Rabu, 7 Disember 2011

Utusan Online - Rencana


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Jihad UMNO di Kelantan

Posted:

Jihad UMNO di Kelantan

Jihad UMNO di Kelantan

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

''Insya-Allah bertanding lawan UMNO'' - Itulah kata-kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada wartawan pada Isnin lalu, sekali gus mengesahkan bahawa beliau akan tetap bersaing dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) nanti.

Mursyidul Am Pas itu sudah pasti akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang terletak dalam Parlimen Pengkalan Chepa yang dianggap salah satu kubu terkuat Pas di Kelantan.

Malahan bagi Nik Abdul Aziz tidak ada sebab kenapa beliau perlu berundur, biar pun sudah ada ura-ura jawatan Menteri Besar mungkin akan disandang orang lain.

Tidak kisahlah siapa yang Pas hendak aturkan untuk menjadi Menteri Besar dan tidak mengapalah kalau Nik Abdul Aziz hendak bertanding biar pun sudah 40 tahun menjadi wakil rakyat, itu hak beliau.

Tetapi soalnya sejauh manakah persiapan UMNO Kelantan dalam menghadapi 'pertempuran getir' di Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang?

Bersediakah UMNO Kelantan untuk meyakinkan rakyat negeri itu bahawa masanya sudah tiba bagi mereka mengalih sokongan kepada Barisan Nasional (BN) memandangkan jika Pas terus memerintah, Kelantan akan terus berada di takuk sekarang, diselimuti pelbagai masalah berkaitan kesejahteraan hidup rakyat.

Sejarah sejak 1990 membuktikan Pas tidak berupaya melakukan apa-apa bagi mengubah wajah Kelantan. Di bawah pemerintahan Pas, Kelantan hanya kaya dengan slogan tetapi kesejahteraan hidup rakyat masih menjadi perdebatan.

Membiarkan rakyat Kelantan terus berada di bawah kepompong kepimpinan Pas tidak akan membawa apa-apa keuntungan kepada orang Melayu dan umat Islam di negeri berkenaan.

Sebab itulah, adalah menjadi satu jihad kepada UMNO Kelantan mengubah situasi ini kerana kita tidak mahu imej orang Melayu dan umat Islam dipandang rendah apabila mereka melihat situasi yang berlaku di Kelantan.

Pilihan raya umum akan datang adalah detik terbaik bagi UMNO melaksanakan jihad ini. Tidak usah bimbang dengan andaiannya apatah lagi 'fatwa' songsang mana-mana pihak, kononnya tindakan menjatuhkan Pas di Kelantan adalah satu dosa memandang ia kerajaan yang berada di bawah kepimpinan ulama.

Tetapi soalnya, apakah Islam membenarkan umatnya terus berada dalam pelbagai masalah kehidupan akibat kelemahan pentadbiran sesebuah kerajaan?

Sebenarnya, keputusan Nik Aziz itu adalah rahmat untuk UMNO Kelantan kerana pengaruh Mursyidul Am itu hakikatnya semakin merosot.

Pemimpin UMNO Kelantan harus ingat apa yang berlaku pada tahun 2004, keputusan pilihan raya pada tahun itu yang menyaksikan Pas terpaksa memerintah dengan kelebihan satu kerusi sahaja, sudah membuktikan Nik Aziz dan Pas Kelantan tidaklah sekuat mana.

Pada masa ini pelbagai kelemahan dan kontroversi yang melanda pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan telah membuka mata dan minda rakyat negeri itu.

Jika dua pilihan raya kecil yang berlangsung di Kelantan baru-baru ini iaitu di DUN Manek Urai dan Galas mahu diambil kira, ia menunjukkan bahawa rakyat Kelantan mahu perubahan.

Mereka memberi kemenangan dengan majoriti yang cukup kecil kepada Pas di Manek Urai dan menghumbankan parti itu ke lembah kekalahan dengan menyebelahi BN di DUN Galas.

Seharusnya, perubahan ketara sikap pengundi ini memberikan semangat kepada pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan untuk meneruskan momentum bagi memastikan misi merampas kembali Kelantan berjaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Lupakan sengketa sesama sendiri kerana hakikatnya apabila orang bercakap bahawa UMNO Kelantan kalah kerana 'cah keting' ia sebenarnya hanya mencemarkan maruah pemimpin-pemimpin parti itu.

Rakyat Kelantan sudah memberikan isyarat mereka mahu kembali kepada BN dan dalam masa yang sama di peringkat pusat pula, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin terserlah dan mampu mengembalikan sokongan kepada parti itu.

Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri sudah memberi jaminan kepada rakyat Kelantan bahawa Kerajaan Pusat akan mengubah wajah negeri itu jika BN diberi peluang memerintah.

Pelbagai peruntukan dan program pembangunan akan dilaksanakan bagi memastikan segala penderitaan rakyat Kelantan sepanjang berada di bawah kepimpinan Pas berakhir.

Oleh itu, jelaslah bahawa UMNO Kelantan sudah memiliki 'azimat' bagi menarik sokongan rakyat negeri itu, apa yang penting ialah keikhlasan dalam memastikan kejayaan BN.

UMNO Kelantan perlu mengatur strategi daripada sekarang dengan mempertingkatkan sesi penerangan kepada rakyat mengenai kelemahan Nik Aziz, kepincangan Pas Kelantan dan kegagalan pentadbiran kerajaan negeri.

Apa yang perlu diingat, populariti Nik Aziz bukanlah berada di tahap cemerlang ketika ini, pelbagai kontroversi yang beliau cetuskan sama ada sebagai menteri besar mahupun Mursyidul Am Pas adalah 'senjata terbaik' untuk UMNO Kelantan mendedahkannya.

Begitu juga dengan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri, rakyat perlu diingatkan bahawa Islam bukan sekadar slogan tetapi agama yang mahu melihat umatnya mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Oleh itu pegangan 'kawe (saya) sokong Pas kerana Isle (Islam)' perlu diubah dalam pemikiran majoriti rakyat Kelantan. Menyerahkan kepimpinan negeri kepada UMNO bukan bermakna akan terbenamnya Islam di bumi Kelantan tetapi sebaliknya akan mengangkat martabat negeri itu bagi memenuhi maksud sebenar Serambi Mekah.

Allah telah berfirman bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, selagi mereka tidak mengubahnya sendiri, maka inilah jihad UMNO Kelantan.

Mereka bertanggungjawab melaksanakan jihad ini demi membawa perubahan dan kemajuan kepada rakyat Kelantan yang majoritinya adalah orang Melayu dan umat Islam.

UMNO Kelantan dengan sokongan Kerajaan Pusat sudah pasti mampu menjadikan Kelantan sebagai negeri orang Melayu yang bermartabat, berjaya dan bermaruah, bukannya diselimuti dengan seribu satu masalah serta kemelut yang menjejaskan imej Islam itu sendiri.

Inilah perjuangan yang dipertegaskan oleh Muhyiddin pada Perhimpunan Agung UMNO lalu bahawa mengubah nasib bangsa, mengangkat dan mempertahankan martabat agama Islam serta meningkatkan maruah negara adalah satu jihad yang perlu dilaksanakan oleh UMNO termasuk di Kelantan.

Justeru pemimpin dan ahli UMNO Kelantan serta penyokong mereka perlu faham tanggungjawab dan amanah yang ada pada diri mereka.

Fahamilah pertarungan di Kelantan bukan sekadar soal merebut kuasa politik semata-mata tetapi jihad mengubah nasib dan mengangkat martabat ummah.

Full content generated by Get Full RSS.

Perkasa Remaja mampu gilap potensi diri

Posted:

Perkasa Remaja mampu gilap potensi diri

Perkasa Remaja mampu gilap potensi diri

Oleh MD. AZRIN ROSLY
pengarang@utusan.com.my

PROGRAM Perkasa Remaja yang telah berjalan sejak 2009 sehingga kini telah menunjukkan kesan-kesan positif dalam mengilap potensi diri remaja negara.

Pengarah Pusat Pemerkasaan Remaja (Perkasa), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Samsudin A. Rahim berkata, golongan remaja daripada keluarga berpendapatan rendah di bandar mempunyai potensi, cuma tidak berpeluang seperti mereka yang dilahirkan dalam keluarga yang berkemampuan.

"Perkasa sedang menjalankan dua program iaitu Kem Perkasa berkonsepkan pemulihan dan Komuniti Perkasa pula bersifat pencegahan yang mana membendung golongan remaja daripada melakukan perkara-perkara yang negatif.

"Buat masa ini, Kem Perkasa berjalan selama dua bulan telah diadakan sebanyak tiga kali dengan kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Felda dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membangunkan nilai kendiri remaja berkaitan harga diri, tanggungjawab, membuat keputusan dan pendedahan kemahiran," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Perkasa dengan kerjasama Permata Negara, Jabatan Perdana Menteri, berperanan menjalankan penyelidikan dan intervensi untuk pemerkasaan demi membina generasi muda berkeyakinan, bersifat dinamik dan mempunyai jati diri yang mantap.

Tambah Samsudin, kem itu bagi mengubah gaya hidup peserta agar mereka dapat memenuhi masa lapang dengan melakukan aktiviti yang lebih positif dan tidak lagi terlibat dengan aktiviti Mat Rempit.

"Selepas menghadiri kem ini, mereka akan disalurkan kepada program jangka panjang lain. Kem ini diharap dapat menimbulkan kesedaran dan hala tuju yang positif kepada peserta.

"Komuniti Perkasa pula terdiri daripada remaja berumur 15 hingga 25 tahun di bandar yang mengalami kekurangan dari segi kemudahan dan peluang di tempat tinggal mereka dalam mengisi masa lapang secara positif," jelasnya.

Samsudin berkata, pada masa ini terdapat dua pusat iaitu Pusat Komuniti Permata Perkasa Remaja di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai dan PPR Pantai Ria, Pantai Dalam, Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Penaung Permata Negara, Datin Seri Rosmah Mansor baru-baru ini.

"Pusat ini dibuka setiap hari yang telah bermula pada 29 Januari 2010 dengan kerjasama persatuan penduduk setempat. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti kelas membuat dan menghias kek, vokal dan muzik, Fun English, Musabaqah Al-Quran dan fotografi yang menempatkan lebih kurang 20 orang setiap kelas.

"Selain mendapat kemahiran, mereka didik dengan modal sosial yang dapat membantu mencapai cita-cita hidup dan tidak mudah terbabit dalam pelbagai gejala sosial. Komuniti Perkasa menyasarkan untuk meningkatkan 25 modal sosial yang merupakan aset penting di kalangan remaja terlibat.

Katanya, remaja itu juga menggunakan pusat ini bagi membuat kerja rumah dengan kehadiran pembimbing daripada UKM untuk membantu.

"Program ini merupakan projek rintis bagi kami mengkaji dalam dua hingga tiga tahun dan sekiranya hasilnya berjaya, ia akan diperluaskan di tempat-tempat lain. Kita harap pada 2013, dapat bukti dan keyakinan bahawa program ini berjaya membantu mengilap remaja negara dari segi jangka masa pendek dan panjang.

"Pusat komuniti ini dapat menghalang mereka daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah dan terjebak dalam masalah sosial kerana kebanyakannya mereka adalah dalam kategori at risk youth," ujarnya.

Jelasnya, kebanyakan mereka yang terlibat dalam salah laku tidak mempunyai modal sosial yang penting dalam hidup.

"Dalam kelas-kelas yang disediakan, kami akan memupuk modal sosial mereka dari segi disiplin, kerjasama, tanggungjawab, kepimpinan. Contohnya, dalam kelas membuat kek, mereka perlu datang pada waktu yang ditetapkan untuk belajar dan jika tidak mereka akan ketinggalan.

"Akhirnya, pusat komuniti ini akan diserahkan kepada masyarakat iaitu persatuan penduduk. Kita sedang membuat kajian dan melihat kesan dan pulangan daripada program ini serta kos efektifnya sama ada mampu diuruskan oleh komuniti atau tidak.

"Jika ia berhasil, kita akan serah modul ini, bagaimana mahu mengukur tahap kemahiran, modal sosial dan potensi diri remaja kepada kerajaan tempatan seperti DBKL," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved