Khamis, 17 November 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


6 lagi Kedai Rakyat dibuka

Posted:

6 lagi Kedai Rakyat dibuka

6 lagi Kedai Rakyat dibuka

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 16 Nov. - Kerajaan negeri merancang membuka enam lagi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dalam tempoh terdekat bagi memastikan lebih ramai penduduk mendapat manfaatnya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Alli Rustam berkata, setakat ini, dua KR1M telah beroperasi masing-masing di Tengkera dan Kota Fesyen, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini.

"Kita merancang buka enam lagi Kedai Rakyat ini di Selandar, Jasin, Merlimau, Masjid Tanah, Alor Gajah dan Limbongan dalam tempoh terdekat untuk memberi faedah kepada pengguna di segenap pelosok negeri.

"Kedai Rakyat di Alor Gajah, akan dibuka pada 25 November ini manakala di Merlimau saya berharap ia dapat beroperasi pertengahan Disember ini," katanya selepas merasmikan KR1M di Kota Fesyen, MITC, Ayer Keroh di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd. (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Mohamad dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Yunos Husin.

KR1M Kota Fesyen merupakan Kedai Rakyat kedua beroperasi di negeri ini selepas KR1M Tengkera pada 1 November lalu.

Mengulas lanjut Mohd. Ali berkata, Kedai Rakyat memberi faedah kepada pengguna kerana kewujudannya telah mendorong pasar raya besar serta pihak peruncit berlumba-lumba menjual barang-barang dengan harga lebih rendah.

"Selain membantu rakyat, ia juga membantu pengusaha perusahaan kecil dan sederhana memajukan produk keluaran mereka yang menjadi keutamaan penjenamaan produk di bawah jenama KR1M ini.

"Justeru, saya menyeru kepada rakyat di negeri ini supaya menyahut seruan kerajaan menjadi pengguna bijak dengan menyokong dan membeli barangan di Kedai Rakyat ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Industri tenusu Melaka catat RM5.1 juta

Posted:

Industri tenusu Melaka catat RM5.1 juta

Industri tenusu Melaka catat RM5.1 juta

MELAKA 16 Nov. - Industri tenusu di negeri ini mencatatkan hasil pendapatan sebanyak RM5.1 juta pada tahun lalu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk R. Perumal.

Menurut beliau, seramai 78 penternak lembu tenusu terlibat mengusahakan industri itu membabitkan sejumlah 1,313 ekor lembu.

''Daerah Alor Gajah mencatatkan bilangan ternakan lembu tenusu paling besar iaitu 522 ekor diusahakan 27 penternak, Jasin sebanyak 490 ekor, Merlimau sebanyak 254 ekor manakala 47 ekor lagi bagi kawasan Masjid Tanah," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai soalan Roslan Ahmad (BN-Merlimau) pada hari ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketiga (Bajet) Penggal Keempat, di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Katanya, kerajaan negeri menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar sedang mengatur pelbagai program untuk menjadikan daerah Merlimau sebagai salah satu hub penternakan lembu tenusu dan pengeluaran susu utama di negeri ini pada masa depan.

Ujar beliau, ia termasuk mengenal pasti golongan penternak yang layak mendapat pengagihan bantuan di bawah Program Transformasi Ekonomi.

''Pengagihan ini melibatkan bantuan ternakan sebanyak 330 ekor lembu tenusu yang akan diagihkan kepada 33 penternak di seluruh negeri dengan anggaran peruntukkan berjumlah RM2 juta," katanya.

Katanya, di bawah program itu, seramai 11 penternak dari kawasan Merlimau akan menerima bantuan 110 ekor lembu tenusu dengan kos peruntukkan berjumlah RM600,000.

Full content generated by Get Full RSS.

Curi air: Pusat cuci kereta diserbu

Posted:

Curi air: Pusat cuci kereta diserbu

Curi air: Pusat cuci kereta diserbu

SEREMBAN 16 Nov. - Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) menyerbu sebuah pusat mencuci kereta kerana disyaki menjalankan kegiatan mencuri air melalui penyambungan haram di Nilai, dekat sini semalam.

Serbuan kira-kira pukul 11.30 pagi itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit Penguatkuasaan Sains dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Pengurus Khidmat Pelanggan & Hal Ehwal Awam Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan mengejut terhadap premis berkenaan selepas menerima maklumat mengenai kegiatan berkenaan.

''Hasil pemeriksaan mendapati pengusaha premis berkenaan melakukan penyambungan tidak sah menggunakan paip getah bersaiz 16 milimeter (mm) dari paip utama milik Sains.

''Siasatan lanjut mendapati air yang disambung secara haram digunakan bagi menjalankan aktiviti di premis tersebut," katanya di sini hari ini.

Jelas Azlan, satu notis makluman kesalahan telah dikeluarkan terhadap pengusaha premis berkenaan dan paip yang digunakan turut disita untuk dijadikan bahan bukti.

''Ujian klorin yang dijalankan turut mendapati bekalan air yang digunakan di premis terbabit merupakan air terawat milik Sains.

''Kes ini disiasat mengikut Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan," katanya.

Tambahnya, Sains menghargai kerjasama orang awam dalam membendung kegiatan haram berkenaan.

''Mereka yang mempunyai sebarang maklumat atau ingin melaporkan sebarang kes curi air boleh menghubungi talian bebas tol Sains 1-800-88-6982 dan identiti pemberi maklumat dirahsiakan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved