah Quran, hafazan, azan dan nasyid manakala tulisan khat serta bercerita hanya untuk murid bermasalah pendengaran.

Panel hakim pula terdiri daripada mereka yang mahir dalam ilmu agama seperti guru agama dari sekolah terpilih supaya tidak wujud unsur pilih kasih.

Penyelia Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP), Habibah Md. Ali berkata, pertandingan tersebut disertai oleh sebelas daerah melibatkan 300 murid.

"Kami mengadakan pertandingan di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah terlebih dahulu untuk memilih wakil yang layak ke peringkat negeri," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Habibah berkata, biarpun banyak acara dipertandingkan, tidak semua daerah menghantar wakil kerana menghadapi masalah mencari peserta yang benar-benar layak.

Menurutnya, johan setiap kategori bagi pertandingan peringkat daerah dipilih bertanding ke peringkat negeri untuk mencari peserta yang layak bertanding di peringkat kebangsaan pula.

"Pertandingan tersebut diadakan bertujuan mendedahkan murid dengan aspek keagamaan selaras dengan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan pendidikan khas," jelasnya.

Selain itu, katanya, ia juga mencungkil bakat murid keperluan khas dalam aktiviti hafazan, tilawah, bercerita kisah nabi, azan, nasyid dan khat jawi.

Pada masa sama, katanya, program tersebut memberi peluang kepada mereka turut serta dalam aktiviti kokurikulum seperti murid kelas perdana di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara murid, guru dan pegawai di JPNP.

"Saya cukup kagum melihat kemampuan mereka biarpun tidak sehebat murid arus perdana terutama peserta kategori bermasalah pendengaran yang begitu bersemangat menyampaikan cerita kisah nabi walaupun tidak difahami oleh penonton," jelasnya.

Dalam pada itu, kontinjen PPKI daerah Kuantan muncul juara dalam 14 daripada 19 acara yang dipertandingkan.

Antara acara yang dimenangi oleh kontinjen tersebut adalah tilawah lelaki junior, azan junior dan senior, bercerita kisah nabi lelaki dan perempuan junior serta nasyid.

Tempat kedua pula milik kontinjen Temerloh yang memenangi tiga acara manakala kontinjen Pekan menduduki tangga ketiga selepas muncul juara dalam acara tilawah lelaki senior dan hafazan lelaki junior.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail.

Hadir sama, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPNP, Aznan Mohamed, Penolong Pengarah Pendidikan Khas JPNP, Mohd. Bazari Othman dan Pengetua SMK Clifford, Haidzir Hussin.

Full content generated by Get Full RSS.

Melahirkan modal insan berkualiti

Posted:

Melahirkan modal insan berkualiti

Melahirkan modal insan berkualiti

KUALA LIPIS 7 Dis. - Majlis Tilawah Quran Pendidikan Khas perlu dijadikan acara tahunan kerana ia amat bermanfaat terutama bagi melahirkan golongan istimewa yang celik al-Quran dan mempunyai keperibadian baik.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) perlu dididik dengan ilmu agama mencukupi supaya mereka menjadi modal insan yang baik.

"Program itu merupakan satu langkah baik yang dilaksanakan oleh Jabatan Pelajaran setiap negeri kerana ia melahirkan generasi celik al-Quran.

"Pendekatan keagamaan itu menjadi salah satu cara membolehkan mereka menjalani kehidupan lebih baik apabila dewasa kelak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Dalam pada itu, guru PPKI bermasalah pembelajaran dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Gelanggi 2, Jerantut, Ahmad Farizan Bahaman berkata, dia menyambut baik program itu dijadikan acara tahunan bagi membolehkan murid istimewa itu merasai satu dunia baharu dalam pembelajaran mereka.

Katanya, golongan tersebut dapat mengenali lebih ramai kawan selain membentuk sifat yakin diri ketika berdepan dengan para hakim dan penonton.

"Selain itu, kita juga dapat mengembangkan bakat mereka selain mendalami ilmu al-Quran dan ajaran agama Islam dengan betul," jelasnya.

Sementara itu, seorang peserta, Abu Bakar Siddik Tajudin, 11, berkata, pertandingan tersebut memberi peluang kepadanya membaca dan menghafaz lebih banyak ayat al-Quran.

"Pada masa sama saya juga dapat membetulkan bacaan apabila ditegur oleh para juri ketika membacakan ayat al-Quran," ujar peserta dari Sekolah Kebangsaan Kota Gelanggi 1, Jerantut itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Kecacatan tidak halang Abdul Latif usaha produk sejuk beku

Posted:

Kecacatan tidak halang Abdul Latif usaha produk sejuk beku

Kecacatan tidak halang Abdul Latif usaha produk sejuk beku

KUANTAN 7 Dis. - Abdul Latif Sohor, 34, membuktikan bahawa kecacatan fizikal tidak menghalangnya untuk berjaya dalam mengusahakan perniagaan produk sejuk beku di sini.

Abdul Latif yang merupakan orang kurang upaya (OKU) sejak 11 tahun lalu akibat kemalangan jalan raya sehingga sebelah kakinya terpaksa dipotong mengusahakan perniagaan itu bersama isterinya, Noraini Awang Ludin, 30.

Bekas pekerja kilang itu berkata, sebelum menceburi perniagaan tersebut, dia menjalankan perniagaan makanan secara kecil-kecilan.

Menurutnya, kerjasama dan sokongan isterinya yang juga guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) membuatkannya memberanikan diri dan menyertai Projek Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Projek Azam Tani tahun lalu.

"Setakat ini, kami masih dalam peringkat awal dengan menghasilkan produk baulu dan kek selepas mendapat bantuan peralatan ketuhar, peti sejuk serta mengikuti kursus yang disediakan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), bernilai kira-kira RM10,000.

"Kami dalam perancangan membuka bengkel sendiri kerana buat masa ini hanya mampu membuat bilik khas di rumah untuk penghasilan produk tersebut," katanya.

Abdul Latif merupakan antara 14 peserta yang menyertai program tersebut pada satu majlis penyerahan sijil yang disampaikan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Indera Mahkota, Datuk Mohd. Hazmi Yusof di Stesen Mardi Sungai Baging di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Noraini memberitahu, mereka berhasrat melebarkan pasaran produk biarpun sudah dikenali di gugusan Panching selain mempelbagaikan produk seperti cenderamata dan bungkusan hamper.

Ibu kepada sepasang anak lelaki dan perempuan itu turut merancang mempunyai jenama sendiri dan pembungkusan yang lebih kreatif untuk memastikan produk mereka terus mendapat perhatian pelanggan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved