Rabu, 7 Disember 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


12 tahun tanpa pembelaan

Posted:

12 tahun tanpa pembelaan

12 tahun tanpa pembelaan

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
kota@utusan.com.my


SEORANG penduduk, Hasim Hussin menunjukkan antara kawasan hakisan yang berlaku di sepanjang Sungai Semenyih yang melalui Kampung Batu Tiga, Jalan Bangi Lama di Semenyih, baru-baru ini. - UTUSAN/Bariq Ramadhan


SEMENYIH 7 Dis. - Isu jalan rosak boleh dianggap sebagai perkara biasa tetapi bagi penduduk Kampung Batu Tiga, Jalan Bangi di sini, masalah itu sudah berlarutan lebih 12 tahun tanpa sebarang tindakan daripada pihak berkuasa.

Kini penduduk berdepan pula dengan masalah baru iaitu beberapa kawasan di tebing Sungai Semenyih yang melalui kampung itu mula terhakis dan runtuh.

Lebih membimbangkan penduduk ialah di sebahagian daripada kawasan yang terjejas itu semakin hampir dengan bahu jalan dan jika tiada tindakan segera diambil, ada kemungkinan jalan akan turut runtuh.

Menurut penduduk, banyak aduan telah dibuat kepada beberapa agensi kerajaan yang berkaitan tetapi masalah-masalah itu tidak ditangani secara menyeluruh, sebaliknya di kawasan tertentu sahaja.

Tinjauan mendapati, keluhan penduduk itu memang berasas kerana boleh dikatakan hanya separuh sahaja jalan-jalan di kampung tersebut masih elok.

Selebihnya berada dalam keadaan rosak dan berlubang serta tidak diturap sekali gus memaksa penduduk supaya lebih berhati-hati ketika melalui jalan itu.

Kata mereka, kesengsaraan menggunakan jalan yang rosak itu semakin terasa pada musim hujan kerana lopak-lopak dan lubang-lubang di sepanjang jalan itu dipenuhi air.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Othman Mohd. Nor berkata, walaupun beberapa tebing sungai yang terhakis itu telah dibaiki tetapi masih banyak bahagian yang perlukan perhatian lanjut.

Mengenai jalan pula, beliau berkata, penduduk dimaklumkan bahawa pihak berkuasa tiada peruntukan untuk membaiki jalan rosak itu walaupun banyak aduan telah dibuat.

"Diharap pihak yang bertanggungjawab dapat melihat perkara itu dengan serius dan membaiki jalan-jalan tersebut dalam masa terdekat demi keselamatan dan keselesaan penduduk," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Penduduk guna duit JKKKP turap jalan

Posted:

Penduduk guna duit JKKKP turap jalan

Penduduk guna duit JKKKP turap jalan

SEMENYIH 7 Dis. - Penduduk Kampung Batu Tiga, Jalan Bangi Lama di sini memohon pihak berkuasa menurap semula jalan-jalan di kawasan itu yang rosak teruk sejak lebih 12 tahun lalu.

Jalan yang digunakan pada waktu ini berlopak dan berlubang-lubang sehingga mengundang rasa tidak selesa kepada penduduk terutamanya apabila waktu hujan.

Penduduk, Hasim Hussin, 36, berkata, dia hairan kerana tiada tindakan diambil oleh pihak bertanggungjawab walaupun beberapa aduan sudah dilakukan oleh penduduk.

"Kami terpaksa mengambil inisiatif sendiri membaiki beberapa jalan-jalan di sini dengan menggunakan duit tabungan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) tetapi sumber yang terhad itu memaksa pembaikan dilakukan pada kawasan yang terlampau teruk sahaja.

"Tetapi jalan itu akan kembali rosak dalam masa yang singkat sahaja kerana kami hanya menggunakan bahan kurang berkualiti kerana kekurangan peruntukan," katanya.

Tambahnya, penantian mereka selama 12 tahun untuk melihat jalan itu diturap dan dibaiki semula keseluruhannya diharap akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini.

Seorang penduduk, Hendry Bernardsol, 24, berkata, bagi kawasan yang tidak begitu teruk rosaknya, penduduk meletakkan batu dan pasir tetapi cara itu tidak berkesan dan hanya bertahan beberapa minggu sahaja kerana jalan itu sering digunakan oleh penduduk.

Ahmad Hassan, 34, pula berkata, tindakan segera perlu diambil oleh pihak bertanggungjawab dengan membaiki jalan-jalan di kawasan itu kerana jalan-jalan tersebut digunakan setiap hari oleh penduduk.

Full content generated by Get Full RSS.

Kekeliruan lorong bas diatasi

Posted:

Kekeliruan lorong bas diatasi

Kekeliruan lorong bas diatasi

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Pembukaan lorong bas dan teksi di Jalan Tun Sambanthan di sini sejak Sabtu lalu dilihat telah mengelirukan dan membahayakan pengguna sehingga lima kemalangan dilaporkan berlaku sejak ia diperkenalkan.

Berikutan itu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin berkata, pihaknya akan mengenal pasti punca kekeliruan itu dan berusaha mengatasinya dengan segera.

Menurut beliau, pada masa ini, laluan khas kenderaan awam itu masih dalam tempoh percubaan bagi mengenal pasti masalah-masalah yang boleh ditimbul daripada pengenalan laluan itu.

Ujarnya, pelaksanaan laluan tersebut adalah di atas permintaan badan bukan kerajaan (NGO) kawasan tersebut yang melihat ia mampu melancarkan pergerakan trafik di kawasan itu.

"Kita sudah mengeluarkan notis mengenai pelaksanaannya dan diharap pengguna akan lebih peka dan berwaspada selepas ini.

"Kewujudan laluan ini adalah bagi mengurangkan kesesakan terutamanya di Jalan Sultan Abdul Samad," katanya selepas merasmikan program berkhatan beramai-ramai di Masjid Al-Imam At-Termizi, Taman Sri Sentosa di sini baru-baru ini.

Pada program tersebut, seramai 110 peserta dari kawasan Lembah Pantai menyertainya.

Program tersebut adalah anjuran Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) bersama Pemuda dan Puteri UMNO Lembah Pantai.

Daripada lima kemalangan yang berlaku itu, salah satu daripadanya melibatkan dua lelaki yang dilanggar oleh bas RapidKL, yang kemudiannya menyaksikan bas itu dirosakkan oleh orang ramai.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved