Khamis, 17 November 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Nilai bahasa Melayu di ibu kota

Posted:

Nilai bahasa Melayu di ibu kota

Nilai bahasa Melayu di ibu kota

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


BAHASA Inggeris bukan sahaja mendominasi projek perumahan atau bangunan pejabat di Kuala Lumpur, tetapi turut menjadi pilihan pemilik pasar raya.


KUALA LUMPUR 17 Nov. – Usaha kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu nampaknya tidak begitu dipedulikan oleh sesetengah kelompok di ibu negara yang lebih mengagungkan bahasa asing, terutama bahasa Inggeris.

Kuala Lumpur merupakan lokasi terpenting bagi negara ini, jadi sudah sewajarnya ia menjadi tempat untuk menggambarkan identiti sebenar Malaysia dan rakyatnya, tetapi itu tidak berlaku apabila kita melihat kepada nama-nama tempat atau bangunan komersial yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris.

Keadaan ini dapat dilihat apabila semakin banyak projek komersial yang menggunakan bahasa asing bagi menamakan tempat serta projek mereka yang sekali gus menafikan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar ibu negara mendapati banyak projek komersial yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai nama bangunan dan kawasan komersial yang dimajukan oleh pihak swasta.

Hinggakan kadang-kadang terasa kita seperti berada di United Kingdom, Itali, Sepanyol mahupun Hong Kong.

Selain itu, beberapa papan iklan atau sepanduk iklan bersaiz gergasi turut sama 'bersekongkol' dengan perbuatan mengagungkan bahasa Inggeris ini.

Antara tempat yang dapat kita lihat nama-nama asing ini adalah sekitar Jalan Chan Sow Lin, Jalan Duta, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Sultan Ismail, Jalan Loke Yew dan Lembah Pantai. Nama-nama dalam tempat dalam bahasa Inggeris ini dapat dilihat pada beberapa bangunan baru seperti Southgate, Viva Home, The Reef dan projek pembangunan Bangsar South.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh pihak-pihak terbabit, sedar atau tidak mereka sendiri telah meletakkan bahasa rasmi negara di tempat yang lebih rendah berbanding bahasa asing.

Adakah mereka yang memajukan projek-projek ini malu untuk menggunakan bahasa kebangsaan atau mungkin juga mereka menganggap bahasa Melayu tidak mempunyai nilai komersial. Atau mereka sebenarnya tidak kreatif untuk mencari perkataan-perkataan yang enak didengar dan bernilai komersial untuk menamakan projek dimajukan mereka.

Sebenarnya, dengan sedikit kreativiti dan memerah akal maka dapatlah kita nama-nama indah seperti Suria KLCC, Menara Dayabumi, Mutiara Damansara, Aman Suria Damansara atau Awana Genting Highlands contohnya.

Seorang jurutera ukur tanah, Nashrul Adiey Habib, 33, berkata, semakin pesat pembangunan di negara ini, semakin terhakis identiti rakyat dan budayanya.

Katanya, banyak tempat yang menggunakan bahasa asing yang menyebabkan kita umpama berada di negara luar dan bukan di bumi sendiri.

"Kerajaan haruslah memainkan peranan dengan mewajibkan projek-projek komersial ini menggunakan bahasa Melayu supaya bahasa ibunda ini dapat diperkasakan," katanya.

Benar kata Nashrul Adiey, kerajaan melalui agensi-agensinya yang sepatutnya memainkan peranan dan menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk memastikan bahasa Melayu berada pada tempatnya.

Sementara itu, seorang pemandu teksi, K. Parameswaran, 40, pula berpendapat, nama-nama tempat tersebut haruslah dibuat dalam dwi bahasa.

"Ini adalah bagi memudahkan pelancong-pelancong dari luar untuk memahami nama tersebut supaya mereka tidak keliru atau sesat dan sekali gus dapat menarik pelancong ke dalam negara.

"Pengalaman saya apabila melancong di satu tempat di India yang hanya mempunyai papan tanda dalam bahasa tempatan di situ memang menyusahkan saya sebagai pelancong. Jadi saya berharap agar di Malaysia kita dapat buat dalam dwibahasa untuk memudahkan pelancong luar," ujarnya.

Seorang guru, Siti Nor Hamizah Hashim, 26, berkata, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi haruslah diutamakan dalam pemilihan nama projek komersial untuk menunjukkan identiti negara.

Menurutnya, kita tidak sepatutnya menggunakan terlalu banyak bahasa Inggeris kerana negara lain seperti Thailand, Korea Selatan dan Jepun juga tetap berjaya walaupun masih mengekalkan serta mengutamakan bahasa kebangsaan mereka.

"Mungkin pemaju-pemaju projek ini mahukan nilai komersial yang tinggi sehingga menyebabkan mereka memilih bahasa Inggeris bagi menarik pelabur dari luar negara.

"Namun, pihak luar apabila datang ke negara ini perlulah mengikut cara kita dan bukan kita mengikut mereka pula," tegasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

30 murid SK Presint 16 dapat semua A

Posted:

30 murid SK Presint 16 dapat semua A

30 murid SK Presint 16 dapat semua A

Oleh SHARAIMIE SHAIK ISHAK
kota@utusan.com.my

PUTRAJAYA 17 Nov. - Meskipun tidak tersenarai antara sekolah rendah yang berada di ranking teratas di kalangan 11 sekolah di Putrajaya, Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 16 (1), namun ia masih boleh berbangga.

Ini kerana sebanyak 30 murid sekolah itu memperoleh keputusan cemerlang semua A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011.

Guru Penolong Kanan Akademiknya, Noor Rokiah Mohd. Yusof berkata, keputusan UPSR yang diperoleh tahun ini merupakan yang paling cemerlang dalam sejarah sekolah tersebut sejak dibuka lapan tahun lalu.

"Daripada 121 murid yang mengambil peperiksaan tahun ini, sebanyak 30 murid berjaya mendapat semua A.

"Pada masa sama, gred purata UPSR juga meningkat kepada 1.7 berbanding 1.83 tahun lepas sekali gus meletakkan sekolah ini di tempat kelima di Putrajaya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Noor Rokiah, komitmen 100 peratus yang diberikan oleh semua guru sekolah tersebut, ibu bapa dan kerjasama erat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara faktor kejayaan tersebut.

Sementara itu, seorang murid yang memperoleh keputusan cemerlang semua A, Puteri Dayana Kamelia Mohd. Radi, 12, memberitahu, dia tidak menyangka memperoleh keputusan yang cemerlang kerana keputusan ujian percubaan sebelum ini menunjukkan hasil sebaliknya.

"Saya agak bimbang pada mulanya kerana sebelum ini sekadar dapat 1 atau 2A saja dan pernah satu ketika subjek Bahasa Inggeris hanya dapat markah 60 peratus.

"Namun, berkat usaha gigih dan doa ibu bapa akhirnya saya berjaya mendapat keputusan cemerlang ini," katanya yang bercita-cita menjadi saintis Islam suatu hari nanti.

Seorang lagi murid yang mendapat semua A, Noor Syahmi Hilman, 12, berkata, pengumuman namanya sebagai calon cemerlang pada saat-saat akhir membuatkannya sangat gembira hingga menitiskan air mata kerana tidak menjangka akan tersenarai.

"Saya sangat bersyukur dengan keputusan ini dan berharap dapat meneruskan pelajaran di salah sebuah sekolah berasrama penuh," katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi murid cemerlang, Nor Syasya Dayana Norlen berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada guru dan ibu bapanya yang tidak jemu dan bertungkus-lumus memberikan tunjuk ajar hingga dia berjaya mencapai keputusan tersebut.

"Saya sangat gembira hari ini, saya jangkakan hanya dapat 4A kerana sejak mula lagi keputusan subjek Sains sentiasa tidak menyebelahi saya, tetapi hari ini sebaliknya pula berlaku," katanya dengan ceria.

Full content generated by Get Full RSS.

Anak hiperaktif Azhar Sulaiman turut dapat 5A

Posted:

Anak hiperaktif Azhar Sulaiman turut dapat 5A

Anak hiperaktif Azhar Sulaiman turut dapat 5A


Kasih Leia Ixora Azhar dari Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara menunjukkan slip keputusan UPSR di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR 17 Nov. - Anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Leia Ixora tersenarai antara 85 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Damansara di sini yang berjaya memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Lebih membanggakan kejayaan itu diperoleh ketika dia berhadapan dengan penyakit hiperaktif yang membuatkannya sukar untuk memberi tumpuan kepada pelajaran.

Menurut anak sulung pelakon Jimi Asmara itu, dia tidak menyangka akan mendapat keputusan tersebut kerana sewaktu peperiksaan percubaan hanya memperoleh 3A 2B.

"Keputusan itu tidak mematahkan semangat kerana saya berpegang kepada prinsip jangan terlalu memaksa dan menekan diri sendiri.

"Saya teruja dan gembira dengan apa yang saya peroleh hari ini walaupun disahkan penghidap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)," katanya ketika ditemui selepas mengambil keputusan peperiksaan itu hari ini.

Beliau menyifatkan ayah dan ibunya, Chempaka Emalin Pahamin sebagai tunjang kepada kejayaan, selain guru-guru yang tidak jemu mendidik dan memahami karakternya.

"Penyakit yang dihadapi menyebabkan saya tidak boleh duduk statik dalam tempoh lama. Namun syukur, semua pihak memahami keadaan dan situasi saya," katanya yang bercita-cita menjelajah dunia.

Sementara itu, seorang lagi murid cemerlang, Thea Irena Ramanathan gembira kerana segala penat lelah selama ini membuahkan hasil.

"Petua saya adalah nekad belajar bersungguh-sungguh dan fokus ketika pembelajaran di sekolah," ujarnya.

Dalam pada itu, Guru Besar SK Bukit Damansara, Zarina Jamil bersyukur dengan kejayaan yang diperoleh para muridnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved